web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesta Bunga Melaka Jadi Acara Tahunan, Rancakkan Pelancongan Negeri

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 8:02AM

Pesta Bunga Melaka 2022 pada kali ini bertemakan “Pesona Warna Menggamit Dunia” - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pesta Bunga Melaka akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara sekali gus merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ia berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang dilihat mampu mencapai sasaran kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

“Pesta Bunga Melaka 2022 pada kali ini bertemakan “Pesona Warna Menggamit Dunia” menghimpunkan pelbagai variasi warna lebih 100 spesies bunga mengikut komponen ditetapkan di samping pengisian pelbagai aktiviti yang mempunyai elemen alam semula jadi dan keunikannya tersendiri. 

Daripada program ini kita dapat lihat ia juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pempamer seperti pengusaha bunga orkid, camelia dan sebagainya yang mempunyai keunikan dan menarik pengunjung pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Bunga Melaka 2022 di Ayer Keroh di sini.

Mengulas lanjut Muhammad Jailani berkata antara komponen utama Pesta Bunga Melaka 2022 adalah Pameran Taman, iaitu pameran dan dekorasi hiasan bunga disertai empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mengetengahkan hiasan masing-masing.

Katanya selain itu hiasan lampu berwarna, hiasan bunga terapung, “Floral Relaxing Spa”, taman orkid, Catur Gergasi dan pelbagai lagi.

“Kita berharap program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan ekopelancongan di Taman Seribu Bunga di negeri ini sekali gus mempromosikan acara pelancongan di Melaka,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 5 hari yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh