web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakamkan Detik Ramadan Dan Aidilfitri Bersama Tiktok

Tiktok memperkenalkan kempen perayaannya #InspirasiRamadan dan #InspirasiRaya bertujuan menggalakkan komuniti menginspirasi sesama pengguna melalui perkongsian panduan dan taktik menarik pada musim perayaan ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 8:04AM

Pengguna boleh mendapatkan inspirasi Ramadan dan Aidilfitri daripada pencipta kandungan TikTok terkenal seperti Khairul Aming, Boss James, Ryan Bakery dan Zarul Hafiz - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata umat Islam pastinya bersemangat dan berazam untuk memperbaiki diri serta membangunkan rohani dan komuniti terutamanya di bulan Ramadan ini. 

Bagi menggalakkan komuniti menginspirasi sesama pengguna melalui perkongsian panduan dan taktik menarik semasa bulan puasa dan detik Hari Raya Aidilfitri masing-masing, TikTok yang menjadi platform hangat bagi video pendek mudah alih telah memperkenalkan kempen perayaan #InspirasiRamadan dan #InspirasiRaya. 

Melaui kempen yang sedang berlangsung ini sehingga 14 April ini, pengguna boleh mendapatkan inspirasi daripada pencipta kandungan terkenal seperti Khairul Aming, Boss James, Ryan Bakery dan Zarul Hafiz. 

Mereka ini diberikan tugas untuk berkongsi panduan dan taktik menarik mengenai topik makanan, kecantikan, kesihatan, kecergasan, seni, muzik dan hiburan dalam menjalani Ramadan dan persiapan Raya.

Malah untuk menggalakkan lagi penyertaan, TikTok akan memilih 30 pemenang yang memberi inspirasi menarik melalui perkongsian video mereka menggunakan tanda pagar #InspirasiRamadan untuk memenangi barangan eksklusif TikTok.

TikTok berharap dapat menyatukan komuniti , selain  mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan mencipta kenangan  yang bermakna untuk diingati.

Selain itu, TikTok turut memperkenalkan Effect House Mission untuk menggalakkan pengguna untuk menyerlahkan kreativiti mereka dalam mencipta fungsi penyaring dan efek Ramadan serta Raya dengan hadiah wang tunai bernilai RM2199.25 (AS$500)

 

Inspirasi Muzik

Semasa musim perayaan ini, TikTok turut mengadakan kerjasama dengan artis rakaman daripada Rocketfuel Entertainment untuk menghidupkan semula karya klasik Raya. 

Pengguna TikTok dapat menyaksikan Ara Johari, Ernie Zakri, dan Syamel mempersembahkan lagu raya klasik seperti 'Suasana Di Hari Raya', 'Suasana Hari Raya' dan 'Selamat Hari Raya' dengan susunan baharu yang segar.

Ini bagi menggalakkan lebih ramai pengguna muda menari, menyanyi dan mengikut rentak lagu-lagu raya yang ikonik ini dengan gaya tersendiri!

Jadi manfaatkanlah platform Tiktok anda pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan sebaik-baiknya. Semoga setiap perkongsian anda semua memberikan kebaikan kepada pengguna yang melihatnya. - Getaran, 9 April 2023 

Sumber dan foto: [email protected]

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa