web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemerkasaan Wanita Dalam Dunia Teknologi Dan Digital

Pemerkasaan wanita dengan pengetahuan dan kemahiran digital bagi mencapai kesaksamaan kemahiran digital yang melibatkan wanita yang celik teknologi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 3:00PM

Keupayaan menggunakan teknologi dengan cara yang berfaedah dan memperoleh kemahiran digital asas perlu diusahakan untuk melihat lebih banyak lagi keberadaan kaum wanita dalam dunia teknologi. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peranan wanita telah berkembang dengan pesat dari semasa ke semasa dalam dunia teknologi. Daripada seorang isteri, ibu atau pun yang masih bujang sudah mempunyai keupayaan untuk mengemudi dunia digital. Antaranya pengendalian media sosial di TikTok sebagai contoh dalam mencari sumber pendapatan.

Pemerkasaan wanita dengan pengetahuan dan kemahiran digital perlu merangkumi faktor lain yang mampu ditangani oleh mereka untuk meletakkan asas bagi penyertaan dalam dunia teknologi. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Faktor lain yang dimaksudkan ialah keupayaan menggunakan teknologi dengan cara yang berfaedah dan memperoleh kemahiran digital asas perlu diusahakan untuk melihat lebih banyak lagi keberadaan kaum wanita dalam dunia teknologi. 

Ini bagi mencapai kesaksamaan kemahiran digital yang melibatkan wanita yang celik teknologi untuk bersama-sama kaum lelaki menceburi bidang pekerjaan berkaitan digital.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dan memberi penekanan bahawa keperluan teknologi inklusif, transformatif dan pendidikan digital terhadap kaum wanita harus diketengahkan. 

Ini bagi mencungkil bakat kemahiran yang ada dalam kalangan mereka terhadap digital dan teknologi selaras dengan tema "DigitALL" yang diberikan oleh mereka sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Transformasi digital bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan seperti yang ditunjukkan semasa kemuncak pandemik COVID-19, apabila pergi ke pejabat secara fizikal adalah sesuatu yang mustahil dalam kebanyakkan rakyat Malaysia. 

Norma tersebut menunjukkan betapa pentingnya teknologi untuk kesinambungan serta kelangsungan untuk bekerja tidak kira wanita atau lelaki dan mereka yang tidak mahir akan ketinggalan.

Oleh itu, terdapat  lima elemen utama yang penting bagi mencapai matlamat bagi memperkasakan wanita dalam dunia teknologi.

Norma tersebut menunjukkan betapa pentingnya teknologi untuk kesinambungan serta kelangsungan untuk bekerja tidak kira wanita atau lelaki. - Gambar hiasan Pexels
Norma tersebut menunjukkan betapa pentingnya teknologi untuk kesinambungan serta kelangsungan untuk bekerja tidak kira wanita atau lelaki. - Gambar hiasan Pexels

Pertama, persekitaran tempat kerja inklusif merangkumi kepelbagaian kemudahan yang disediakan kepada lelaki perlu sama dengan wanita dan tidak menjadikan perbezaan jantina sebagai penanda aras.

Kedua, kenaikan pangkat, kedudukan dan gaji wanita di semua peringkat perlu dilihat sama seperti pekerja lelaki mengikut prosiding, pencapaian dan sistem syarikat.

Ketiga adalah menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan mesra termasuk pengaturan waktu kerja yang fleksibel dan penjagaan anak. Ini dapat membuktikan bahawa memilih untuk menjadi isteri atau ibu tidak bermakna seseorang itu perlu mengorbankan kerjayanya.

Majikan atau syarikat perlu meneliti keupayaan kaum wanita dalam menceburi bidang digital. - Gambar hiasan Pexels
Majikan atau syarikat perlu meneliti keupayaan kaum wanita dalam menceburi bidang digital. - Gambar hiasan Pexels

Keempat, memupuk budaya korporat secara terbuka dan selamat supaya dapat menangani tekanan budaya dan sosial yang dihadapi wanita di dalam dan di luar tempat kerja dan terakhir sekali menyediakan pendidikan, latihan dan peluang digital kepada semua.

Oleh itu, majikan atau syarikat perlu meneliti keupayaan kaum wanita dalam menceburi bidang digital. Jadi, hargailah kebolehan dan kemahiran mereka dengan sepenuhnya dalam meningkatkan lagi kemajuan negara. - Getaran, 12 Mac 2023 

Sumber: SLPR Worldwide Group

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini