web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ciri Terbaharu Aplikasi Setel 'Menetapkan' Keperluan Perjalanan Harian

Setel kini boleh diakses dengan mudah dan cepat jika berlaku kecemasan terhadap kenderaan walau di mana anda berada.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 6:24PM

Menerusi ciri terbaharu Setel, pengguna secara automatik akan mendapat mata Mersa yang boleh ditebus dengan pengisian minyak dan banyak lagi. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata rakyat Malaysia mungkin sudah mendengar dan menggunakan kemudahan aplikasi Setel iaitu sebuah teknologi yang dicipta dengan kerjasama stesen minyak Petronas. 

Aplikasi tersebut kini memperkenalkan ciri terbaharu bantuan auto yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kecemasan mengikut permintaan pengguna. 

Hasil kolaborasi syarikat bateri kereta terkemuka Malaysia iaitu Bateriku.com yang menjadi rakan kongsi pertamanya, Setel menyediakan perkhidmatan seperti penggantian bateri, jumpstart dan tukar tayar. Ini termasuklah bantuan mengisi minyak kecemasan, kunci kenderaan dan perkhidmatan tunda. 

Setel turut menyediakan perkhidmatan penggantian bateri.
Setel turut menyediakan perkhidmatan penggantian bateri.

Perkembangan fungsinya ini bukan sahaja tertumpu kepada pelanggan yang mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter malah ia boleh diakses dengan mudah dan cepat jika berlaku kecemasan terhadap kenderaan anda walau dimana sahaja dengan memohon perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, kolaborasi bersama Bateriku.com ini mempercepatkan lagi bantuan kepada pengguna Setel yang terkandas bersama kenderaan mereka.

Keadaan ini dapat membantu mengurangkan tekanan kepada pengguna ketika berdepan dengan situasi berkenaan.

Setel dicipta dengan kerjasama stesen minyak Petronas. 
Setel dicipta dengan kerjasama stesen minyak Petronas. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi Zakaria Ansari pula berkata, pihaknya berbesar hati menawarkan bantuan kecemasan ini di seluruh negara kepada pengguna Setel dan komited dalam memberikan pengalaman yang hebat setiap masa kepada pelanggan.

Dengan setiap transaksi melalui ciri terbaharu Setel ini, pengguna juga secara automatik akan mendapat mata Mersa yang boleh ditebus dengan pengisian minyak dan banyak lagi. 

Oleh itu, penulis berpendapat aplikasi ini adalah antara aplikasi mudah alih yang memenuhi hampir keperluan individu yang menggunakan kenderaan.

Bahkan, penambahan perkhidmatan dalam aplikasi ini dapat mengurangkan lagi kebimbangan pemandu ketika menuju ke destinasi yang jauh.

Untuk mengetahui lanjut mengenai ciri-ciri terbaharu ini, layari laman sesawang https://www.setel.com/auto-assistance. - 1 Disember, 2023

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa