Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal 2022, Helo 2023

Untuk mencipta bahagia, janganlah mengharapkannya daripada orang lain. Sebaliknya pikul tanggungjawab itu sendiri. Abaikan mereka yang ‘jahat’, melangkahlah dengan lebih berani.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 10:13AM

Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usai bersarapan pagi hari ini (31 Disember 2022), saya menghela nafas panjang apabila mengingati kembali segala yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Banyak episod suka-duka telah dilalui, dan jujur saya katakan, ujian yang hadir bukan enteng untuk dihadapi. 

Mungkin mudah untuk orang lain, tetapi tidak bagi saya. Hati saya berduka dan perit apabila berhadapan dengan insan-insan yang tidak punya hati dan perasaan. 

Rutin hidup saya yang penuh dengan kegembiraan tiba-tiba direntap. Tambah remuk hati apabila orang yang saya anggap kawan berpaling tadah dek tidak boleh menerima teguran dan mungkin juga termakan dengan hasutan jahat sesiapa.

Sebagai insan kerdil yang tidak punya apa-apa yang boleh ditawarkan, saya akur dengan segala yang terjadi.

Benar, buat seketika saya hilang semangat, saya benci dengan mereka yang menjadikan hidup ini tidak keruan. Saya menyimpan dendam. Namun lama-kelamaan saya bangkit, belajar untuk memaafkan walaupun jauh di sudut hati masih sukar. I can forgive, but not forget. 

Saya sematkan dalam hati, Allah itu maha adil dan suatu hari nanti pasti ada pembalasan untuk mereka yang menganiaya diri ini. Saya berusaha mencari kegembiraan sendiri dan sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa-doa hamba-Nya.

Berusahalah mencari kegembiraan sendiri dan sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa-doa hamba-Nya - Gambar hiasan Unsplash
Berusahalah mencari kegembiraan sendiri dan sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa-doa hamba-Nya - Gambar hiasan Unsplash

Alhamdulillah, saya temui bahagia dengan membawa diri berjalan-jalan ke luar negara. Bercuti dan bekerja.  

Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa ada di sisi. Kata-kata anda ternyata menenangkan hati. Terima kasih juga kepada anda yang membenci dan mula menjauhkan diri.

Anda berjaya ‘melondehkan’ tirai yang sebelum ini berjaya menyembunyikan diri anda yang sebenarnya. Menjauhlah daripada diri ini, saya juga tidak mahu mendekat!

Kini saya sudah sedia melangkah ke 2023 yang saya yakin cabarannya juga bukan kepalang. Moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan saya boleh terbang bebas melakukan apa yang saya cintai. 

Saya tidak akan bergantung harap kepada orang lain untuk mencipta bahagia, sebaliknya sayalah yang bertanggungjawab. Berikut adalah enam perkara yang saya percaya mampu meraih bahagia sendiri. Mungkin ada di antaranya juga sesuai untuk anda.

 

1. Tidak mahu taksub dengan perkara yang di luar kawalan

Jangan 'taksub' menyelesaikan masalah yang sebenarnya di luar kawalan sendiri - Gambar Hiasan Unsplash
Jangan 'taksub' menyelesaikan masalah yang sebenarnya di luar kawalan sendiri - Gambar Hiasan Unsplash

Sebelum ini saya ‘membodohkan’ diri apabila terlalu mencuba untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya di luar kawalan sendiri. Saya habiskan masa bertegang lidah dengan mereka yang sebenarnya tidak pernah punya matlamat untuk bertoleransi.

2023 ini, saya tidak akan lagi mengulangi kesalahan yang sama. Saya akan cari jalan untuk menyesuaikan diri dan buat perkara yang boleh memujuk diri untuk terus bertahan. 

 

2. Dapatkan tidur yang cukup

Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam - Gambar Hiasan
Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam - Gambar Hiasan

Mungkin kedengaran klise, namun tidur yang cukup sebenarnya memberi kesan dari aspek menambah mood, fokus serta kawalan diri. Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. 

Secara peribadi, saya mahu dapatkan tidur yang cukup adalah kerana mahu mengawal metabolisme dan berat badan. Tidur yang kurang menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.

 

3. Mula bersenam

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Atas nasihat doktor, saya mahu kembali kepada rutin bersenam yang pernah saya amalkan dahulu. Bukan hanya di hujung minggu, tetapi juga pada hari-hari biasa. Saya perlu dapatkan berat badan ideal demi tubuh badan yang lebih bertenaga.  

Satu fakta menarik yang mungkin anda juga ingin tahu ialah, satu kajian oleh University of Bristol mendapati mereka yang bersenam pada hari-hari bekerja dilaporkan menunjukkan peningkatan dari segi pengurusan, mood dan prestasi.

Menggerakkan badan walau selama 10 minit pun boleh merangsang pengeluaran neurotransmitter yang melegakan atau dikenali GABA.

 

4. Tidak mahu melampaui batas moral

Mahu menjadi diri sendiri. Tidak mahu melampaui batas moral dengan sanggup berbuat apa sahaja demi meraih apa yang diingini. Biarlah orang berbuat jahat kepada diri ini, asalkan saya tidak berperangai buruk. 

Tindakan melampau seperti tikam belakang, penindasan dan politik pejabat bagi saya pada akhirnya akan mencetuskan penyesalan, ketidakpuashatian dan kemurungan. Saya akan terus berdiri di zon selesa, tegas dalam pendirian untuk mengelak daripada diri diperkotak-katikkan.

 

5. Luangkan masa dengan yang tersayang

Memang benar kita perlu bersosial untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Tetapi saya sedar masa sentiasa mencemburui. Saya mahu mencuri masa sebanyak yang mungkin untuk bersama insan-insan tersayang, terutamanya keluarga. 

Ini kerana pada penghujung hari, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka. Mereka juga yang akan menerima kita seadanya. Walau susah, senang, suka dan duka. 

 

6. Berbuat baik kepada semua

Setiap kali kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tubuh badan merangsang penghasilan oxytocin, serotonin dan dopamine yang mewujudkan perasaan lebih tenang - Gambar Hiasan Unsplash
Setiap kali kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tubuh badan merangsang penghasilan oxytocin, serotonin dan dopamine yang mewujudkan perasaan lebih tenang - Gambar Hiasan Unsplash

Saya percaya setiap kali kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, ada doa yang dipanjatkan kepada Allah untuk kita. Ada hati yang berbunga gembira dek pertolongan yang diberikan. Biarpun tidak seberapa. 

2023 dikhabarkan adalah tahun kemelesetan ekonomi. Jadi, lebih ramai yang akan terkesan. Saya punya sasaran tidaklah besar. Cukuplah mulakan dengan membantu ahli keluarga dan kenalan terdekat. 

Jangan tak tahu, setiap kali kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tubuh badan merangsang penghasilan oxytocin, serotonin dan dopamine yang mewujudkan perasaan lebih tenang. 

Selamat Tahun Baharu! - Getaran, 1 Januari 2023 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tahun Baru, Kabinet Dapur Baharu - Cadula Perkenal Banyak Model Baharu Yang Moden

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tahun Baharu, Stail Pun Baharu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Waspada Iklan Tawar Lesen Memandu Tanpa Perlu Ke Kelas, Ujian Memandu

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok