Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Evolusi Pisau Toreh Getah Elektronik

Alat toreh getah elektronik yang lebih canggih memudahkan aktiviti menoreh namun adakah ia relevan bagi semua penoreh getah?

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu Ā· Diterbitkan pada 15 Jan 2023 7:00PM

Pisau toreh elektronik ini menggunakan motor berkuasa 12 Voltan bersama penggunaan bateri dengan nilai kuasa 3000mAh. - Gambar dari cifor.org

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pisau toreh getah merupakan sebuah alat yang diperbuat daripada besi yang dibentuk khas untuk menoreh kulit pokok getah. Ia perlu digunakan dengan teliti supaya pokok getah tidak terluka semasa menoreh kulitnya yang boleh mengakibatkan susu getah tersebut rosak

Mungkin segelintir individu merasakan kegiatan menoreh ini mudah namun ia merupakan sebuah pekerjaan yang memerlukan teknik yang betul dan tepat bagi mengeluarkan susu getah yang berkualiti.

Secara amnya, alat ini memerlukan kemahiran tersendiri dan mengambil masa tertentu untuk menoreh pokok getah. Kini evolusi teknologi telah mencipta sebuah alat menoreh getah elektronik yang lebih canggih dan mudah dengan menggunakan bateri.

Adakah ia relevan untuk digunakan? Mari kita lihat spesifikasi alat ini.

Jika dilihat dari mata kasar, alat toreh bateri ini masih memaparkan bentuk yang seakan-akan sama seperti pisau toreh cuma ia lebih besar kerana terdapat ruang bateri. Pastinya torehan tersebut lebih pantas dan menjimatkan masa untuk menoreh berbanding pisau torehan besi.

Dari segi tekniknya pula, ia lebih menjamin torehan akan menjadi lebih kemas, seragam dan kebarangkalian pokok getah untuk cedera lebih rendah.

Menerusi pencarian penulis baru-baru ini, mesin tersebut dilihat terjual di sebuah laman sesawang jual beli dalam talian Carousell atas nama Pisau Toreh Getah (Bateri) E-Notch dengan harga RM310.

Peranti tersebut menggunakan motor berkuasa 12 Voltan bersama penggunaan bateri dengan nilai kuasa 3000mAh. Bahkan, rata-rata pembeli memberikan maklum balas yang baik di ruang komen terhadap barang tersebut.

Persoalannya, adakah ia mudah dikendalikan oleh penoreh getah yang lain terutamanya yang sudah berumur? Menurut seorang penoreh yang mahu dikenali sebagai Pak Abu, alat ini dilihat mempunyai pelbagai kelebihan, namun mungkin tidak semua mahir untuk mengendalikannya.

“Alat ini bagus tapi bukan semua pandai untuk menggunakannya. Mungkin benda ini perlu di demonstrasikan dengan lebih teliti untuk faham fungsinya,” katanya ketika dihubungi.

Dia yang sudah menoreh selama 20 tahun merasakan menggunakan pisau toreh getah lebih memberikan kualiti terhadap susu getah dan kepuasan kepadanya sebagai penoreh getah.

“Saya rasa guna pisau toreh getah ini lebih puas dan kualiti lebih terjamin berdasarkan kemahiran saya menoreh selama 20 tahun,” jelasnya.

Konklusinya, evolusi alat toreh getah elektronik ini memberikan kelebihan yang sangat jauh bezanya daripada pisau penoreh yang tradisional. Alat ini perlu dipraktikkan bagi menjadikan proses pengeluaran getah lebih efisien dan berkesan. Namun latihan dan cara penggunaannya perlu ditekankan bagi memberi kefahaman semasa menggunakannya agar ia dapat dimanfaatkan oleh semua penoreh getah. - Getaran, 15 Januari 2023

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA