Pada bulan Ramadan ini, ramai yang akan mengambil peluang untuk mengimarahkan kehidupan serta ibadah sebagai seorang Muslim. Selain berpuasa, pasti ramai juga berhasrat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Seiring dengan kehebatan teknologi komunikasi zaman ini, penulis kongsikan tujuh tip dan idea yang anda boleh manfaatkan menggunakan WhatsApp dengan lebih efektif pada bulan Ramadan ini.

Rancang Sesi Iftar Maya Anda
Iftar atau berbuka puasa di bulan Ramadan bersama insan tersayang yang berada jauh dari kawasan anda seperti keluarga dan rakan yang menetap di luar negara.
Berhubunglah secara maya bersama mereka untuk sesi iftar bersama melalui WhatsApp dengan menggunakan fungsi panggilan video yang boleh menyokong seramai 32 individu.
Anda juga boleh memanfaatkan fungsi pautan panggilan untuk merancang sesi panggilan terlebih dahulu supaya semua orang dapat menyertai panggilan anda dengan mudah.
Kongsi Resepi Dengan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Sahur dan iftar merupakan waktu makan yang penting dalam bulan Ramadan, tetapi ada masanya anda pasti kehabisan idea kadangkala memenatkan untuk merancang hidangan selama sebulan.
Jadi, anda boleh mendapatkan inspirasi dengan saling berkongsi idea makanan serta resipi melalui ‘Group’ WhatsApp bersama kenalan yang turut gemar memasak.
Jangan lupa, semasa memasak dan selepas selesai makanan dihidangkan, muat naiklah gambar sajian tersebut sebagai status. Pamerkan bakat anda kepada para kenalan untuk tujuan memberikan inspirasi kepada mereka.
Menunaikan Amal Kebajikan
Amalan kebajikan dan kemuhibahan merupakan satu tuntutan dalam bulan Ramadan. Tetapkan peringatan untuk menunaikan ibadah zakat anda dengan menggunakan fungsi mesej diri sendiri dalam WhatsApp lalu pinkan perbualan tersebut supaya ia kekal dalam fikiran.
Selain daripada zakat, anda juga boleh merangka pelbagai aktiviti kebajikan berkumpulan dengan menggunakan Komuniti WhatsApp seperti gotong-royong surau, tarikh untuk melaksanakan qiamullail dan seumpamanya
Jadikan Ucapan Ramadan Anda Lebih Kreatif
Dalam bulan Ramadan ini, jangan kita lupa untuk mengirimkan ucapan sempena masuknya bulan mulia ini kepada keluarga dan rakan- rakan.
Peribadikan ucapan tersebut dengan mencipta avatar anda sendiri atau dengan merakam ucapan dengan kemudahan nota suara. Bagi setiap ucapan yang anda terima, gunakan fungsi “reaksi” untuk meluahkan perasaan anda dengan lebih menarik.
Rancang Petang Yang Menyeronokkan Di Bazar Ramadan
Tradisi mengunjungi bazar Ramadan sudah pasti menjadi menjadi antara aktivit pilihan ramai. Memandangkan ada banyak bazar Ramadan yang akan dibuka di pelbagai lokasi, gunakan WhatsApp Polls untuk membantu anda memesan atau memilih makanan yang ingin dibeli
Dalam masa yang sama, jika anda tersesat dalam kesibukan bazar aktifkan saja fungsi ‘live location’ bagi memudahkan diri anda untuk ditemui.

Lindungi Diri Anda Daripada Sindiket Penipuan
Sindiket penipuan boleh menggunakan promosi dan tawaran bertema perayaan untuk mengambil kesempatan ke atas orang ramai. Ingat! Jika anda ada menerima mesej yang mencurigakan, boleh lapor dan sekat terus mesej berkenaan di WhatsApp.
Untuk keselamatan pengguna, WhatsApp melindungi perbualan anda dengan penyulitan hujung-ke-hujung, dan dengan mengaktifkan penentusahan dua langkah bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan akaun anda.
Oleh kerana anda akan saling bertukar mesej dengan ahli keluarga dan pelbagai kenalan, anda juga boleh menasihatkan mereka untuk mengambil langkah keselamatan ini demi kepentingan bersama.
Ambil Masa Untuk Bermuhasabah
Bulan yang mulia ini bukan sahaja memberi kita peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga, rakan taulan tapi juga untuk bermuhasabah. Mungkin juga perbualan di dalam aplikasi ini mengganggu anda untuk fokus dalam beribadah.
Jika anda memerlukan masa untuk diri sendiri, anda boleh membisukan perbualan dalam ‘group’ WhatsApp dalam tempoh 8 jam, 1 minggu, atau tanpa tempoh terhad sehingga anda bersedia untuk menyahaktifkannya semula.
Jadi, tidak semestinya anda boleh terlalai daripada mengerjakan ibadah ketika bulan puasa dengan penggunaan Whatsapp ini. Gunakan sebaiknya agar aplikasi ini dapat memberikan manfaat kepada umat islam semasa bulan Ramadan. - Getaran, 25 Mac 2023