web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CollabStore Lancarkan Butik Secara Rasmi Dengan Fesyen Show Yang Cukup Santai Tapi Meriah 

CollabStore mengumpulkan hampir 20 jenama dan pereka fesyen yang terdiri daripada Andy Sulaiman, Angelique, Arumn, Baderol, Behati, Cantiq Couture, Eliot Malaysia, Eric Choong, Fewl Good, Furry Macaroni, Halim dan Kit Woo dan ramai lagi. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:17PM

Pelbagai fesyen asli, kontemporari, berinspirasi dan berunsur lestari boleh diperolehi di CollabStore. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi peminat fesyen, mungkin anda sering tercari-cari sebuah destinasi beli-belah yang menghimpunkan pelbagai fesyen asli, kontemporari, berinspirasi dan berunsur lestari. 

CollabStore. Itu jawapannya. Butik yang berkeluasan 5,000 kaki persegi ini menawarkan pelbagai fesyen kategori barangan pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian jalanan, kasut, aksesori, malah peralatan rumah.

Mula dibuka pada tahun lalu, CollabStore adalah cetusan Richard Tsen kelahiran Sabah.
Mula dibuka pada tahun lalu, CollabStore adalah cetusan Richard Tsen kelahiran Sabah.
Beg tangan juga boleh diperolehi di CollabStore
Beg tangan juga boleh diperolehi di CollabStore
Aksesori.
Aksesori.

Bahkan, ia mengumpulkan hampir 20 jenama dan pereka fesyen yang terdiri daripada Andy Sulaiman, Angelique, Arumn, Baderol, Behati, Cantiq Couture, Eliot Malaysia, Eric Choong, Fewl Good, Furry Macaroni, Halim dan Kit Woo. 

Jenama dan dan pereka fesyen yang turut berkolaborasi dengan CollabStore adalah Outdwell, Projet 1826, Reeh and Heer, RHR Xcluseev, Styled by Peter Lum, Umbi, Yacutha, Zaff Ben Jibby dan Zuusaha.

Mula dibuka pada tahun lalu, CollabStore adalah cetusan Richard Tsen kelahiran Sabah, Richard Tsen yang berkelulusan Raffles College of Higher Education di Singapura pada 1992, dalam jurusan Pemasaran dan Penjenamaan Fesyen.

 Richard Tsen
Richard Tsen

Richard ingin mencipta ruang runcit sehenti untuk koleksi seni boleh pakai boleh, streetwear dan fesyen, serta platform untuk acara dan bengkel. Dengan kata mudah, CollabStore adalah definisi "di mana seni memenuhi fesyen".

"CollabStore adalah kedai runcit yang mempromosikan reka bentuk unik dan terhad yang dicipta oleh pereka tempatan dalam kelompok kecil pengeluaran. 

"Selain itu, CollabStore juga akan menganjurkan reka bentuk acara dan aktiviti berkaitan seni untuk artis baru muncul setiap bulan,” tambahnya. 

Beliau juga percaya bahawa kedai fizikal mempunyai impak tersendiri kerana menawarkan sentuhan intimasi manusia dan pengalaman beli-belah yang unik berbanding trend membeli-belah secara tas talian yang sednag berkembang pesat sekarang ini. 

Dengan konsepnya yang berada di dalam kotak fikirannya, beliau berusaha mencari pereka fesyen tempatan yang kreatif, menghasilkan kurasi kreatif   terhadap jenama dan pereka fesyen dari Semenanjung dan Borneo Malaysia menarik, unik dan dinamik untuk berada di bawah paying CollabStore. 

Akhirnya selepas semua ini dapat digabungkan dengan baik, Richard Tsen dan team CollabStore telah melancarkan butik ini secara rasmi pada awal Disember lalu. 

Bahkan fesyen show yang menampilkan jenama dan rekaan daripada pereka-pereka fesyen yang bekerjasama dengan CollabStore turut diadakan dengan meriahnya. 

Seluruh ruang Tingkat 2, Shoppes at Four Season Place, Jalan Ampang, di mana lokasi butik ini terletak telah digunakan untuk segmen fesyen show ini diadakan. 

Ramai pelanggan, penggemar fesyen, fashionista, penulis dan editor fesyen, model, pereka fesyen fesyen buyer yang hadir memeriahkan acara pelancaran rasmi dan fesyen butik CollabStore.

Jom lihat beberapa koleksi fesyen menarik daripada fesyen show CollabStore. 

Model wanita mengenakan rekaan pereka fesyen Halim, model lelaki pula menyarung rekaan Projet 1826. Kedua-dua fesyen ini sesuai digayakan di majlis-majlis formal atau formal santai. 
Model wanita mengenakan rekaan pereka fesyen Halim, model lelaki pula menyarung rekaan Projet 1826. Kedua-dua fesyen ini sesuai digayakan di majlis-majlis formal atau formal santai. 
Satu lagi rekaan Halim yang cukup menarik. Bosan mengenakan suit tipikal? Rekaan Halim mungkin sesuai dengan citarasa anda. 
Satu lagi rekaan Halim yang cukup menarik. Bosan mengenakan suit tipikal? Rekaan Halim mungkin sesuai dengan citarasa anda. 
Mahukan rekaan yang ringkas tetap classy dengan warna klasik hitam. Rekaan Zaff Ben Jibby ini tidak kurang hebatnya. 
Mahukan rekaan yang ringkas tetap classy dengan warna klasik hitam. Rekaan Zaff Ben Jibby ini tidak kurang hebatnya. 
Lelaki metroseksual yang gemar bersantai dengan gaya, rekaan Andy Sulaiman harus anda miliki. 
Lelaki metroseksual yang gemar bersantai dengan gaya, rekaan Andy Sulaiman harus anda miliki. 
Satu lagi rekaan Zaff ben Jibby yang menarik perhatian. Sesuai untuk citarasa muda! 
Satu lagi rekaan Zaff ben Jibby yang menarik perhatian. Sesuai untuk citarasa muda! 
Jika anda seorang yang bold, daring dan tidak gemarkan perkara yang monotonous, anda mungkin akan mencintai rekaan Zuusaha yang unik ini. 
Jika anda seorang yang bold, daring dan tidak gemarkan perkara yang monotonous, anda mungkin akan mencintai rekaan Zuusaha yang unik ini. 
Bagi yang gemarkan corak batik dengan rekaan moden, usah risau kerana koleksi rekaan Yacutha mampu membuat anda jatuh cinta.
Bagi yang gemarkan corak batik dengan rekaan moden, usah risau kerana koleksi rekaan Yacutha mampu membuat anda jatuh cinta.
Richard bersama sebahagian pereka fesyen yang mengambil bahagian dalam acara fesyen show CollabStore 
Richard bersama sebahagian pereka fesyen yang mengambil bahagian dalam acara fesyen show CollabStore 

Sebetulnya, anda bermacam lagi jenis rekaan fesyen yang ditawarkan di CollabStore.

Bagi anda lebih gemarkan pakaian yang klasik atau pakaian moden dengan fesyen yang sederhana atau streetwear yang ranggi, CollabStore turut memiliki koleksi fesyen pilihan anda. - Getaran, 31 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Dari Moden, Tradisional Hingga Fusion, CollabStore Tampilkan 10 Jenama Fesyen Untuk Pembeli Melaram Sakan Di Aidilfitri 

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Jenama Fesyen Tempatan Bersinar Di CollabStore

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini