web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM39,248 Untuk Direbut Menerusi Pertandingan Pemprograman Agoda, Disertai 2000 Peserta Dari 89 Negara 

Pertandingan Codegoda ini membolehkan peserta menunjukkan kemahiran pemprograman mereka di pentas global, bahkan mendapat peluang membina kerjaya bersama Agoda. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 6:29PM

Codegoda iaitu acara tahunan Agoda kembali diadakan dengan tawaran hadiah wang tunai yang menarik. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agoda percaya bahawa kunci untuk membuka peluang dalam bidang teknologi baharu seperti teknologi kewangan, realiti lanjutan, metaverse, teknologi kecerdasan buatan, kesalinghubungan satelit dan banyak lagi adalah dengan memanfaatkan bakat yang berwibawa.  

Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut, Agoda mengumumkan kembalinya pertandingan pemprograman global tahunannya, Codegoda. 

Untuk penganjuran kali keempat ini, Codegoda telah berkembang menjadi sebuah platform yang memberikan peluang yang sama kepada pengekod dari pelbagai peringkat umur, latar belakang, jantina dan tahap pengalaman.

Menurut Pegawai Teknologi Agoda, Idan Zalzberg, Codegoda mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia direka oleh pengekod untuk pengekod yang lain. Kebebasan dalam cara penyelesaian masalah yang diberikan membolehkan peserta menguji had keupayaan pengekodan mereka.

“Sama ada anda merupakan profesional yang berpengalaman dalam bidang teknologi atau seseorang yang berminat untuk menceburi bidang yang menarik ini, Codegoda direkacipta untuk memberikan pengalaman yang mencabar untuk semua.”

''Hasil keputusan daripada edisi pertandingan yang lalu telah terbukti dalam membantu pasukan kerja di Agoda untuk mencari penyelesaian dari perspektif yang berbeza.

“Idea untuk memastikan pertandingan ini terbuka kepada semua telah dirancang sejak dari awal lagi. Di Agoda, sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan kepakaran, boleh memilih untuk bekerja di dalam bahagian teknologi dan organisasi kami memupuk budaya yang menggalakkan inovasi dan penyelesaian masalah,” tambah Zalzberg.

Pertandingan satu pusingan ini bakal berlangsung dari jam 1:30 petang hingga 10:30 malam ICT (Waktu Indochina) pada 1 April 2023.

Peserta akan diberi masa tiga jam untuk menyelesaikan enam masalah algoritma yang mirip isu sebenar yang dihadapi oleh pasukan teknologi Agoda pada setiap hari. 

Setiap masalah yang dikemukakan tidak terikat kepada satu cara penyelesaian sahaja dan kaedah bebas dalam penyelesaian masalah adalah digalakkan.

Pengekod boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bahasa pemrograman untuk menyelesaikan isu tersebut. Jumlah nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan ialah sebanyak $8,750 (RM39,248) dan juara berpeluang untuk meraih hadiah sebanyak $3,500 (RM15,699).

Panduan ringkas pertandingan

Peserta akan diberi masa tiga jam untuk menyelesaikan enam masalah algoritma yang mirip isu sebenar yang dihadapi oleh pasukan teknologi Agoda pada setiap hari. -  Gambar hiasan Unsplash
Peserta akan diberi masa tiga jam untuk menyelesaikan enam masalah algoritma yang mirip isu sebenar yang dihadapi oleh pasukan teknologi Agoda pada setiap hari. - Gambar hiasan Unsplash

Pilih bahasa pemprograman yang mudah difahami bagi membolehkan anda menguji dan mendapatkan penyelesaian dengan cepat. Apabila berhadapan dengan isu yang rumit, tangani masalah secara saintifik dan pecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian yang lebih mudah. 

Gunakan contoh kecil untuk memahami corak asas yang kemudiannya boleh digunakan pada penyelesaian yang lebih besar dan lebih kompleks. 

Sehingga kini, pertandingan ini telah disertai oleh lebih 20,000 peserta dari 89 negara pasaran Agoda.

Pemenang terdahulu telah muncul dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Jerman dan terdapat sebahagian pemenang yang tidak mempunyai pengalaman kerja teknikal sebelum ini. 

Pertandingan ini membolehkan peserta menunjukkan kemahiran pemprograman mereka di pentas global, menambah kredibiliti kepada mereka yang ingin melanjutkan kerjaya dalam bidang pengekodan, bahkan mendapat peluang membina kerjaya bersama Agoda. 

Anda boleh melayari https://codegoda.io/news  untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 18 Mac 2023

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini