web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FreeYond Jenama Pemain Utama Dan Pesaing Baharu Industri Teknologi

Syarikat ini telah melancarkan dua telefon pintar baharu, dua model jam tangan pintar dan satu set fon telinga True Wireless Stereo (TWS)  termasuk tiga lagi telefon pintar diumumkan bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 4:00PM

(Dari kiri) Fahmi Fadzil; Pengarah FreeYond & Pengerusi Eksekutif Great Work Corporation Limited, Datuk Eddie Chai, Pengasas & CEO FreeYond, Dr. Lei Yu, Pengasas bersama & SVP FreeYond, Mr. David Chang serta Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Mr. Vincent Tan sewaktu pelancaran jenama FreeYond berlangsung baru-baru ini. - Gambar TEAM LEWIS dan Freeyond

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama elektronik baharu berasal dari China, FreeYond secara rasminya telah pun memasuki pasaran Malaysia apabila memperkenalkan lapan produk baharu mereka dalam sebuah majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini. 

Gambar Team Lewis dan FreeYond
Gambar Team Lewis dan FreeYond

Majlis pelancaran yang dihadiri dan dirasmikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil itu diadakan bagi  memperkukuhkan lagi kedudukan FreeYond sebagai pemain utama dan pesaing baharu kepada jenama lain dalam pasaran elektronik.

Jadi apakah lapan produk FreeYond yang diperkenalkan? Syarikat ini telah melancarkan dua telefon pintar baharu iaitu M5 dan F9, dua model jam tangan pintar serta  satu set fon telinga True Wireless Stereo (TWS). Ini termasuk tiga lagi telefon pintar diumumkan bakal memasuki pasaran tidak lama lagi iaitu M5 5G, M5A, dan F9S.

Telefon pintar FreeYond M5 dan F9, kedua-duanya menawarkan harga yang sangat mampu milik. - Gambar Team Lewis dan FreeYond
Telefon pintar FreeYond M5 dan F9, kedua-duanya menawarkan harga yang sangat mampu milik. - Gambar Team Lewis dan FreeYond

Apa yang menarik perhatian penulis bagi telefon pintar FreeYond M5 dan F9, kedua-duanya menawarkan harga yang sangat mampu milik. M5 boleh dimiliki dengan harga serendah RM699 manakala F9 bermula pada harga RM399 bagi varian storan 2GB+64GB dan RM499 bagi 3GB+128GB.

Antara ciri menarik yang dimiliki M5 - Gambar Team Lewis dan FreeYond
Antara ciri menarik yang dimiliki M5 - Gambar Team Lewis dan FreeYond

M5 juga menampilkan 3 unit kamera  meliputi kamera utama 50MP, kamera bersudut ultra lebar 8MP, dan kamera makro 2MP. Ia turut disertakan  dengan RAM 8GB dan ruang storan 128GB serta bateri berkapasiti 5,000mAh. Wow! Boleh tahan juga spesifikasi yang dipasangkan dengan harga yang ditawarkan. 

F9 mengenengahkan kamera utama yang memiliki resolusi 13MP dan kamera makro 2MP. - Gambar Team Lewis dan FreeYond
F9 mengenengahkan kamera utama yang memiliki resolusi 13MP dan kamera makro 2MP. - Gambar Team Lewis dan FreeYond

Bagi F9 pula, ciri yang diketengahkan adalah kamera utama yang memiliki resolusi 13MP dan kamera makro 2MP, selain  bateri berkapasiti 5,000mAh untuk memudahkan penggunaan sepanjang hari. Apa yang boleh dikatakan, model ini cukup untuk kegunaan kerja ataupun hiburan secara ringan.

Jam tangan pintar FreeYond Watch S1 - Gambar Team Lewis dan FreeYond
Jam tangan pintar FreeYond Watch S1 - Gambar Team Lewis dan FreeYond

Manakala, jam tangan pintar FreeYond Watch S1 dan F1  pula, ia direka untuk pengguna yang mementingkan aspek kecergasan dan gaya hidup aktif. Kedua-duanya menawarkan pelbagai fungsi asas yang sudah cukup membolehkan pengguna menjejak aktiviti kecergasan, memantau kesihatan, dan kekal terhubung pada bila-bila masa..

S1 yang diperbuat daripada kerangka aloi zink dan butang fungsi yang menggunakan material keluli tahan karat menawarkan harga RM159. Manakala F1 yang berharga RM119 mempunyai saiz skrin lebih besar, iaitu 1.8 inci dan memiliki fungsi sama seperti S1. 

FreeYond Pods 1 - Gambar Team Lewis dan FreeYond
FreeYond Pods 1 - Gambar Team Lewis dan FreeYond

FreeYond Pods 1 merupakan True Wireless Headset (TWS) dengan serendah RM89  pula menjanjikan kebolehgunaan selama enam jam setelah ia dicas penuh dan tempoh penggunaannya pula mampu bertahan  selama 30 jam bersama bekas pengecasnya. 

Selain  itu, ia turut membawakan ciri pemerkayaan bes dinamik 12mm dan bunyi yang boleh dikatakan berada di tahap baik. Malah, ia juga mempunyai penarafan kalis air IPX4. Jadi peluh mahupun hujan tidak akan menghalang anda daripada menikmati aktiviti dan muzik kegemaran 

Untuk maklumat lanjut mengenai FreeYond dan produknya, layari Instagram rasmi FreeYond Malaysia. - Getaran, 1 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini