Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Pesta bunga bertemakan Pesona Warna Menggamit Dunia itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga, di sini bermula 29 hingga 31 Dis ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pesta bunga bertemakan Pesona Warna Menggamit Dunia itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

"Selain bunga kesidang yang menjadi gimik utama pesta ini, pameran dan dekorasi hiasan bunga, hiasan lampu berwarna, bunga terapung, laluan pejalan kaki flora, catur gergasi, taman orkid dan spa flora juga menjadi antara komponen tarikan,"  katanya pada sidang media penganjuran Pesta Bunga Melaka 2022 di Taman Seribu Bunga, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan negeri Saari Basiron, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Yeow Chin Chai dan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Muhammad Jailani berkata pengunjung turut berpeluang menyaksikan taman pameran oleh empat PBT di Melaka yang masing-masing membawa tema, hiasan dan keunikan tersendiri.

"Ramai tidak tahu setiap PBT di Melaka ada bunga rasmi tersendiri seperti heliconia atau sepit udang yang merupakan bunga rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengenali nama pokok dan bunga dalam bahasa kita yang sebelum ini sering ditulis dalam bahasa latin," katanya.

Sementara itu, Saari berkata setakat ini hampir 30 pempamer terdiri daripada pengusaha tapak semaian dan bunga mengesahkan penyertaan mereka pada Pesta Bunga Melaka 2022 tersebut.

Katanya jumlah penyertaan itu dijangka bertambah termasuk dalam kalangan pengusaha trak makanan memandangkan pesta bunga tersebut pertama kali diadakan dalam skala besar di Melaka.

“Selain pameran bunga, pelbagai aktiviti melibatkan pengunjung turut diadakan termasuk pertandingan gubahan sirih junjung dan gubahan orkid yang menawarkan hadiah seperti televisyen, motosikal serta peti sejuk,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA