web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Sebab Kolagen Perlu Ada Dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda 

Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk anti penuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 4:24PM

Menambah kolagen pada rutin penjagaan kulit boleh menyumbang kepada keanjalan kulit yang lebih baik dengan meningkatkan ketahanan selain menjadikan kulit lebih kuat dan tegang. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara tentang kolagen, ramai yang sudah tahu tentang fungsinya kepada tubuh badan. Bagi kaum wanita, kolagen adalah ‘sahabat baik’ kepada kesihatan dan kecantikan kulit. 

Kolagen memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. 

Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi kendur dan berkedut. Kerana itulah, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan produk yang boleh menambah kehadiran kolagen dalam tubuh badan. 

Berikut adalah enam sebab mengapa kolagen perlu ada dalam rutin penjagaan kulit anda.

1. Menghaluskan kulit anda dan mengurangkan kedutan

Memandangkan kolagen adalah komponen penting lapisan dermis yang terdapat dalam kulit, kehadiran kolagen boleh membantu menegangkan kulit, mengurangkan kedalaman kedutan wajah, melicinkannya dan membuatkan anda tampil lebih muda!

2. Meningkatkan ketahanan dan keanjalan kulit

Apabila anda semakin berusia, penghasilan kolagen oleh tubuh badan semakin berkurangan dan akhirnya menyebabkan kulit semakin kendur kerana telah kehilangan keanjalannya. - Gambar hiasan
Apabila anda semakin berusia, penghasilan kolagen oleh tubuh badan semakin berkurangan dan akhirnya menyebabkan kulit semakin kendur kerana telah kehilangan keanjalannya. - Gambar hiasan

Keanjalan hanya merujuk kepada keupayaan kulit anda untuk meregangkan, iaitu, untuk kembali ke bentuk yang asal apabila ditarik atau ditekan. Apabila anda masih muda, kulit anda mempunyai banyak kolagen dan elastin.

Bagaimanapun, apabila anda semakin berusia, penghasilan kolagen oleh tubuh badan semakin berkurangan dan akhirnya menyebabkan kulit semakin kendur kerana telah kehilangan keanjalannya. 

Menambah kolagen pada rutin penjagaan kulit boleh menyumbang kepada keanjalan kulit yang lebih baik dengan meningkatkan ketahanan kulit anda, menjadikan kulit anda lebih kuat dan tegang.

3. Kulit lebih lembut dan licin

Kolagen boleh membantu anda melicinkan selulit dengan menguatkan lapisan dermis. - Gambar dari  Cellvia Global Networks
Kolagen boleh membantu anda melicinkan selulit dengan menguatkan lapisan dermis. - Gambar dari Cellvia Global Networks

Beberapa kajian membuktikan kolagen meningkatkan penghidratan kulit. Sebagai contoh, satu kajian selama lapan minggu yang menjadikan wanita berumur 40 hingga 60 tahun sebagai responden menunjukkan peningkatan purata 28 peratus dalam tahap kelembapan kulit! 

Selain itu, 91 perarus daripada subjek melaporkan mempunyai kulit yang kurang kering selepas menambah kolagen. Kulit kering pada mulanya tidak berbahaya, tetapi kulit kering yang tidak dijaga boleh menyebabkan pengaktifan eczema, iaitu, kulit bertambah sensitif yang menimbulkan keradangan, kemerahan, dan kegatalan. Minum banyak air dan pengambilan kolagen akan membantu kulit anda mengekalkan kelembapannya.

4. Menyembunyikan selulit

Dengan adanya kolagen, ia mampu meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit sehingga  membantu mencegah perkembangan selulit. - Gambar hiasan
Dengan adanya kolagen, ia mampu meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit sehingga membantu mencegah perkembangan selulit. - Gambar hiasan

Kolagen boleh membantu anda melicinkan selulit dengan menguatkan lapisan dermis. Selulit sebenarnya menjadi lebih jelas apabila kulit kita menipis, menganjal, dan akhirnya mengendur (penuaan semulajadi). Dengan adanya kolagen, ia mampu meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit sehingga  membantu mencegah perkembangan selulit yang kelihatan!

5. Memulihkan parut jerawat dan stretch mark

Produk perawatan wajah yang mempunyai kolagen boleh mempercepatkan pemulihan tisu yang akan menyembuhkan parut jerawat.
Produk perawatan wajah yang mempunyai kolagen boleh mempercepatkan pemulihan tisu yang akan menyembuhkan parut jerawat.

Parut jerawat sememangnya menjengkelkan kerana ia boleh mencacatkan penampilan. Mungkin anda tidak tahu bahawa parut jerawat sebenarnya disebabkan oleh kerosakan kolagen pada kulit! 

Oleh itu, apabila anda menggunakan produk perawatan wajah yang mempunyai kolagen, ia boleh mempercepatkan pemulihan tisu yang akan menyembuhkan parut jerawat anda. 

Begitu juga dengan stretch mark!  Kolagen boleh membantu memudarkan tanda regangan malah menghalang yang baru daripada terbentuk sama sekali!

6. Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar ultraviolet

Rutin penjagaan wajah yang tidak boleh dipandang enteng ialah memakai krim pelindung matahari kerana sinaran matahari boleh merosakkan kulit. 

Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh memecahkan kolagen kulit anda sehingga boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit kulit, terutamanya kanser kulit. Jadi di sinilah fungsi kolagen memainkan peranan penting, di mana ia  mampu melindungi diri daripada mendapat kanser kulit.

Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa kolagen adalah penahan tubuh manusia, menyokong keanjalan kulit dan mencegah kedutan. Kerosakan DNA berlaku secara semula jadi akibat faktor usia yang mengurangkan pengeluaran kolagen, menyebabkan tanda-tanda awal penuaan. 

Rangkaian produk premium bantu dapatkan kulit wajah idaman

Bagi yang mementingkan kecantikan, salah satu cara untuk melambatkan tanda-tanda penuaan semulajadi adalah dengan menggunakan produk perawatan kulit atau wajah yang mempunyai kolagen. 

Antara jenama produk yang boleh dijadikan pilihan ialah Cellvia dan Scalpia, rangkaian produk premium yang dipasarkan oleh Cellvia Global Networks (CGN). 

Rangkaian produk  ini mengandungi generasi terkini kolagen molekul tinggi yang membantu meningkatkan dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut serta melembap.

Scalpia Plus Ampoules
Scalpia Plus Ampoules

Cellvia Mythology Creation Ampoules dan Scalpia Plus Ampoules diperbuat daripada ekstrak kolagen berkualiti tinggi, bahan semula jadi dan proses teknologi terkini. Produk Cellvia dihasilkan secara beretika, diterima seadanya oleh agensi berkaitan, dan mendapat pujian pemimpin industri.

Bahan aktif pati kolagen terdiri daripada pati tisu kultur dari akar ginseng liar, lava air laut Jeju, pati tremella fuciformis (cendawan), Idebenone , niacinamide dan pati buah-buahan Hippophae rhamnoides. 

Komposisi bahan-bahan aktif ini memberikan hasil yang terbukti untuk menggantikan sel-sel yang rosak akibat penuaan dan memperbaiki dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut, meningkatkan keanjalan kulit serta menyuburkan kulit dengan mineral dan vitamin. Hasilnya, mengembalikan keremajaan wajah dan badan manusia. - Getaran, 31 Disember 2022 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh