Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di YouTube, akhinya Susan Wojcicki mengumumkan pelepasan jawatan yang disandangnya itu. Bahkan, Wojcicki turut memaklumkan bahawa ketua pegawai produknya, Neal Mohan akan menggantikannya sebagai Naib Presiden Kanan (SVP) dan mengambil alih tugasan sebagai ketua baharu YouTube.

Bagaimanapun, Wojcicki akan mengambil peranan sebagai penasihat merentas Google dan Alphabet. Perkara ini telah diputuskan beliau sendiri melalui surat kepada pekerja YouTube di blog platform dan mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk berundur daripada peranannya sebagai ketua YouTube.
Ini bagi memulakan lembaran baharunya yang memfokuskan pada keluarga, kesihatan dan projek peribadinya yang diminatinya.
"Masanya tepat untuk saya, dan saya rasa mampu melakukan ini kerana kami mempunyai pasukan kepimpinan yang luar biasa di YouTube.
“Apabila saya menyertai YouTube sembilan tahun lalu, salah satu keutamaan pertama saya ialah membawa masuk pasukan kepimpinan yang luar biasa. Mohan adalah salah seorang daripada pemimpin itu, dan dia akan menjadi SVP dan ketua baharu YouTube.
"Dengan semua yang kami lakukan merentasi Shorts, penstriman dan langganan. Peluang paling menarik YouTube ada di hadapan, dan Neal ialah orang yang tepat untuk memimpin kami," jelasnya.

Wojcicki turut berterima kasih kepada semua YouTuber yang pernah bekerja dengannya yang telah, mencipta ekonomi kreatif terbesar yang pernah dilihat di dunia dan mendayakan bentuk seni serta penceritaan yang sama sekali baharu.
Ini termasuk sokongan berjuta-juta pencipta dan artis untuk menjangkau khalayak baharu sambil melabur dalam pertumbuhan yang bertanggungjawab.
Selepas ini, Wojcicki merancang untuk menyokong Mohan dan membantu dengan peralihan dalam jangka pendek termasuk kerjasama antara beberapa pasukan YouTube, ahli pasukan bimbingan dan bertemu dengan pencipta kandungan.
"Ini akan membolehkan saya memanggil pengalaman berbeza saya selama ini untuk menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan merentas Google dan portfolio syarikat Alphabet.
“Ia adalah tempoh masa yang sangat penting untuk Google yang mengingatkan saya kepada zaman awal inovasi produk dan teknologi yang luar biasa, peluang yang besar dan mengabaikan yang tidak mungkin," ulasnya.

Sebelum YouTube, Wojcicki ialah SVP adwords dan adsense Google, di mana beliau menguruskan pemasaran, mencipta Carian Imej Google, mengetuai carian Video dan Buku pertama Google, serta bahagian awal penciptaan AdSense.
Semoga Youtube terus berkembang diseluruh pelusuk dunia dan menjadi platform yang akan meningkatkan lagi kreativiti dan pengisian kandungan oleh manusia dalam mencipta video-video yang menarik. - Getaran, 25 Februari 2023