Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Feel Sabah, North Borneo' – Slogan Terbaharu Menggamit Kedatangan Pelancong Ke Sabah

Slogan terbaharu ini diperkenalkan dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan negeri ini serta keajaiban yang dimilikinya ke serata dunia. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 4:00PM

Keindahan detik mentari terbit di Pulau Mabul cukup mengagumkan. - Gambar Sabah Tourism Board

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lembaga Pelancongan Sabah atau Sabah Tourism Board (STB)  baru-baru ini melancarkan slogan jenama destinasi terbaharunya ,‘Feel Sabah, North Borneo’ menggantikan slogan terdahulu `Enchanting Sabah'. 

Terletak di kepulauan yang ketiga terbesar di dunia, Borneo, Sabah merupakan sebuah destinasi yang menjanjikan keindahan luar biasa dan unik, berbeza dengan yang ada di tempat lain. Setiap pengembara yang menjejakkan kaki ke sini akan menikmati sebuah perjalanan yang tidak mungkin dilupakan. 

Christina Liew (bertopi) ketika merasmikan 'Feel Sabah, North Borneo' di MATTA Travel Fair baru-baru ini. - Gambar Sabah Tourism Board
Christina Liew (bertopi) ketika merasmikan 'Feel Sabah, North Borneo' di MATTA Travel Fair baru-baru ini. - Gambar Sabah Tourism Board

Selain keajaiban alam semulajadi, ada banyak lagi yang boleh dilihat seperti warisan budaya, sejarah dan juga makanan yang memikat selera. Gabungan unik pesona moden dan tradisional memastikan setiap pengunjung ada sesuatu untuk dinikmati. 

Sama ada bersantai di tepian pantai, bersiar-siar di kampung-kampung, pelayaran menyusuri sungai, penerokaan gunung, atau terjun ke laut yang airnya jernih bagaikan kristal, Sabah adalah permata di tengah-tengah Asia Tenggara, menunggu untuk diterokai dan dilawati semula.

Dengan segala kelebihan yang ada, termasuk hutan hujan tropika, pantai dan gunung, tidak hairanlah mengapa negeri kedua terbesar di Malaysia ini menjadi destinasi percutian yang popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikut adalah lima fakta yang anda harus tahu tentang negeri di bawah bayu ini.

Sabah's Blues

Dengan lebih daripada 300 pulau, Sabah merupakan negeri yang mempunyai paling banyak pulau -pulau kecil di Malaysia yang menghadap ke Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes. Pengunjung boleh melarikan diri dari hiruk-pikuk kota apabila bercuti ke sini dan boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai dan laut. 

Boleh menikmatik mandian lumpur gunung berapi di Pulau Tiga, glamping di Pulau Dinawan, snorkeling di Pulau Mantanani dan menikmati pemandangan panoramik Laut Celebes di puncak Pulau Bohey Dulang. 

Ke mana sahaja anda pergi di Sabah, anda juga akan dijamu dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan 

Budaya Sabah

Tiada cara yang lebih baik untuk melibatkan diri dalam budaya baharu selain daripada menghadiri salah satu perayaan yang diraikan oleh masyarakat Sabah. Negeri ini terkenal dengan kepelbagaian kaum dengan Kadazan Dusun menjadi kumpulan peribumi terbesar, diikuti oleh Bajau dan Murut.

Kaamatan, atau Pesta Menuai, adalah acara terpenting dalam kalendar komuniti Kadazan Dusun. Ia diadakan sepanjang bulan Mei untuk menyatakan kesyukuran atas hasil tuaian musim itu. Perayaan itu biasanya menampilkan ritual tradisional untuk menenangkan semangat padi, memberi peluang kepada orang luar untuk melihat sekilas ke dalam agama kuno.

Tamu Besar yang berlangsung pada bulan Oktober atau November di daerah Kota Belud pula membenarkan pengunjung untuk melihat penunggang kuda Bajau berpakaian tradisional yang meriah beraksi. 

Lawati pedalaman untuk Pesta Kalimaran tahunan pada bulan Mac untuk mengetahui tentang seni pertukangan Murut atau mengambil bahagian dalam festival air unik Semporna 'Regatta Lepa' pada bulan April.

Kundasang - Gambar Sabah Tourism Board
Kundasang - Gambar Sabah Tourism Board

Alam Semulajadi & Pengembaraan 

Tarikan utama Sabah adalah di luar bandar, di mana aktiviti lasak dan santai menanti pengunjung. Pencinta alam boleh menikmati keindahan dan kesegaran alam semulajadi di kawasan luar bandar yang dikelilingi oleh kehijauan dan sungai yang tenang. 

Penat-lelah anda menerokai denai terpencil yang menuju ke lembah tersembunyi dan air terjun yang menakjubkan, seperti Ngarai Sungai Taralamas di Ranau, Sungai Merabung di Lahad Datu, dan Bukit Sinipung di Long Pasia pasti berbaloi. 

Untuk aktiviti riadah luar, berkhemah di Kiulu, Kadamaian, dan tanah tinggi Ranau akan menjamin pengunjung pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu yang ikonik - puncak tertinggi di Malaysia dan Borneo.

Hidupan Liar Sabah

Negeri Di Bawah Bayu ini adalah tempat perlindungan bagi hidupan liar yang terancam dan dilindungi endemik di Borneo. Ia adalah rumah kepada salah satu hutan hujan tertua di dunia, sejak dahulu lagi hingga 130 juta tahun dan 688 spesies burung.

Untuk memerhati hidupan liar di habitat semula jadinya, pergilah ke Sandakan dan mulakan pelayaran sungai di sepanjang Sungai Kinabatangan untuk pengalaman mengintai hidupan liar sekali seumur hidup yang tidak dapat dilupakan. 

Anda mungkin melihat gajah Borneo, monyet belanda, orang utan, beruang matahari, burung enggang, buaya, dan juga ikan lumba-lumba ‘Irrawaddy’.

Komitmen Sabah terhadap pemuliharaan adalah salah satu asetnya yang paling berharga, menjadikannya contoh terbaik pelancongan pendidikan. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari, Rizab Hidupan Liar Tabin, Pusat Pemuliharaan Lembah Danum, Ngarai Imbak dan Lembangan Maliau, antara tarikan yang sedia menanti.

Sibuan di Semporna, Sabah. - Gambar Sabah Tourism Board
Sibuan di Semporna, Sabah. - Gambar Sabah Tourism Board

Laut Sabah

Dari barat ke pantai timur, perairan Sabah telah menjadi tapak banyak penemuan hidupan marin yang pelbagai dan mengagumkan. Kepelbagaian biodiversiti marinnya telah menarik penyelam dari seluruh dunia untuk melawat dan merasai pengalaman keindahan dunia di bawah air Sabah.

Penyelam telah dihiburkan dengan penampakan ikan paus pembunuh atau Orca, jerung kepala tukul dan jerung pengirik di perairan luar Pulau Sipadan dan Layang-Layang. Selain itu, lautan Sabah juga adalah rumah kepada spesies terancam, dugong. Jerung paus juga turut kelihatan berhampiran dengan bandar Kota Kinabalu, di Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Peranan Sabah Tourism Board

Pelancaran  slogan jenama destinasi terbaharunya ,‘Feel Sabah, North Borneo’ ini diadakan bersempena dengan Pameran Kembara MATTA itu dirasmikan  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, di mana beliau telah melepaskan 10 daripada 100 buah kereta e-hailing yang mempamerkan slogan terbaharu itu. Kesemua kereta ini akan mengelilingi Lembah Klang selama tiga bulan untuk menguar-uarkannya kepada orang ramai. 

Bercakap kepada pihak media, Christina menganggap langkah yang diambil Sabah Tourism Board (STB) ini akan memberi dorongan besar kepada pertumbuhan pelancongan domestik Ini kerana pasaran domestik masih merupakan segmen ekonomi penting bagi Sabah, biarpun pihaknya mengalu-alukan pelancong antarabangsa dari seluruh dunia.

Memetik statistik daripada Bahagian Penyelidikan STB, Liew berkata, pengembara domestik menyumbang dua pertiga daripada jumlah ketibaan pelancongan di Sabah sebelum pandemik COVID-19. 

“Bagi senario pra-pandemik, jumlah ketibaan tujuan pelancongan di Sabah ialah 4.19 juta pengunjung pada 2019. Pada tahun itu, pelancongan domestik menyumbang 2.72 juta ketibaan manakala angka untuk ketibaan antarabangsa berjumlah 1.47 juta pelawat.” 

"Tahun lalu, 80 peratus daripada 1.72 juta ketibaan ke Sabah merupakan pelawat domestik. Tinjauan Profil Pelawat Domestik 2019, mendapati pelawat domestik lebih berminat dengan aktiviti membeli-belah berbanding pelawat antarabangsa,” ulas beliau.

STB melancarkan slogan jenama destinasi terbaharunya ,‘Feel Sabah, North Borneo’  menggantikan slogan terdahulu `Enchanting Sabah'. - Gambar Sabah Tourism Board
STB melancarkan slogan jenama destinasi terbaharunya ,‘Feel Sabah, North Borneo’  menggantikan slogan terdahulu `Enchanting Sabah'. - Gambar Sabah Tourism Board

Tambah Christina lagi, 'Feel Sabah, North Borneo' merupakan slogan yang cukup kuat untuk menarik minat orang untuk mengenali Sabah.

"Rakyat Malaysia di bahagian lain di negara ini akan menerima tema promosi baharu ini. Saya percaya mungkin ramai di kalangan generasi muda tidak begitu mengenali sejarah dan keindahan silam Sabah.”

“Jadi sementara mereka menikmati keindahan alam semulajadi, keramahan penduduk, warisan budaya serta hidupan liar yang luar biasa, mereka juga akan dapat menghayati peninggalan dahulu kala seperti harta antik dari era utara borneo Zaman Borneo.

Lagipun, ini menekankan lokasi geografi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo,” ujar Christina.

Dengan begitu banyak keunikan menanti di Sabah, jomlah bercuti ke sana! Sebelum itu, boleh tonton video kempen terbaharu STB di sini. - Getaran, 25 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang