Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cara Jimatkan Penggunaan Tenaga Dan Air Ketika Musim Pandemik COVID-19

Pandemik ini mengubah rutin harian masyarakat seluruh dunia. Apabila seisi keluarga bekerja dan belajar di rumah, pastilah semua jenis bil akan naik. Bagaimana hendak berjimat?

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:50AM

Gambar: Dragos Gontariu, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 ternyata mengubah rutin harian masyarakat seluruh dunia. Kalau dahulu kita bebas keluar ke mana-mana tanpa sebarang sekatan, boleh berkumpul beramai-ramai tanya ada sebarang penjarakan sosial, bahkan tidak perlu memakai pelitup muka pada setiap masa. 

Kini, segalanya berubah. Rutin harian yang ‘menggembirakan’ tidak lagi sama pengertiannya. Lebih banyak masa diluangkan di rumah demi untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang nampaknya masih agresif menyapa. 

Sekatan akibat pandemik telah memaksa kita untuk melakukan kerja harian dari rumah. Ramai yang tidak perlu lagi meredah jalan yang sesak untuk ke pejabat, tidak lagi ke gimnasium untuk bersenam, malah anak-anak juga perlu mengikuti pembelajaran secara online di rumah. Kediaman kita sudah bertukar menjadi pejabat dan sekolah.

Apabila kediaman dijadikan satu-satunya tempat untuk melakukan segalanya setelah sekolah dan pejabat dipaksa tutup, peningkatan penggunaan elektrik di rumah tidak dapat dielakkan.

Tambahan pula, apabila di rumah, peralatan seperti pemanas air, penghawa dingin, ketuhar gelombang mikro, periuk aruhan, mesin basuh dan mesin pengering serta penggunaan lampu juga menambah kepada penggunaan tenaga elektrik. 

Apa lagi dengan penggunaan internet yang sentiasa disambung. Ada banyak faktor yang mengakibatkan kenaikan bil elektrik seperti kabel yang tidak dicabut. Walau bagaimanapun, berapa ramai di antara kita yang memerhatikan penggunaan elektrik bagi setiap perkakas di rumah?

Selain itu, sebahagian besar daripada penduduk Lembah Klang telah mengalami gangguan air waktu pandemik ini akibat pencemaran oleh pihak ketiga. Gangguan air ini telah menyebabkan jutaan isi rumah berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Sudahlah ‘rimas’ dengan situasi pandemik, terpaksa pula berhadapan dengan isu air yang tidak berpenghujung.  Oleh sebab itu, penting untuk kita memahami bagaimana untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air di kediaman masing-masing, terutama ketika musim panas dan waktu penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Semak tip di bawah untuk anda jimatkan penggunaan tenaga dan air di rumah.

1. Gantikan peralatan rumah yang lama (dan usang!) dengan peralatan pintar (‘hijau’)

Penukaran perkakas di dapur ke perkakas pintar boleh membawa banyak manfaat untuk semua. Sebagai contoh, peti sejuk yang diperakui Energy-Star dianggap sesuai untuk pemilik rumah kerana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga. Ia boleh menjimatkan tenaga 9% lebih banyak daripada model lain yang tidak diperakui.

Energy-Star adalah sijil yang diberikan kepada peralatan penjimatan tenaga yang membuktikan kecekapan tenaga dengan kurang menggunakan elektrik.

2. Memasang Lampu LED

Salah satu pilihan terbaik untuk nilai wang anda dan untuk mewujudkan kediaman cekap tenaga adalah untuk menggantikan lampu sedia ada dengan lampu LED. Pencahayaan secara ratanya menyumbang 25% daripada kos tenaga rumah dan oleh itu, penggunaan lampu LED dapat meningkatkan penjimatan anda. Memang benar lampu LED berharga lebih mahal, tetapi lebih berbaloi untuk penjimatan kos jangka masa panjang.

3. Mengendalikan pam kolam renang dengan cekap (Parti kolam sepanjang hari!)

Ketika musim panas, kita akan sering memikirkan cara paling mudah untuk menyejukkan badan dan berenang atau berendam di dalam kolam renang merupakan cara yang paling menyeronokkan.

Sebagai pemilik rumah yang mempunyai kolam renang di kawasan rumah atau sedang memikir untuk membina kolam di rumah, satu perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu pilihan peralatan kolam yang cekap tenaga.

Kolam renang di kawasan rumah boleh menyumbang 17% daripada jumlah bil elektrik dan ada beberapa komponen kolam yang memang ‘kuat makan’ tenaga. Oleh sebab itu, penyedia penyelesaian sehenti terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco Malaysia, hadir dengan rangkaian EnviroPro baru yang unik. 

Contoh pembersih kolam renang oleh Waterco's Robotic Pool Cleaner yang mengeluarkan banyak kotoran dari dasar kolam renang
Contoh pembersih kolam renang oleh Waterco's Robotic Pool Cleaner yang mengeluarkan banyak kotoran dari dasar kolam renang

Rangkaian baru ini terdiri daripada peralatan kolam berkualiti tinggi yang cekap dan menjimatkan air. Dengan pilihan yang tepat, sesiapa pun mampu memiliki kolam di rumah tanpa perlu risau akan bil elektrik dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Contoh pembersih kolam renang oleh Waterco's Robotic Pool Cleaner yang mengeluarkan banyak kotoran dari dasar kolam renang.

4. Cabut plag elektrik apabila tidak digunakan!

Cabut plag elektrik apabila anda tidak menggunakannya dan jadikan tabiat ini satu kebiasaan. Ini kerana plag elektrik yang tidak dicabut boleh makan tenaga. Walaupun elektrik yang dibazirkan mungkin tidaklah sebanyak mana, tetapi sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! 

Ada peranti yang mudah dicabut dan ada juga yang susah untuk dicabut, tetapi adakah anda tahu berapa banyak elektrik yang digunakan oleh peranti tersebut jika tidak dicabut? Jadi jika ingin berjimat, buat seperti yang disarankan. Selain berjimat, ia juga dapat memastikan keselamatan dengan mencegah lonjakan kuasa di rumah terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

5. Penjimatan air di rumah

Salah satu kaedah paling mudah untuk menjimatkan air adalah dengan mengguna semula air. Cara yang paling mudah yang boleh kita praktikkan hari ini adalah dengan menggunakan air bilasan beras untuk menyiram pokok bunga di rumah supaya tanam-tanaman dibekalkan nutrien yang mencukupi.

Air bilasan beras juga digunakan untuk rambut agar ia bersinar.  Caranya cukup mudah, sapu dan urut pada kulit kepala agar ia kekal sihat.

Bilik mandi adalah tempat di mana kita paling banyak melakukan pembaziran lebih-lebih lagi ketika kita khayal memikirkan segala yang terlintas di fikiran! Paip air dibiarkan terbuka ketika menggosok gigi, mencuci wajah dan ketika sedang bersabun. 

Salah satu cara untuk mencegah masalah pembaziran ini, anda boleh memasang pemasa mandi. Alat ini menggunakan teknologi pintar untuk mengukur jumlah air yang digunakan oleh setiap orang dan ia akan berbunyi apabila anda mengambil masa terlalu lama di bilik mandi. Peranti ini boleh dipasang dengan mudah ke paip pancuran.

Dengan menerapkan beberapa perkara di atas dalam kehidupan seharian, anda boleh menjimatkan wang dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekali gus memastikan keselamatan iklim. Buatlah perubahan seperti di atas untuk mengurangkan bil utiliti tanpa menjejaskan keselesaan anda! – Getaran 24 April 2021

Semua gambar kecuali tertera : S+L Public Relations

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini