Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ketahanan Skrin Luar Biasa, Harga Marhaen- Honor X9a 5G

Adakah berbaloi untuk memiliki Honor X9a 5G dengan harga RM1,499 dengan tambah nilai terhadap beberapa komponen berbaloi untuk dimiliki? Mari baca ulasan penulis.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 12:00PM

Honor menjadi antara jenama terawal melancarkan telefon pintar terbaharunya menerusi penambahan model siri X iaitu Honor X9a 5G. - Gambar Honor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melangkah masuk tahun 2023, Honor menjadi antara jenama terawal melancarkan telefon pintar terbaharunya menerusi penambahan model siri X iaitu Honor X9a 5G. Siri ini dikeluarkan dengan tambah nilai terhadap beberapa komponen dengan tawaran harga RM1,499.

Pengeluaran model ini dilihat sebagai pembuka tirai 2023 dalam menjadikan jenama ini sebagai pesaing yang kuat kepada jenama peranti elektronik yang lain.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang bertanya adakah siri X ini mempunyai perbezaan ketara jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Honor X9 5G yang dilancarkan pada Mac tahun lepas. 

Adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Ikuti ulasan penulis mengenai mengenai Honor X9a 5G.

Model X Honor pada kali ini menggunakan skrin lengkung Ultra-tough OLED bersaiz 6.67 inci dengan kenipisan badan peranti 7.9mm yang memiliki berat 175g. Bentuknya nampak elegan dan bergaya jika di genggam.

Jadi, ini adalah antara perbezaan ketara dimana skrin model Honor X9 5G hanya berbentuk rata dan sedikit besar. Ia merupakan salah satu ciri yang mantap kerana skrin seperti ini kebiasaanya dipasangkan pada telefon pintar berharga jauh lebih tinggi.

Selain itu, Honor X9a 5G dilengkapi dengan bateri jenis Li-Po dengan kuasa setinggi 5100 mAh. Ia agak berbeza berbanding bateri X9 5G iaitu 4800 mAh. Bagi sebuah telefon pintar nipis seperti ini, kekuatan bateri yang dipasangkan ini adalah besar dan mampu memberikan hayat bateri yang lebih lama untuk sekali cas.

Jadi ketahanan baterinya tidak menjadi masalah yang besar jika ia digunakan untuk kerja-kerja berat seperti suntingan video atau menstrim permainan dalam talian. Ditambah lagi dengan 120Hz kadar segar semula pada skrin, ia pasti memberi sentuhan yang agak baik.

Beralih pada bahagian kameranya, resolusi pada lensa kamera hadapannya telah dipertingkatkan sebanyak 64 MP, paparan lebarnya pula ialah 5 MP dan 2 MP makro.Manakala untuk kamera depan, ia memiliki 16MP.

Penampilan model kali ini menekankan skrin yang dipasangkan memiliki ketahanan yang luar biasa. Ini kerana beberapa pemilik telah mengujinya dengan mengetuk buah epal malah melenyeknya menggunakan tayar kereta. Hasilnya, tiada sebarang kerosakan yang berlaku.

Antara varian warna yang ditawarkan adalah Titanium Silver, Emerald Green and Midnight Black. - Gambar Honor
Antara varian warna yang ditawarkan adalah Titanium Silver, Emerald Green and Midnight Black. - Gambar Honor

Bersama tagline “Lagi Tahan, Lagi Best”, keyakinan skrin tersebut turut disertakan dengan tawaran jaminan penggantian selamat 180 hari jika terdapat sebarang kerosakan pada skrin.

Memiliki tiga piihan varian warna yang ditawarkan iaitu Titanium Silver, Emerald Green and Midnight Black, anda boleh mendapatkan Honor X9a bermula 6 Januari 2022 di kedai terpilih dan setiap pembelian akan mendapat Honor Choice Earbuds X3 secara percuma.

Konklusinya, penulis mencadangkan kepada pemilik Honor X9 untuk menukar atau menaik taraf telefon pintar pintar anda kepada Honor X9a. Ini kerana harganya tidak terlalu jauh beza jika dibandingkan dengan ciri-ciri yang ditampilkan pada model X terbaharu ini. - Getaran, 15 Januari 2023

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

TARA 5 bulan yang lalu

Ketahanan Honor X9b Diuji Oleh 2,500 Butir Peluru

3

TARA 6 bulan yang lalu

Honor 90 Lite 5G, Antara Pilihan Telefon Pintar Dalam Pakej 5G Rahmah

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Honor X9 Untuk Pemula Pada Tahap Sederhana

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah