web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yonnieboy, Antara 3 Selebriti Kerjasama Dengan LIAM Galak Kempen #NoFOMOChallenge

Selepas pelancaran #NoFOMO, LIAM akan melancarkan inisiatif yang lebih intensif dan tertumpu ke arah industri kewangan untuk pelajar universiti tahun ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:11AM

Yonnyboii, antara artis yang akan bekerjasama dalam cabaran #NoFOMO bagi mengetengahkan tiga elemen utama kesejahteraan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan 16 syarikat ahlinya menjalin kerjasama dengan tiga artis tempatan bagi menggalakkan inisiatif Cabaran Kesejahteraan Sosial #NoFOMO atau #NoFOMOChallenge.

Berdasarkan tiga elemen utama kesejahteraan iaitu kesejahteraan fizikal, emosi dan kewangan, pelakon dan penyanyi Alvin Chong berkongsi kesejahteraan emosinya menerusi pengalaman sebagai selebriti dengan menghasilkan siri audio siar berjudul R U OK?!

Siri audio siar itu bermatlamat melawan stigma mengenai perbincangan tentang kesejahteraan emosi dan mental yang tersembunyi di dalam orang yang menderita dalam diam.

Menurut LIAM, penyanyi rap tempatan Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnieboy dan penyanyi Lai Chung Fung atau nama pentasnya Nicole Lai turut akan bekerjasama dalam cabaran #NoFOMO bagi mengetengahkan tiga elemen utama kesejahteraan.

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM Mark O'Dell berkata kempen berkenaan telah menerima kira-kira 750 penyertaan sejak dimulakan pada 1 Disember 2022 dengan pemenang mingguan dipaparkan menerusi portal www.nofomo.my bagi memberi inspirasi dan galakan kepada individu lain mengemukakan penyertaan #NoFOMOChallenge mereka sebelum tarikh tutup pada 15 Mei ini.

Dengan menggunakan slogan "Live Well, No Fear of Missing Out", #NoFOMOChallenge mempelawa belia untuk menghasilkan kandungan video pendek berdasarkan tiga elemen kesejahteraan.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM42,000 termasuk wang tunai RM10,000 dan telefon bimbit iphone 14 pro max, 10 hadiah sagu hati bernilai RM2,000 setiap satu dan 120 hadiah mingguan RM50 kredit e-dompet.

“Untuk meraikannya, kami (LIAM) akan menampilkan tiga selebriti berkenaan bagi membuat persembahan di festival akhir belia #NoFOMO pada Jun ini.  Pemenang hadiah utama dan pemenang sagu hati #NoFOMOchallenge akan diumum di festival itu," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata selepas pelancaran kempen berkenaan, LIAM akan melancarkan inisiatif yang lebih intensif dan tertumpu ke arah industri kewangan untuk pelajar universiti tahun ini.

“Kami menyasarkan kira-kira 6,000 pelajar universiti awam dan swasta untuk terlibat dalam inisiatif ini yang boleh memenuhi sebahagian daripada kurikulum mereka dan boleh mendedahkan mereka kepada pengalaman pembelajaran sebenar,” katanya.

Menurut O'Dell, LIAM pada masa ini bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam pengurusan kewangan kepada golongan pekerja menerusi program di tempat kerja menjelang suku akhir keempat tahun ini.

Beliau berkata program itu bagi mendekati golongan berkenaan melalui majikan mereka untuk membantu lebih memahami apa yang diperlukan ke arah kesejahteraan kewangan.

“Ini untuk mereka yang mungkin memerlukan perlindungan insurans. Mereka mungkin atau mungkin tidak mengambil langkah untuk memenuhi keperluan itu atau telah terlibat dengan ejen atau seseorang yang berpengetahuan dalam bidang itu," katanya. - Bernama

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini