Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Paling Parah Dengan Kes Kebocoran Nombor Telefon Bimbit 

Lebih 400 juta panggilan ‘scam’ telefon dan mesej berleluasa di serata dunia dan Malaysia menduduki tempat pertama dalam kebocoran nombor telefon bimbit.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 12:00PM

Lebih 21 juta orang di Malaysia didapati nombor telefon bimbit mereka telah dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan atas talian. - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam seminggu berapa kali anda mendapat panggilan telefon entah daripada siapa-siapa? Ada yang mendakwa mereka daripada pihak bank, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan. Macam-macam alasan diberikan untuk mendapatkan wang daripada individu yang disasarkan. 

Selain panggilan telefon, banyak juga kiriman mesej yang ‘pelik-pelik’. Menyamar sebagai ahli keluarga mahupun kenalan yang kononnya memerlukan bantuan kewangan kerana terdesak. Jika tidak diselidiki, pasti ada yang menjadi mangsa penipuan. 

Gambar Hatch Communications 
Gambar Hatch Communications 

Lihat sahaja pendedahan demi pendedahan yang dilaporkan di platform media, bukan sedikit jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa sindiket penipuan ini.

Baru-baru ini, Gogolook, jenama terkemuka dalam TrustTech yang meningkatkan keselamatan global dengan teknologi anti-penipuan dan perkhidmatan pengurusan risiko mendedahkan bahawa sebanyak 73 peratus  atau bersamaan dengan lebih 21 juta orang di Malaysia didapati nombor telefon bimbit mereka telah dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan atas talian. 

Bahkan, Malaysia menduduki tempat pertama dalam kebocoran nombor telefon bimbit berdasarkan ‘Gogolook 2022 Annual Fraud Report’ yang meneliti kebocoran maklumat sulit dan operasi huluan dalam rantaian industri sindiket penipuan atas talian di beberapa negara – Taiwan, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia. 

Laporan ini diterbitkan dengan kerjasama Constella Intelligence, penyedia perkhidmatan perlindungan risiko digital antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan anti-penipuan kepada orang awam.

Selain nombor telefon bimbit, laporan itu juga menyatakan antara kebocoran maklumat sulit utama adalah kata laluan log masuk dan nama bagi Malaysia, Taiwan, dan Thailand, diikuti dengan alamat, negara, tarikh lahir dan kebocoran e-mel. 

Bahayanya pencerobohan data peribadi untuk kata laluan log masuk boleh menyebabkan akaun perbankan dalam talian atau rangkaian media sosial dicuri. 

Apabila sindiket penipuan atas talian mendapat akses kepada nama, nombor telefon dan juga rekod pembayaran dan beli-belah, mereka dengan mudah boleh memulakan serangan panggilan telefon dan mesej. Jika nama dan alamat dibocorkan, orang ramai mungkin akan menerima ‘bungkusan yang tidak diminta dengan pembayaran sewaktu menerima’. 

Sindiket penipuan gemar gunakan pesanan teks

Maklumat sulit yang bocor selalunya merupakan langkah pertama yang membawa kepada kes penipuan. Aplikasi ID pemanggil, Whoscall, yang dikuasakan oleh Gogolook, telah mengenal pasti lebih 405.4 juta panggilan telefon dan mesej penipuan sindiket atas talian berlaku di seluruh dunia pada tahun 2022. 

Laporan juga menunjukkan bahawa sindiket penipuan atas talian mengutamakan mesej teks kerana kadar penembusan yang tinggi serta kos yang rendah menyumbang kepada 76% daripada mesej digunakan sebagai 'langkah pertama' dalam kes penipuan. 

Gambar Hatch Communications
Gambar Hatch Communications

Penemuan data ini diperkukuhkan lagi dengan sebanyak 95% serangan penipuan di Jepun dan 80% serangan penipuan di Taiwan, Korea dan Malaysia menggunakan mesej dan bukannya panggilan telefon.

Menurut Fortune Business Insight, Industri Anti-Penipuan akan berkembang kepada AS$129.2 bilion dalam skala pasaran menjelang tahun 2029 atau CAGR sebanyak 22.8%. Kes penipuan telah meningkat di semua negara dengan pantas selama lebih dua tahun, tanpa sebarang tanda-tanda penurunan malah akan terus meningkat. 

Kes penipuan juga telah diadaptasi untuk mengikut cara setempat dengan format unik, hotsposts dan akan mengikuti hal ehwal semasa kawasan setempat yang menjadikannya agak sukar untuk ditangani tetapi tidak mustahil.

Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC)

Untuk memerangi penipuan dengan berkesan, Malaysia menggunakan sistem pelaporan baharu melalui Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di mana orang ramai boleh melaporkan kes penipuan dengan mendail talian hotline 997. 

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah bekerjasama dengan Whoscall untuk meningkatkan pangkalan data nombor penipuan. 

Gambar Hatch Communications 
Gambar Hatch Communications 

Kerjasama itu melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan daripada portal CCID PDRM kepada sistem data Whoscall menjadikannya aplikasi ID pemanggil yang paling terkini dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan atau scam.

Orang ramai juga perlu peka dengan modus operandi sindiket penipuan atas talian dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, di Malaysia, jenis penipuan yang muncul ialah meminta untuk menerima kod pengesahan OTP. 

Kadangkala, sukar untuk membezakan penipuan tetapi dengan teknologi terkini, anda boleh memuat turun Whoscall sebagai barisan pertahanan pertama anda terhadap sindiket penipuan atas talian kerana ia akan menyaring semua mesej dan panggilan masuk melalui pangkalan data proprietarinya dengan lebih 1.6 bilion entri nombor telefon dalam masa nyata secara global.

Ambil langkah bijak dengan memuat turun aplikasi Whoscall sekarang secara percuma, whoscall.onelink.me/MQQa/PDRMAntiScam. Dapatkan laporan penuh ‘Gogolook 2022 Annual Fraud Report’ di sini. - Getaran, 15 April 2023 

*Artikel dengan kerjasama Hatch Communications 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Bekas Pensyarah Berputih Mata, Lebih RM1.4 Juta Lesap Ditipu 'Pegawai NSRC'

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar