Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pavilion Bukit Jalil Tampil Dengan ‘Meriah Raya’ Sempena Aidilfitri Tahun Ini

Diceriakan dengan dekorasi raya yang girang dan berwarna warni, pengunjung dijemput untuk merakam momen raya mereka dan bertemu dengan kucing kegemaran global, Garfield.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 4:10PM

Keterujaan ‘Meriah Raya’ bersama tetamu jemputan serta kanak-kanak yang diraikan dari Surau Mustaqim PPR Pinggiran Bukit Jalil, Pangsapuri Sri Rakyat Bukit Jalil dan PPR Bukit Jalil. - Gambar dari Pavilion Bukit Jalil

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali musim perayaan tiba, pusat membeli-belah di seluruh negara akan sama-sama menghidupkan suasana bagi menyemarakkan suasasa sambutan. Ketika inilah pengunjung boleh menyaksikan pelbagai dekorasi indah dan unik di setiap pusat membeli-belah yang tidak mahu ketinggalan. 

Sempena sambutan hari raya kali ini, Pavilion Bukit Jalil dengan kerjasama Nickelodeon Garfield mempersembahkan  ‘Meriah Raya’ bermula 25 Mac sehingga 25 April ini. 

Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan diceriakan dengan kehadiran kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular, Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 pada tahun ini. 

Jadi, apa yang boleh anda jangkakan apabila berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil? Pengunjung akan disambut dengan kemeriahan dekorasi raya serta pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, pembelian raya dan santapan menyelerakan yang tersedia di lebih 400 kedai.

Tidak ketinggalan penebusan cenderamata perayaan edisi terhad dan eksklusif.

Kelincahan Garfield bersama barisan penari meraikan para tetamu di majlis pelancaran ‘Meriah Raya’ Pavilion Bukit Jalil.
Kelincahan Garfield bersama barisan penari meraikan para tetamu di majlis pelancaran ‘Meriah Raya’ Pavilion Bukit Jalil.

Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang bergambar bersama dekorasi raya dan Garfield, pastikan anda panjangkan langkah ke Centre Court, aras 2 Pavilion Bukit Jalil.

Di sini juga terdapat pelbagai gerai jualan yang menawarkan barangan istimewa untuk hari raya.  

Selain merakam gambar bersama tiga arca comel dan enam jenis pameran karakter Garfield yang berbeza dengan ketinggian sehingga 8 kaki, pengunjung juga berpeluang bertemu mesra dengan Garfield pada jam 2 hingga petang, setiap Sabtu dan Ahad mulai 26 Mac lalu dengan pembelian minimum RM100 di Pavilion Bukit Jalil. 

Gimik Pelancaran ‘Meriah Raya’ oleh (dari kiri) Dennis Tan, Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Pengarah Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar; Ketua Pegawai Executif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap dan Pengarah Pemasaran, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Kung Suan Ai.
Gimik Pelancaran ‘Meriah Raya’ oleh (dari kiri) Dennis Tan, Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Pengarah Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar; Ketua Pegawai Executif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap dan Pengarah Pemasaran, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Kung Suan Ai.

Ketika majlis pelancaran baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) bagi Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan Perancang Peruncitan Pavilion Bukit Jalil, Datuk Joyce Yap menjelaskan, ‘Meriah Raya’ memaparkan kegembiraan dan semangat bersama komuniti rakyat Malaysia yang sebenar dalam menyambut perayaan.

“Tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan keriangan Meriah Raya yang memaparkan kegembiraan dan semangat bersama komuniti rakyat Malaysia yang sebenar dalam menyambut perayaan.” 

“Mempunyai lebih 400 buah kedai jualan yang pelbagai, Pavilion Bukit Jalil pantas menggapai popularitinya sebagai destinasi pusat beli belah yang merangkumi juadah makanan dan minuman, aktiviti santai dan peruncitan. Mewakili dan bersama-sama seluruh rakan kerjasama serta para penyewa kami, kami mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujar beliau.

Dapatkan perhiasan bertemakan timur tengah di Giftology bertempat di Meriah Raya Marketplace, Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil. 
Dapatkan perhiasan bertemakan timur tengah di Giftology bertempat di Meriah Raya Marketplace, Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil. 

Sementara itu,  Naib Presiden, Penjenamaan dan Pemasaran Peruncitan, Produk Pengguna Paramount Asia, Dennis Tan, menjelas, pihaknya cukup teruja dengan kolaborasi bersama Pavilion Bukit Jalil ini.

“Sejak kemunculannya, bilangan peminat Garfield semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kami teruja memulakan keraian ulang tahunnya ke 45 yang pertama di Asia Tenggara dengan menganjurkan acara istimewa ini bersama Pavilion Bukit Jalil.

''Kami berharap dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, pengunjung dapat menikmati suasana raya yang lebih menyeronokkan bersama-sama Garfield,'' katanya.

Kelengkapan hiasan dan hadiah cenderamata raya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada sahabat dan keluarga pada musim perayaan ini juga boleh didapati di sini..
Kelengkapan hiasan dan hadiah cenderamata raya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada sahabat dan keluarga pada musim perayaan ini juga boleh didapati di sini..

Antara tawaran yang boleh direbut ialah, untuk setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit, pengunjung boleh menebus sampul duit raya ‘Meriah Raya’ Garfield.

Untuk pembelian minimum RM300 pula, pengunjung boleh menebus beg jinjing ‘Merah Raya’ Garfield. Namun, kesemua ini sah sehingga 25 April dan ia adalah terhad. 

Sempena Ramadan ini juga, Pavilion Bukit Jalil menekankan amalan murni dalam meraikan komuniti setempat. Lebih 5,000 paket Milo telah disumbangkan kepada pemandu e-panggilan dan penghantar makanan serta rumah anak yatim dan rumah warga emas sekitar Bukit Jalil. - Getaran, 2 April 2023

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat