web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Honor Magic5 Pro Canggih, Eksklusif Dan Mantap!

Honor bakal memperkenalkan model telefon pintar flagship terbaharu mereka yang digelar Dark Horse. Mari baca ulasan penuh penulis setelah menggunakannya hampir sebulan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:03AM

Honor Magic5 Pro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia teknologi kembali hangat apabila tersebar khabar angin tentang kehebatan telefon pintar baharu daripada Honor iaitu Magic5 Pro.

Ya, jenama dari China ini bakal memperkenalkan kategori flagship terbaharu mereka yang digelar Dark Horse.

Terdahulu, penulis telah menguji sendiri secara spesifik kecanggihan teknologi kamera yang ada pada siri magic ini. Seperti yang dijanjikan, pada kali ini penulis berkongsi ulasan penuh tentang Honor Magic5 Pro setelah menggunakannya hampir sebulan.

Kali pertama melihat dan menggenggam telefon tersebut, ia sudah menggambarkan betapa berkualitinya model pada kali ini kerana kepadatan dan kekukuhan yang ada pada badan peranti.

Magic5 Pro dibina dengan reka bentuk dimensi berukuran 162.9 (tinggi) x 76.7 (panjang) x 8.8 mm (lebar). Jadi ia sedikit besar namun tetap bergaya.

Model ini mempunyai chiset Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem android 13.
Model ini mempunyai chiset Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem android 13.

Selain itu, dipasangkan bersama skrin jenis LTPO OLED bersaiz 6.81 inci, berat model ini secara keseluruhan ialah 219g dan memiliki kadar segar semula 120Hz.

Ciri-ciri yang ada pada bahagian komponen ini sahaja sudah menunjukkan betapa premiumnya Magic5 Pro.

Beralih pada perisiannya, model ini mempunyai chiset Snapdragon 8 Gen 2 dan sistem android 13 digunakan. Nama pun telefon pintar kategori flagship, sudah tentulah ia disokong dengan rangkaian 5G. 

Magic5 Pro dibina dengan reka bentuk dimensi berukuran 162.9 (tinggi) x 76.7 (panjang) x 8.8 mm (lebar)
Magic5 Pro dibina dengan reka bentuk dimensi berukuran 162.9 (tinggi) x 76.7 (panjang) x 8.8 mm (lebar)

Pada bahagian kamera pula, secara ringkas ia memiliki resolusi 50 MP terhadap ketiga-tiga lensa iaitu mod kamera utama, lebar dan ultra lebar serta 12MP bagi mod swafoto.

Penulis telah menguji kecanggihan teknologi lensa kamera Star Wheel Triple dimana ia mampu menangkap gambar objek yang sedang bergerak tanpa gegar.

Kamera telefon ini mampu menangkap gambar objek yang sedang bergerak tanpa gegar.
Kamera telefon ini mampu menangkap gambar objek yang sedang bergerak tanpa gegar.

Pengujian tersebut dilakukan menerusi pergerakan manusia melompat dan kipas gergasi yang sedang berpusing. Mantap!

Gambar berjaya ditangkap tanpa bergegar dan sejujurnya penulis agak terpegun semasa melihat hasilnya. Sesuailah dengan gelaran Dark Horse yang diberikan pada model ini.

Gambar-gambar yang dirakamkan bebas gegaran serta 'sharp' - Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar-gambar yang dirakamkan bebas gegaran serta 'sharp' - Gambar oleh Izwan Ramlan

Tambahan lagi, penulis turut berjaya menangkap gambar bulan menggunakan kemampuan zum sehingga 100 kali. 

Menguji kehebatan zum Honor Magic5 Pro dengan mengambil gambar bulan - Gambar oleh Izwan Ramlan
Menguji kehebatan zum Honor Magic5 Pro dengan mengambil gambar bulan - Gambar oleh Izwan Ramlan

Ulasan lanjut boleh klik pada pautan ini.

Sementara itu, model ini juga didatangkan bersama bateri jenis Li-Po dan memiliki kapasiti kuasa sebanyak 5100 mAh. Termasuklah sistem pengecasan segera dengan pengaliran elektrik sehingga 66W.

Malah storan yang paling besar pun tersedia sehingga 512GB 16GB RAM.

Oleh itu, pihak Honor telah mengesahkan Magic5 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 6 April ini seterusnya mengumumkan harga jual di pasaran Malaysia. Setakat ini, berdasarkan pasaran Eropah, model ini berharga 1200 EUR (RM 5753.57), jadi sama-sama kita nantikan. - Getaran, 2 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini