web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mekanik Wira Tak Didendang! Castrol Raikan Hari Mekanik Malaysia Untuk Tahun Ke Lima

Kempen ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan kesedaran terhadap wira-wira tak didendang yang terdiri dari pakar dan mekanik automotif di Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 8:00AM

Castrol telah menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ bagi tahun ke lima dengan bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mekanik merupakan satu pekerjaan yang mempunyai peranan penting dalam memperbaiki dan menyelenggara jentera, mesin atau kenderaan seperti kereta atau motorsikal.  Mungkin segelintir individu tidak menjadikan pekerjaan mekanik sebagai kerjaya utama mereka. Namun kemahiran, khidmat serta sumbangan mereka ini amat besar dan perlu dihargai. 

Untuk itu, syarikat pelincir automotif terkemuka di Malaysia, Castrol telah menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ bagi tahun ke lima dengan bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia” semalam. 

Gambar ihsan Castrol
Gambar ihsan Castrol

Kempen ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan kesedaran terhadap wira-wira tak didendang yang terdiri daripada pakar dan mekanik automotif di Malaysia.

Cuba anda bayangkan apakah yang akan terjadi jika pekerjaan yang digelar mekanik ini tidak wujud? Pastinya berlaku peningkatan jumlah jentera, mesin atau kenderaan rosak kerana tidak boleh dibaiki. 

Bahkan, kenderaan tersebut terpaksa dilupuskan kerana jangka hayat telah habis atau sudah tidak boleh digunakan lagi.

Jadi, bagi mengukuhkan sokongan Castrol terhadap kerjaya mekanik, kempen ini dimulakan dengan pengenalan sebuah video unik oleh Castrol sendiri yang bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik". 

Video berdurai satu minit tersebut memaparkan betapa tertekannya jika berlaku keroskan kenderaan yang memerlukan mekanik untuk memperbaikinya.

Gambar ihsan Castrol
Gambar ihsan Castrol

Malah,  Castrol turut mengambil langkah inisiatif untuk menganjurkan “Pertandingan Mekanik Castrol” yang disasarkan kepada golongan mekanik melalui bengkel Castrol Auto Servis. 

Pertandingan itu akan bermula pada 1 April hingga 31 Mei 2023, dan pada  masa yang sama ia bertujuan untuk memberikan ganjaran dan penghargaan kepada mekanik tempatan.

Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist iaitu platform eksklusif yang disediakan khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hari bersejarah mekanik ini, layari laman rasmi Castrol

Oleh itu, hargailah mekanik tempatan yang sentiasa bersedia untuk membantu anda jika berlaku keroskan kenderaan tidak kira waktu atau lokasi.

 Mungkin kerjaya mereka tidak begitu popular berbanding pekerjaan yang lain namun mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang diberikan. - Getaran, 26 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Mekanik Mangsa Tayar Lori Tercabut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Bengkel Perlu Pamer Senarai Nama Mekanik - Salahuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mekanik Dipenjara 28 Tahun, 13 Sebatan Rogol, Amang Seksual Anak Kandung

4

Kisah Kita 4 tahun yang lalu

Skuad Bantu Kembali Hulur Khidmat Percuma Tolong Kereta Terkandas

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini