Berita Terkini

3 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 3 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 3 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 3 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 8 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Hati-Hati Curah Perasan Di Media Sosial Tentang Hal-Hal Di Tempat Kerja

Jika tersalah muat naik status, boleh mengundang padah kerana ada organisasi atau syarikat yang mempunyai undang-undang tertentu membabitkan kebebasan bersuara di media sosial.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 2:00PM

Ada peraturan yang perlu diperhatikan, terutama apabila berbicara tentang hal-hal di tempat kerja di media sosial. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Akaun media sosial aku, so suka hati akulah nak tulis apa! Kalau tak suka sila unfollow!” – ini antara kata-kata yang diluahkan oleh ramai di antara kita apabila dikecam atau dikritik tentang status yang dimuat naik di akaun media sosial masing-masing. 

Tak salah yang anda katakan itu, tetapi anda mesti ingat, meskipun bebas berbicara tentang segala-galanya di akaun media sosial media anda (hakikatnya anda bukanlah pemilik platform), tetapi ada peraturan yang perlu diperhatikan, terutama apabila berbicara tentang hal-hal di tempat kerja.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Jika tersalah muat naik status, boleh mengundang padah kerana ada organisasi atau syarikat yang mempunyai undang-undang tertentu membabitkan kebebasan bersuara di media sosial. Jika luahan anda memberi impak negatif kepada tempat kerja, anda boleh dibuang kerja!

Jadi, waspada dengan tindakan anda. Jangan menulis ketika fikiran sedang berserabut, tertekan atau marah. Michelle Merritt dari Merrfeld Career Management, Amerika Syarikat dalam satu artikel di The Muse memberikan beberapa do’s and don’ts yang perlu diperhatikan apabila ingin memuat naik status bersangkutan pekerjaan / tempat kerja anda di media sosial.

 Do’s

1) Sopan dalam mengekspresikan perasaan

Peraturan ini terpakai untuk semua kandungan media sosial, terutamanya yang membabitkan urusan pekerjaan anda. Setiap perkara yang anda kongsi mencerminkan personaliti anda yang sebenar. 

Jika anda suka memaki-hamun di media sosial misalnya, sudah pasti ia mengundang pandangan negatif di kalangan pengikut anda. Imej anda juga tercalar. Apabila ini berlaku, sebanyak sedikit ia akan mengganggu perjalanan karier anda. Jangan tak tahu, banyak majikan sekarang yang turut mengintai akaun media sosial pekerja mereka.  

2) Tunjukkan yang anda sebenar profesional

‘Jual diri’ di media sosial. Anggaplah media sosial sebagai tempat anda mempamerkan segala usaha keras dan pencapaian anda dalam pekerjaan. Berkongsi kata-kata motivasi juga pendekatan yang boleh anda lakukan demi mengangkat sisi positif yang ingin dilihat oleh orang ramai.  

Setiap kali ada ‘projek besar’, kongsikan dengan pengikut atau kawan-kawan di media sosial supaya mereka tahu yang anda sebenarnya tidaklah bercakap kosong semata-mata. 

3) Menjaga nama baik tempat kerja

Nak marah, tapi kena sabar. Jangan sesekali memuat naik kenyataan yang menghina tempat anda mencari ‘makan’. Yelah, majikan mana yang mahu pekerjanya menghebohkan kepincangan syarikat mereka kepada orang ramai. Selagi anda boleh merahsiakannya, rahsiakanlah. 

Tetapi jika anda sudah teraniaya, sesuatu perlu dilakukan agar tidak terus tertindas. Senang cakap, anda boleh mengambil tindakan, namun pastikan ia tidak memusnahkan karier anda.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Don’ts

1) Jadi medan peperangan

Sakit hati, kecewa dengan rakan sekerja, orang bawahan, ataupun pihak atasan adalah perkara biasa dalam dunia pekerjaan. Namun, ini bukanlah tiket untuk anda bebas saling menyerang di media sosial. Tindak-tanduk anda menjadi perhatian ramai dan anda kemungkinan mendapat perhatian serius pengurusan tempat kerja. 

Fikir dulu sebelum meluahkan emosi di media sosial. Ingat! Ada banyak cara halus untuk memperlihatkan ketidaksetujuan anda tanpa harus bersikap emosional.

2) Elakkan ‘bermain’ media sosial di waktu kerja

Cuba perhatikan rakan-rakan sekerja anda, ada atau tidak di antara mereka yang sibuk mengemas kini akaun sosial media mereka? Jika ada, apa pandangan pertama anda tentang mereka? Pasti terlintas di fikiran yang mereka ini tidak ada sebarang kerja yang hendak dibuat. 

Jadi, walaupun anda sedang berusaha ‘menjual diri’ di media sosial, janganlah gunakan waktu pejabat untuk tujuan ini. Sesekali mungkin tidak mengapa, tapi jika keterusan ia boleh membuat orang lain mempersoalkan profesionalisme anda.

3) Mengumbar hal-hal peribadi

Jangan terlalu jujur tentang kehidupan peribadi anda di media sosial. Selain berbahaya untuk keselamatan, juga bisa mengancam karier anda. Terutama jika kemas kini anda itu adalah perkara peribadi yang tidak berapa ‘cantik’ untuk pengetahuan / tontonan umum.

Untuk sesetengah perkongsian, sebaiknya sembunyikan hal-hal tertentu untuk diri sendiri atau kawan-kawan rapat sahaja. - 

Moga panduan ini memberi manfaat! - Getaran, 5 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Tindakan Tegas Muat Kandungan Benci Elemen 3R, Penjara, Denda RM50,000 Menanti

2

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Tahap Keselamatan Semasa Terkawal, Usah Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Agama, Kaum’

3

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Meta Lancar Akademi Pempengaruh Media Sosial Di Malaysia

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Boleh Berkarya Di Media Sosial, Cuma Jangan Sentuh Sensitiviti 3R - Fahmi

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 9 jam yang lalu

'Feel Sabah, North Borneo' – Slogan Terbaharu Menggamit Kedatangan Pelancong Ke Sabah

oleh Rahayu MN

TARA 15 jam yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

Demi menjayakan watak Buya Hamka, Vino akui harus melalui proses yang panjang kerana penggambaran filem ‘Buya Hamka’ mengambil masa selama enam bulan dan turut...

oleh Helmi Anuar

TARA 12 jam yang lalu

7 Tip Guna WhatsApp Lebih Baik Di Bulan Ramadan

Seiring dengan kehebatan teknologi komunikasi zaman ini gunakan WhatsApp dengan lebih efektif pada bulan Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan.

oleh Izwan Ramlan

TARA 6 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini