Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Debat Untuk Tunjuk Siapa ‘Bodoh’

Tak semua perkara perlu didebatkan di media sosial. Dan dalam perdebatan, tidaklah perlu 'menjatuhkan' mana-mana pihak. Tapi 'trend' debat yang satu ini, alamak!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 10:55AM

Gambar: Robin Worrall, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, kalau diperhatikan sebahagian besar daripada kita yang memiliki akaun sosial media akan menjadi celik isu, kerana disitulah segala perkara berlaku akan dikongsi umum. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan wartawan sendiri memperoleh sumber berita dari teknologi tiada sempadan itu. 

Celik isu ini pula biasanya bergantung kepada kecenderungan dan minat individu. Ada orang suka mengikuti perkembangan politik di laman sosial. 

Tambahan pula kebanyakan ahli politik sendiri begitu aktif berusaha mencari pengaruh di laman sosial, dengan ‘mencampakkan’ apa saja ideologi, pandangan malah luahan terhadap sesuatu isu sebagai umpan kepada pelayar memperkatakan apa yang diketengahkan.

Untung sabut, andai media berasakan pandangan, rungutan atau rasa tidak puas hati si politikus terbabit terhadap isu yang ditebarkan di laman sosial menarik untuk diketengahkan, maka terpampanglah wajahnya di seluruh akhbar mahupun siaran berita TV. Strategi meraih populariti telah pun berjaya. Mudah bukan?  

Begitu juga mereka yang meminati sukan popular, dunia hiburan (gosip hangat) dan isu sosial yang selalunya bukan saja menarik perhatian umum tetapi ada antaranya menjadi perdebatan di kalangan pengikut mahupun peminat.

Gambar: Alex Green, Pexels
Gambar: Alex Green, Pexels

Membicarakan soal perdebatan terhadap isu yang diketengahkan wartawan warga di media sosial, kadangkala membuatkan saya berasa takut dan cuak untuk turut serta sedangkan saya gemar apa saja perbincangan yang difikirkan baik bagi memperoleh sudut pandang berbeza dalam menilai sesebuah isu. 

Tidak keterlaluan andai saya simpulkan medan perbincangan di laman sosial di kalangan rakyat Malaysia sangat tidak sihat untuk perkembangan minda dan penuh dengan aura negatif.

Benarlah dakwaan yang dibuat dalam satu kaji selidik dilakukan Prof. Dr. Amarendra Bhushan Dhiraj dan disiarkan pada 2018, menyenaraikan Malaysia berada di kedudukan keenam membabitkan laporan kes buli siber paling banyak. 

Apa yang menghairankan adalah, mereka yang tampil membicara dan mewujudkan perdebatan ini mempunyai latar yang bukan calang-calang. Melihat kepada ayat yang dimuat naik bagi mengupas sesuatu perkara diketengahkan saja kita sudah tahu latar pendidikan mereka.

Hujah ditampilkan tidak datang dari fikiran kurang matang, penuh isi dan boleh dikatakan hampir keseluruhan kata-kata dimuat naik sangat bernas. 

Sayangnya perkara yang sangat bagus dan baik itu disaluti dengan perkataan-perkataan yang rendah adabnya. Perkara ini berlaku apabila ada pihak tidak bersetuju atau cuba menjelaskan kenyataan dimuat naik kurang tepat atau perlu diperjelaskan lagi supaya tidak mengelirukan dan menyebabkan timbul salah faham.

Medan perbincangan di laman sosial di kalangan rakyat Malaysia sangat tidak sihat untuk perkembangan minda dan penuh dengan aura negatif

Saya jujur pernah membaca perdebatan kurang sihat seperti ini di laman sosial. Mengambil contoh menerusi paparan yang dimuat naik salah seorang teman di laman sosial miliknya berkaitan keratan berita seorang bapa menghantar anaknya yang berjaya terpilih melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan menaiki motosikal. 

Ada pengikut dilaman sosial teman itu memuat naik pandangan di paparan keratan berita itu mengenai hak kesamarataan untuk mendapatkan pendidikan terbaik. Pemilihan tegasnya dibuat harus bertunjangkan kebijaksaan semata-mata. 

Masuk pula seorang lagi pengikut menyangkal kenyataan dibuat dengan memperingatkan bahawa MRSM seharusnya mendahulukan mereka yang memiliki kebijaksanaan tetapi kurang berkemampuan seperti mana dasar asal penubuhannya.

Kemudian datang lagi seorang pengikut di laman sosial teman itu tadi membuat sokongan terhadap perdebatan yang sedang dibuka. 

Dan penyudahnya ia menjadi medan untuk menunjukkan siapa jauh lebih bijak, tepat dengan fakta dan hebat dalam menegakkan hujah walaupun dalam waktu sama sedang berlaku maruah individu lain sedang dilondehkan di khalayak umum.

Penyudahnya di pertengahan perbincangan, perdebatan tidak lagi berlangsung atas buah fikir sebaliknya sudah dikuasai perasaan ego semata-mata.

Gambar: Rahajeng Mrlt, Pexels
Gambar: Rahajeng Mrlt, Pexels

Mereka sudah saling menjatuhkan dan mula mencari ruang untuk memalukan antara pihak, usaha untuk melondehkan maruah dengan mempersembahkan siapakah paling bodoh rancak berlaku dengan sesekali ada pengikut lain cuba menjadi bara api dengan menambah itu dan ini agar perbincangan bertukar menjadi ‘gaduh’ mulut.

Apabila melihat latar siapakah mereka, kedua-duanya memiliki latar pekerjaan sangat baik, tidak keterlaluan andai dikatakan mereka ini ahli profesional dalam bidang masing-masing dan memiliki taraf pendidikan terbaik pernah mereka raih (ia turut dipaparkan di biodata masing-masing), berbangsa Melayu yang seharusnya berpegang dengan adab dan beragama Islam yang mengajar umatnya bukan saja menjaga hubungan dengan Allah S.W.T tetapi juga sesama manusia (Hablumminannas). 

Dalam membicarakan mengenai isu adab dalam perdebatan, Rasullullah S.A.W bersabda: “ Aku jamin rumah di dalam syurga bagi mereka yang mengelakkan berhujah walaupun ia benar dan Aku jamin rumah di tengah-tengah syurga bagi mereka yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau,dan Aku menjamin rumah di bahagian atas syurga untuk mereka yang berakhlak baik." (Hr. Abu Daud)

Ibnu Aqil pernah berkata, “Setiap perdebatan yang tujuannya bukan untuk membela kebenaran adalah kebinasaan bagi pelakunya.”

Bagi orang Islam begitu banyak panduan yang diberikan sebagai adab dalam kita berbicara apatah lagi apabila mahu membabitkan diri dalam satu-satu perbincangan dan perdebatan.

Perdebatan tidak lagi berlangsung atas buah fikir sebaliknya sudah dikuasai perasaan ego semata-mata

Seharusnya satu-satu perdebatan akan merangsang saraf otak untuk menjadikan kita berfikir dengan lebih luas atau mendalam, membabitkan isu yang mahu diperkatakan. 

Pertukaran pandangan dan fikiran akan membuatkan kita berasa sangat positif kerana persoalan terjawab dan pelbagai solusi diperoleh dengan seribu satu buah fikiran dikongsi.

Apa yang berlaku daripada salah satu daripada ratusan ribu senario perdebatan yang berlaku di dalam sosial yang saya nyatakan ini adalah sebaliknya. 

Ianya ternyata menunjukkan kita berbincang sebab mahu tunjuk pandai dan agar kita nampak hebat walaupun dalam waktu sama kita berusaha untuk memalukan orang lain.

Kesudahannya tiada perkara baik yang dapat dilihat dalam perbincangan terbabit dan sudah tentu ia merugikan dan kata-kata dikeluarkan itu sangat sia-sia. 

Kepada umum, ada satu panduan yang sering saya gunakan apabila berhadapan dengan situasi ini. Sekiranya pandangan kita cuba disanggah, walaupun kita cuba menjelaskan kedudukan hujah dan kita tahu ia kenyataan balas diberikan itu berbau niat mahu memalukan, keluar saja dari perbincangan dan padam saja segala kata-kata yang dimuat naik. 

Percayalah kalau menang yang dicari dalam perbincangan itu, anda adalah pemenangnya jika itu tindakan yang anda ambil. - Getaran, 24 April 2021

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

2

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

4

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka