web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Samsung Odyssey Ark Skrin Seluas Mata Memandang

Odyssey Ark ialah skrin permainan melengkung 55-inci 1000R pertama di dunia menampilkan sebuah PC yang canggih dan memiliki spesifikasi tinggi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 10:00AM

Gambar ihsan Samsung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan jika bermain permainan dalam talian (online game) dengan paparan komputer (PC) seluas mata memandang, pastinya kepuasan maksimum tercapai di setiap sudut penglihatan anda. 

Samsung baru-baru ini melancarkan sebuah skrin PC pasti dikagumi oleh penstrim permainan dalam talian atau strimer bernama Odyssey Ark.

Odyssey Ark ialah skrin permainan melengkung 55 inci 1000R pertama di dunia. - Gambar ihsan Samsung
Odyssey Ark ialah skrin permainan melengkung 55 inci 1000R pertama di dunia. - Gambar ihsan Samsung

Bagi segelintir strimer tegar, telefon pintar bukan satu-satunya alat mereka untuk menstrim online game. Mereka sekurang-kurangnya memiliki sebuah PC yang canggih dan memiliki spesifikasi tinggi semasa beraksi.

Odyssey Ark ialah skrin permainan melengkung 55 inci 1000R pertama di dunia. Ia mempunyai faktor bentuk baharu yang tidak dapat ditandingi dengan muka skrin yang sangat inovatif serta canggih

Mod Kokpit menegak ini memberikan pengalaman yang sangat mengasyikkan manakala Skrin Alih Flex membolehkan pengguna menukar saiz skrin dan melaraskan kedudukan skrin secara bebas tanpa perlu bersusah payah.

Ciri baharu yang dinamik ini membolehkan pengguna berasa seperti sedang bermain permainan video kegemaran mereka dari dalam kokpit kapal angkasa atau jet pejuang.

Dengan Samsung Gaming Hub pengguna boleh bermain PC, konsol dan juga permainan awan dengan mudah pada bila-bila masa yang mereka suka. - Gambar ihsan Samsung
Dengan Samsung Gaming Hub pengguna boleh bermain PC, konsol dan juga permainan awan dengan mudah pada bila-bila masa yang mereka suka. - Gambar ihsan Samsung

Odyssey Ark menyokong resolusi 4K dan ciri permainan premium berprestasi tinggi, seperti kadar penyegaran tinggi 165Hz, masa tindak balas pantas 1ms kelabu ke kelabu (GtG) dan AMD FreeSync Premium Pro. 

Selain itu, dengan Samsung Gaming Hub pengguna boleh bermain PC, konsol dan juga permainan awan dengan mudah pada bila-bila masa yang mereka suka. 

Skrin permainan Odyssey Ark juga dilengkapi dengan Multi View yang memampukan pengguna untuk bermain pada sehingga atau tiga skrin jika skrin permainan sekaligus atau berada dalam Mod Cockpit. 

Ciri hiburan yang komprehensif ini memperkasakan pengguna untuk menikmati permainan, penstriman langsung, berbual dan perkhidmatan media over-the-top (OTT) sekaligus. 

Jadi, Samsung Odyssey Ark adalah lambang jenama ini menonjolkan hala tuju baharu yang berani untuk skrin permainan. Kepada strimer, memiliki peranti ini pasti tidak merugikan anda dan ia akan memberikan kepuasan yang maksimum ketika bermain online game. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Samsung. - Getaran, 25 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

TARA 2 tahun yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tak Sesuai Untuk Bermain Permainan Dalam Talian, Namun Samsung Galaxy A54 Punya Spesifikasi Yang Mencukupi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini