web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahang Kehangatan Sambutan Pesta Ponggal Kian Dirasai

Masyarakat Tamil meraikan Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan ia merupakan satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 8:00AM

Masyarakat Tamil menyambut perayaan Ponggal pada 15 Januari ini dengan menanak beras, susu dan gula melaka dalam periuk tanah liat sebagai tanda kesyukuran pada alam semula jadi ‘Matahari’ - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat Tamil kini rancak membuat persiapan dan begitu teruja untuk menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal yang menandakan permulaan hidup baharu dan jatuh pada Ahad ini.

Mereka meraikan Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan ia merupakan satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani.

Juadah nasi manis atau Ponggal yang disediakan menggunakan belanga tanah liat tradisional adalah hidangan wajib bagi sambutan perayaan itu untuk dipersembah kepada Dewa Matahari sebagai tanda penghargaan kerana memberikan hasil tuaian memuaskan.

Menurut Presiden Hindu Sangam Malaysia Ganesan Thangavellu, masa paling sesuai untuk menyediakan nasi manis ialah antara 7.26 hingga 11.26 pagi dan 2.30 hingga 5 petang.

“Bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar nasi manis dimasak pada sebelah pagi dan tahun ini, masyarakat Tamil boleh meraikan pesta Ponggal secara besar-besaran bersama keluarga mereka memandangkan ia jatuh pada hari Ahad,” katanya kepada Bernama.

Masyarakat Tamil akan menyediakan nasi manis serta berterima kasih kepada Surya Bhagavan (Dewa Matahari) pada hari pertama yang dikenali sebagai Thai Ponggal dan hari selepas itu ialah Mattu Pongal yang didedikasikan untuk lembu manakala hari ketiga perayaan digelar sebagai Kanni Ponggal, yang menyaksikan anak gadis belum berkahwin berdoa untuk hidup bahagia serta mendapat suami yang baik.

Pesta itu sebenarnya bermula pada 14 Januari dengan sambutan Bhogi iaitu upacara menyalakan unggun api di mana orang ramai membakar barangan lama serta terbiar dan membersihkan rumah untuk melakukan transformasi selain menyambut permulaan kitaran baharu.

Sementara itu, Little India di Jalan Tengku Kelana, Klang dan Brickfields, Kuala Lumpur menyaksikan ramai etnik India membeli belanga tanah liat pelbagai bentuk serta warna, susu, tebu dan daun kunyit untuk menyambut pesta Ponggal.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan barangan itu dijual pada harga berpatutan meskipun terdapat sedikit kenaikan berbanding tahun lepas.

Belanga tanah liat yang mendapat permintaan tinggi semasa musim perayaan Ponggal dijual pada harga RM10.90 hingga RM15.90.

Selain itu, masyarakat India tidak sabar untuk meraikan kegembiraan berganda pada pesta Ponggal tahun ini kerana filem dua nama besar dalam industi Kollywood iaitu Ajith Kumar dan 'Thalapathy' Vijay bakal ditayangkan di pawagam iaitu Thunivu dan Varisu sempena sambutan perayaan tersebut.

Pertembungan dramatik dua ikon layar perak Tamil itu selepas lapan tahun sering menjadi topik perbincangan dan media sosial sibuk membicarakannya sejak filem mereka menemui penonton Rabu lepas. - Bernama

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan