web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berbuka Puasa di Hotel Traders Dengan Sajian Bonda

Gear box bakar dan ketam goreng cili antara hidangan yang tidak boleh dilepaskan ketika menjamu selera di hotel yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur ini. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 1:21PM

Gear box bakar yang mencuri tumpuan pengunjung. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan harga kurang daripada RM170, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional yang memikat selera di bufet buka puasa dari Traders Hotel Kuala Lumpur membawa tema ‘Sajian Bonda’ untuk Ramadan kali ini.

Diinspirasikan oleh resipi keluarga, barisan menu untuk bufet Ramadan di Traders Hotel Kuala Lumpur adalah hasil usaha keras Chef Eksekutif, Chef Unaver Unabia dan pasukannya. 

Ketika ditemui, Chef Unaver memberitahu pasukannya telah berusaha menghasilkan barisan menu yang diyakini mampu memikat selera setiap pengunjung. 

Bahkan, dia juga mengharapkan hidangan yang terhasil dapat mengimbas kembali kenangan manis ketika berbuka puasa di kampung dengan hidangan yang disediakan sendiri oleh ibu masing-masing. 

Ketam goreng cili - Gambar oleh Rahayu MN
Ketam goreng cili - Gambar oleh Rahayu MN

Antara menu yang dicadangkan oleh Chef Unaver ialah, kari laksa udang galah, kambing panggang, ayam golek, ketam goreng cili, asam pedas ekor dan juga menu istimewa yang hanya tersedia pada hujung minggu iaitu gearbox bakar. 

“Kami memilih tema ‘Sajian Bonda’ kerana kita tahu salah satu perkara yang paling dihargai ketika musim perayaan ialah dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga.

''Masakan tradisi yang disediakan ibu kita terutamanya, sudah pasti menjadi pilihan hati kerana ia membawa kita kepada kenangan manis ketika sama-sama meraikan detik-detik indah saat berkumpul sekeluarga,” ujar Chef Unaver.

Diinspirasikan oleh resipi keluarga, barisan menu untuk bufet Ramadan di Traders Hotel Kuala Lumpur adalah hasil usaha keras Chef Eksekutif, Chef Unaver Unabia dan pasukannya. - Gambar dari Traders Hotel
Diinspirasikan oleh resipi keluarga, barisan menu untuk bufet Ramadan di Traders Hotel Kuala Lumpur adalah hasil usaha keras Chef Eksekutif, Chef Unaver Unabia dan pasukannya. - Gambar dari Traders Hotel

Bagi Getaran sendiri, pilihan hidangan berbuka puasa di hotel ini bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Setiap kaunter mempunyai seleksi yang cukup untuk eksplorasi rasa.

Gearbox bakar adalah hidangan yang mesti ada cuba jika berkunjung ke sini pada hujung minggu. Selain itu, ketam goreng cili juga jangan dilepaskan. Rasanya ‘padu’ sama ada dimakan bersama nasi atau roti. 

Begitu juga dengan pilihan kuih-muih tradisional, ada banyak yang terhidang di depan mata. Antaranya cara berlauk, seri muka, pulut tai-tai, lepat pisang, koci dan talam ubi.

Tidak ketinggalan, aiskrim artisan, Merry Ice Cream yang menawarkan beberapa perisa unik seperti tau fu fah, salted egg oreo, gula melaka dan earl grey lavender. 

Pelbagai jenis kuih muih disediakan di Traders Hotel ini. - Gambar Rahayu MN
Pelbagai jenis kuih muih disediakan di Traders Hotel ini. - Gambar Rahayu MN

Makan malam bufet Sajian Bonda di Gobo Chit Chat tersedia setiap hari dari 24 Mac hingga 21 April ini dengan seleksi menu yang bertukar-tukar pada setiap hari.

Buah tangan eksklusif

Sementara itu, bagi anda yang merancang untuk memberi buah tangan Ramadan dan raya kepada keluarga dan kenalan, mungkin anda boleh dapatkan ‘Warisan Gift Box’ daripada Koleksi Bonda.

Kotak hadiah yang merupakan kotak kayu eksklusif ini mengandungi biskut raya kegemaran ramai seperti tat nanas, almond london dan kuih batang buruk. 

'Warisan Gift Box’ daripada Koleksi Bonda. - Gambar dari Traders Hotel
'Warisan Gift Box’ daripada Koleksi Bonda. - Gambar dari Traders Hotel

Jika anda lebih gemar sesuatu yang manis, barisan Koleksi Bonda tahun ini turut menampilkan ‘Honeycomb Gift Set’ eksklusif yang tersedia dalam kotak hadiah yang direka dengan cantik.

Barangan runcit daripada Koleksi Bonda boleh didapati di www.tradersklspecials.com dari 15 Mac hingga 30 April 2023. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi pihak hotel dan anda juga boleh melayari laman sesawang hotel untuk maklumat lanjut. - Getaran, 2 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini