Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Lokasi ‘Honeymoon’ Romantis, Anda Boleh Kunjungi di Taiwan!

Paris, Korea dan Bali terlalu klise untuk dijadikan tempat bulan madu. Memang ia lokasi yang bagus, namun apa kata kali ini anda lari dari kebiasaan dan pergi Taiwan pula.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 8:00PM

Flower Home antara lokasi menarik lagi romantis yang terdapat di Taiwan. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Paris, Korea dan Bali terlalu klise untuk dijadikan tempat bulan madu. Memang ia lokasi yang bagus, namun apa kata kali ini anda lari dari kebiasaan dan pergi Taiwan pula. Jangan tak tahu, Taiwan juga menawarkan banyak lokasi romantis. 

Selain itu, ia juga merupakan salah satu negara mesra Muslim yang sudah mempunyai banyak restoran makanan halal dan fasiliti buat kaum Islam. Beberapa hotel telah menyediakan dapur dan pinggan, mangkuk khas buat makanan halal. 

Berikut kami cadangkan antara lokasi romantik yang anda boleh kunjungi di Taiwan.

Alishan Forest Recreation Area, Chiayi

Alishan Forest Recreation Area. - Gambar oleh Wafa Aula
Alishan Forest Recreation Area. - Gambar oleh Wafa Aula

Dianggap sebagai aktiviti yang wajib dilakukan sekiranya anda ke Taiwan. Untuk sampai ke hutan rekreasi yang indah ini, anda boleh menaiki keretapi lama Alishan Forest Railway ke satu stesen bernama Shemu. 

Tiba sahaja di hutan rekreasi itu, anda akan disapa dengan deretan pohon pain yang tinggi merendang. Sangat damai dan menyejukkan sangat sesuai untuk jalan berdua sambil berpegangan tangan.

Alishan Old Train - Gambar oleh Wafa Aula
Alishan Old Train - Gambar oleh Wafa Aula

Di hutan ini ada sebuah cerita mitos yang sangat terkenal mengenai ‘Tasik Dua Beradik’ oleh kaum Tsou. Ada dua buah tasik di dalam hutan ini, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil. 

Menurut mitos, ada dua orang adik-beradik perempuan jatuh hati kepada lelaki yang sama. Mereka kemudian mengorbankan diri masing-masing dengan menjadi tasik. Si kakak disumpah menjadi tasik yang besar manakala si adik menjadi tasik yang lebih kecil.

DIY Zhou Ye Cottage, Sanyi

Merupakan sebuah lokasi yang wajib anda kunjungi  kerana Zhou Ye Cottage masih mengekalkan struktur binaan perkampungan tradisional Taiwan. Tidak hanya itu, ia juga menjadi tumpuan aktiviti teknik celupan kain menggunakan bahan semula jadi sebagai pewarna.

DIY Zhou Ye Cottage - Gambar oleh Wafa Aula
DIY Zhou Ye Cottage - Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Anda juga berpeluang untuk mencuba menghasilkan kain celupan anda sendiri. Sudah tentu ia menjadi aktiviti yang sangat menarik bagi mengeratkan lagi hubungan anda bersama-sama pasangan. Setiap kali akan mengambil masa satu jam untuk dihasilkan termasuk taklimat cara menghasilkan corak, mengikat benang, celupan sehinggalah proses mengeringkan kain.

Flower Home, Miaoli

Flower Home, Miaoli - Gambar oleh Wafa Aula
Flower Home, Miaoli - Gambar oleh Wafa Aula

Ini dia lokasi yang selalu menjadi tumpuan para lelaki melamar kekasih mereka. Sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dilengkapi dengan dekorasi yang sememangnya memukau. 

Segalanya tentang bunga ada di sini termasuklah produk essential oil dan produk kecantikan berasaskan bunga di sini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aiskrim coklat dan ros mereka yang sangat terkenal di tempat ini.

Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Shifen Old Street 

Tolonglah ke Shifen Old Street di mana anda boleh menerbang tanglung anda sendiri. Ia aktiviti yang sangat terkenal bukan sahaja dalam kalangan pelancong tetapi juga buat penduduk lokal. 

Shifen Old Street - Gambar oleh Wafa Aula
Shifen Old Street - Gambar oleh Wafa Aula

Kawasan ini merupakan landasan kereta api sejauh 12.9 kilometer yang membawa muatan arang baru. Anda boleh ke kedai di sekitar jalan yang menawarkan khidmat menerbangkan tanglung dibuka bermula 10 pagi sehingga 5 petang. Mengikut kepercayaan masyarakat di sini, hajat yang ditulis di atas tanglung akan diperkenankan. Jadi, tulislah impian romantik ada bersama-sama pasangan.

Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Jiufen Old Street

Mana lengkap ke Taiwan jika tidak ke Jiufen Old Street iaitu bandar lama nun jauh di pergunungan menghadap laut Yinyang. 

Jiufen Old Street - Gambar oleh Wafa Aula
Jiufen Old Street - Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Lokasi yang sangat tepat untuk anda meneroka jalan-jalan di Jishan yang menawarkan cenderamata, makanan tradisional, mochi dan semestinya seleksi teh. Kemuncak jalan-jalan anda sudah tentu Amei Teahouse yang tersergam indah di atas puncak.  - Getaran, 14 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi