web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


StoreHub Landskap Perniagaan Membantu Perusahaan F&B Dan Peruncitan Tempatan

Sebuah ekosistem dengan lebih 30 ciri yang dibina untuk perusahaan Food & Beverage (F&B) dan peruncitan tempatan dengan mengautomasikan kempen menerusi pesanan ringkas (SMS).

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 10:00AM

Wai Hong Fong berkata perniagaan tradisional kebiasaannya kekurangan akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghubungi pelanggan mereka. - Gambar daripada voxeureka.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perubahan zaman menunjukkan landskap perniagaan yang semakin mencabar, syarikat permulaan teknologi tempatan StoreHub baru-baru ini memperkenalkan alat automasi bernama StoreHub Engage.

Ia adalah sebuah ekosistem dengan lebih 30 ciri yang dibina untuk perusahaan F&B dan peruncitan tempatan beroperasi dengan lebih cekap. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan kaedah pengurusan inventori, pengurusan kakitangan, pesanan dan pembayaran automatik, pelaporan dan analisis masa nyata dan banyak lagi.

Sistem ini membantu peruncit dan restoran berinteraksi dengan pelanggan dengan lebih mudah dan membolehkan mereka membina kesetiaan pelanggan dengan mengautomasikan kempen menerusi pesanan ringkas (SMS).

Terdapat lebih dari 300 perniagaan yang menggunakan StoreHub Engage terhadap perniagaan mereka dan telah menghasilkan pulangan pelaburan purata sehingga 18 kali ganda. Jadi ia berbaloi!

Pulangan tersebut ialah menerusi lonjakan pelanggan yang kembali semula ke premis perniagaan termasuklah pelanggan baharu yang dibawa masuk.

Diintegrasikan sepenuhnya ke dalam platform titik jualan (POS) StoreHub, ia membolehkan perniagaan yang sudah menggunakan ekosistem StoreHub dalam mod automatik sebanyak empat kempen SMS diperibadikan kepada pelanggan sedia ada dalam pangkalan data mereka.

Ini termasuk menghantar peringatan pulangan tunai dan kod baucar hari jadi. Jadi, tidak mungkinlah satu daripada empat SMS itu tidak membuat anda ingin melihat apakah promosi atau info yang dikongsikan bukan?

Dengan perbelanjaan pengguna yang dijangka perlahan tahun ini di samping peningkatan kos tenaga kerja serta bahan makanan, ia bukan sesuatu yang bagus dan pasti mencabar pengusaha perniagaan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).   

Malah, Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA) baru-baru ini telah menggesa perniagaan F&B dan peruncitan tempatan untuk mengguna pakai sepenuhnya pendigitalan sebagai cara untuk menjimatkan kos melalui peningkatan produktiviti.

Mengulas mengenai landskap PKS semasa, Ketua dan Pengasas bersama StoreHub, Wai Hong Fong berkata penciptaan kaedah ini adalah bagi mengatasi kekangan perniagaan secara tradisional yang memiliki kekurangan dari segi sebaran maklumat kepada pelanggan.

Pekerja StoreHub memegang telefon untuk menunjukkan peringatan SMS untuk Pulangan Tunai. - Gambar daripada voxeureka.com
Pekerja StoreHub memegang telefon untuk menunjukkan peringatan SMS untuk Pulangan Tunai. - Gambar daripada voxeureka.com

“Perniagaan yang dijalankan secara tradisional kebiasaannya kekurangan akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghubungi pelanggan mereka. Jadi, kami membina StoreHub Engage untuk membantu mereka mengautomasikan isu tersebut.

“Bayangkan hari ini adalah hari lahir pelanggan anda, sistem ini akan menghantar SMS yang diperibadikan secara automatik kepada mereka dengan kod baucar unik.

“Pemilik perniagaan tidak lagi perlu menjalankan program kesetiaan pelanggan yang mahal dan memakan masa, kerana mereka kini boleh mengautomasikannya,” kata Hong Fong.

Antara kempen atau promosi yang di sistemkan ialah Peringatan Pulangan Tunai, Promosi Hari Lahir, Dapatkan Kembali Pelanggan yang Hilang serta mendapatkan maklum balas dari pelanggan.

Tambahan lagi, Teh Tarik Place, cawangan Kota Warisan dan jenama pakaian tempatan Jeel Official antara entiti perniagaan yang memanfaatkan sistem automasi StoreHub ini.

Oleh itu, kepada pengusaha diluar sana, anda disarankan untuk mengorak langkah dengan memanfaatkan teknologi dan sistem ini bagi memajukan lagi perniagaan anda. Jadi kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang StoreHub Engage, layari laman web rasmi mereka di storehub.com. - Getaran, 19 Februari 2023

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan