web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Huawei Mate 50 Pro Kali Ini Boleh Tarik Orang Untuk Beli Ke?

Mate 50 dipasangkan dengan kamera yang telah digantikan dengan sistem XMAGE buat mereka sendiri dan prestasinya masih mantap dan berkualiti.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 12:00PM

Gambar huawei.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Huawei masih menunjukkan keberadaan telefon pintarnya dalam industri dengan pembaharuan dan peningkatan teknologi yang boleh dikatakan berada di tahap baik. Ini dibuktikan dengan pelancaran model terbaharunya iaitu Huawei Mate 50 Pro baru-baru ini. 

Model ini merupakan barisan model Mate terkini selepas Mate 40 dilancarkan pada tahun lepas dan Seperti kita sedia tahu, pelbagai sekatan sistem dan teknologi telah dilakukan ke atas jenama ini dan Huawei telah mencipta sendiri hampir semua sistem yang ada di dalam telefon pintar mereka.

Gambar huawei.com
Gambar huawei.com

Namun adakah model Mate 50 kali ini dapat memukau mata pengemar telefon pintar jenama Huawei ini dengan harga bernilai RM4,404 (256GB+ 8 RAM) dan RM5,285 (512GB+ 8 RAM)? Jadi, mari sama-sama lihat kehebatan prestasi yang ditampilkan pada peranti Huawei kali ini.

Kelancaran skrin dengan kadar segar semula 120 Hz

Didatangkan dalam bentuk dimensi 162.1 x 75.5 x 8.5 mm, skrin yang digunakan pada model ini ialah OLED dengan kadar segar semula sebanyak 120 Hz. Jadi bagi kelancaran sebuah telefon pintar,  skrin Mate 50 sudah berada dalam tahap yang baik. 

Pastinya jari-jari anda akan rasa ‘smooth’ bila menyentuh permukaan skrin atau ketika menaip whatsapp.

Chipset Snapdragon 8 Gen 1 4G

Pemprosesannya pula menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1 4G. Jadi tentunya kelompok penstrim permainan dalam talian amat mementingkan komponen ini di dalam telefon pintar. 

Chipset ini boleh dikatakan agak stabil untuk memuat turun dan bermain game yang memiliki perisian berat seperti PUBG atau Mobile Legend. Barulah semasa menstrim bersama rakan-rakan, kelancaran game tersebut tidak tersangkut atau lagging. 

Lensa kamera XMAGE dan sistem panggilan telefon menggunakan satelit

Seterusnya komponen yang sering menjadi perhati pengguna telefon pintar iaitu kamera. Mate 10 didatangkan dengan resolusi pada kamera utama sehingga 50 MP (lensa lebar) dan 13 MP (Ultra Lebar) serta 64 MP (telefoto) yang menyokong sehingga 100X zum. Jadi, anda mungkin boleh cuba untuk menangkap gambar bulan sebagai bahan uji.

Bagi kamera depan untuk anda selfie pula 13 MP. Jadi setakat nak menangkap gambar padangan semasa bercuti atau objek tertentu, ia sudah boleh memuaskan hati.

Gambar huawei.com
Gambar huawei.com

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah kamera yang ada pada Huawei Mate 50 pro kali ini hasil kolaborasi mantap bersama Leica? Jawapannya tidak! Ya, kamera pada model kali ini telah digantikan dengan sistem XMAGE buat mereka sendiri dan prestasinya masih mantap dan berkualiti.

Ditambah lagi dengan sistem panggilan telefon menggunakan satelit yang pertama keluaran Huawei, pengguna boleh melakukan panggilan telefon apabila tiada rangkaian atau line semasa menggunakanya. Penghantaran mesej kecemasan juga boleh dibuat selagi akses kepada satelit masih bersambung.

Pengecasan segera dengan kuasa bateri 4700 mAh

Mate 50 Pro menggunakan bateri Li-Po yang ditanam dalam badan peranti dengan kuasa 4700 mAh. Masa mengecas? Tentunya dipasangkan dengan sistem pengecasan segera. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan pengecasan wayar 66W, sudah pasti bateri anda segera penuh.

Selain itu, antara komponen lain yang yang dipasangkan pada model ini adalah sistem imbasan wajah dan cap jari, kalis air (IP68) dan dwi sim nano.

Gambar huawei.com
Gambar huawei.com

Jadi dengan pilihan tiga variasi warna iaitu iaitu hitam, silver dan jingga prestasi model yang ditampilkan Huawei Mate 50 Pro, ia masih memaparkan penampilan yang menarik untuk dimiliki.

Konklusinya, walaupun jenama ini menghadapi pelbagai halangan berikutan sekatan teknologi yang berlaku namun prestasi dan ciri-ciri perisiannya berada di tahap yang baik untuk dimiliki.

Jadi anda boleh dapatkannya dengan harga RM4,404 (256GB+ 8 RAM) dan RM5,285 (512GB+ 8 RAM) di stor yang terpilih atau belian secara dalam talian di Shopee, Lazada dan lain-lain. - Getaran, 4 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok