web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kampong Gelam Bakal Bersinar 33 Hari Sempena Meraikan Ramadan

Bazar Ramadan Tahunan Kampong Gelam kembali dengan himpunan ratusan gerai dan pertunjukan cahaya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:01PM

Pemandangan gah Masjid Sultan di Kampong Gelam, Singapura - Gambar oleh Multikulti Pte Ltd

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejiranan bersejarah Kampong Gelam, di Singapura bakal kembali bersinar apabila Bazar Ramadan Kampong Gelam, Eid Glam kembali bermula 15 Mac hingga 16 April hadapan.

Program bersempena sambutan Raikan Cahaya Ramadan ini akan turut diisi dengan program hiburan dan kutipan amal bagi menyuntik pengalaman budaya dan semangat komuniti.

Tahun ini, acara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan dan pengembara dari luar negara ini tampil lebih meriah dengan membawakan himpunan lebih 100 buah gerai serta pertunjukan cahaya. 

Bazar Kampung Gelam telah bermula sejak tahun 1960an lagi. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd
Bazar Kampung Gelam telah bermula sejak tahun 1960an lagi. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd

Menyingkap sejarah, Bazar Kampong Gelam telah bermula sejak 1960-an lagi, di mana ketika itu pengunjung akan datang untuk menunaikan solat di Masjid Sultan, menjamu selera selepas berpuasa dan membeli-belah persiapan raya berlatarkan persembahan seni etnik.

Kampong Gelam sejak dulu hingga kini terkenal sebagai kejiranan Melayu-Islam Singapura, walaupun kemasukan beramai-ramai pendatang mengubah wajah ‘kampung’ Melayu ini menjadi sebuah masyarakat yang lebih majmuk. 

Sehingga kini kampung atau kawasan ini masih mengekalkan kepentingannya sebagai pusat kegiatan Melayu-Islam atas sebab sejarah dan khazanah budayanya.

Walaupun Bazar Kampong Gelam menjadi tumpuan selama puluhan tahun, edisi sejak 2021 menampakkan kembalinya kemeriahan dari zaman keemasan 60-an, menyerlahkan unsur yang membentuk identiti semasanya sebagai tempat pertembungan serba moden dengan tradisi.

Bersandarkan kejayaan tahun-tahun sebelumnya dan GLAMboyant (pengaktifan presint F1 Kampong Gelam selama 10 hari), sambutan tahun ini dijangka menjadi pengaktifan terbesar dalam matlamat berterusan One Kampong Gelam untuk menyemarakkan minat yang memacu langkah serta kemajuan perniagaan.

Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd
Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd

Raikan Cahaya Ramadan tambah istimewa apabila ia menggabungkan bazar Ramadan klasik dengan pertunjukan cahaya menakjubkan dan senarai persembahan menarik, serta acara kutipan amal di 10 hari terakhir penganjurannya, sebagai simbol bermuhasabah diri, berkorban dan hidup bermasyarakat.

“Walaupun Ramadan adalah tempoh bermuhasabah diri, ia juga merupakan bulan perayaan bersama masyarakat setempat dan meluahkan rasa empati - kedua-duanya membentuk tonggak utama Raikan Cahaya Ramadan.

“Harapan kami bukan sahaja para pelawat menikmati pelbagai aspek dan pengalaman Kampong Gelam melalui pengaktifan terbesar kami, tetapi turut membawa pulang semangat berkampung untuk disematkan ke dalam kehidupan seharian,” jelas Pengerusi One Kampong Gelam, Mohammad Zaki Ma’arof.

Merentasi daerah-daerah utama selama 33 hari dari 15 Mac hingga 16 April 2023, Eid Glam boleh diringkaskan menawarkan lima pengalaman berbeza iaitu makanan, runcit, persembahan cahaya, hiburan dan komuniti. Jom semak maklumat berikut: 

Sepanjang jalan Baghdad Street, Kandahar Street dan muka pintu Sultan Gate, pengunjung boleh menikmati mendapatkan pelbagai juadah enak di 86 buah gerai yang turut serta. - Gambar Multikulti Pte Ltd
Sepanjang jalan Baghdad Street, Kandahar Street dan muka pintu Sultan Gate, pengunjung boleh menikmati mendapatkan pelbagai juadah enak di 86 buah gerai yang turut serta. - Gambar Multikulti Pte Ltd

Makanan – setiap hari

Tersusun di sepanjang jalan Baghdad Street, Kandahar Street dan muka pintu Sultan Gate, pengunjung boleh menikmati mendapatkan pelbagai juadah enak di 86 buah gerai yang turut serta. 

Menampilkan gabungan trak makanan menarik, gril luar dan ruang mezanin 2 tingkat untuk menjamu selera, nantikan pelbagai santapan kegemaran tradisional seperti kuih raya, sate, makanan laut tempatan dan snek goreng, di samping makanan popular. 

Runcit – setiap hari

Dengan kedudukan strategik di antara zon makanan dan minuman, terdapat 23 gerai runcit yang menjual barangan atau hasil seni moden, kraf tradisional dan pakaian yang diilhamkan oleh barisan artis berbakat.

*Nota: Senarai vendor makanan dan runcit akan diumumkan kelak melalui akaun media sosial Kampong Gelam apabila tarikh penganjuran semakin hampir. 

Persembahan Cahaya, Pertunjukan Lampu Unjuran pada Jumaat hingga Ahad. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd
Persembahan Cahaya, Pertunjukan Lampu Unjuran pada Jumaat hingga Ahad. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd

Persembahan Cahaya: Pertunjukan Lampu Unjuran - Jumaat Hingga Ahad

Kini di tahun ketiga siri Cahaya Ramadan One Kampong Gelam, cahaya lampu unjuran kembali menceriakan kawasan perayaan. Menerangi bangunan ikonik Masjid Sultan, pengunjung yang lalu-lalang boleh menyaksikan keindahannya dari jauh atau menghampirinya untuk merakam memori.

Pertunjukan Cahaya : Pertunjukan Lampu Udara – Jumaat & Sabtu

Berlegar di awang-awangan tapak acara (Sultan Gate) ialah pameran cahaya udara yang menggunakan layang-layang LED yang dikawal oleh dron dengan pencahayaan berwarna terang mempesona. 

Arca lampu mikro pula menceriakan suasana sebagai tanda jalinan yang semakin erat antara manusia dan bulan Ramadan. 

Turut memeriahkan suasana, pengunjung juga boleh melihat gerbang Raikan Cahaya Ramadan menyambut kehadiran setiap pengunjung ke kawasan acara, dengan kerdipan lampu di sepanjang laluan utama. Bahkan, di setiap selekoh dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

Hiburan

Bazar Ramadan tidak lengkap tanpa hiburan. Dengan pentas utama di tepi tempat letak kereta Baghdad Street, pengunjung boleh berehat sambil menikmati persembahan langsung muzik dengan barisan penyanyi, tarian tradisional dan moden serta dialog langsung yang serba membina.

*Nota: Butiran lanjut akan diumumkan kelak apabila tarikh penganjuran semakin hampir

Iftar beramai-ramai di Arab Street. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd
Iftar beramai-ramai di Arab Street. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd

Komuniti: Iftar Beramai-Ramai Di Arab Street - 1 April Sahaja

Iftar adalah jamuan berbuka puasa yang mengakhiri puasa seharian umat Islam di sepanjang bulan Ramadan. Ibadah yang menggabungkan rasa syukur dengan rezeki makanan untuk berbuka puasa ini dalam masa yang sama memupuk kesedaran rohani. 

Selalunya acara berbuka puasa diamalkan secara berkumpulan dengan niat berkongsi keberkatan Ramadan, sama ada di rumah dengan keluarga atau rakan-rakan.

Dalam usaha menggalakkan masyarakat untuk berhimpun dan berkongsi makanan mereka, One Kampong Gelam akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Beramai-ramai pada 1 April 2023 di sepanjang Arab Street di mana pengunjung boleh menempah meja terlebih dahulu untuk Iftar sendiri, atau sebagai sedekah untuk penerima manfaat Baitulmal Masjid Sultan dan GRC Jalan Besar.

Kutipan amal dari 7 hingga 16 April, 4 petang hingga 8 malam. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd
Kutipan amal dari 7 hingga 16 April, 4 petang hingga 8 malam. - Gambar ihsan Multikulti Pte Ltd

Komuniti: Kutipan Amal dari 7 Hingga 16 April, 4 petang hingga 8 malam

Pasukan One Kampong Gelam akan bekerjasama dengan rakan-rakan dari Helwa's Gourmet dan Enniche untuk menguruskan pusat pengumpulan di 45, Sultan Gate di mana pengunjung boleh menyumbangkan pakaian preloved, makanan tahan lama dan barangan keperluan lain untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan untuk sambutan Aidilfitri.

Raikan Cahaya Ramadan ialah sambutan yang diterajui oleh One Kampong Gelam dengan kerjasama Singapore Tourism Board. - Getaran, 12 Mac 2023 

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini