Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bila Drake Buat Ramalan Akhir Piala Dunia, Pilih Argentina Sebagai Juara, Peminat Bola Anggap Ia Satu Sumpahan 

Rapper dari Kanada ini mempunyai reputasi, setiap pasukan yang dipilihnya akan kalah dalam perlawanan, bahkan pasukan itu juga cenderung mempunyai nasib buruk apabila dia memakai barangan 'merchandise' mereka.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 4:00PM

Lionel Messi, Ramalan dan Drake - Gambar Instagram Drake dan gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam ini bakal menyaksikan pertembungan di antara Perancis melawan Argentina untuk merebut gelaran juara Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung di Stadium Lusail. 

Baik Perancis mahu pun Argentina, kedua-dua pasukan ini adalah pasukan ‘favourite’ peminat bola sepak dunia serta dianggap mempunyai kekuatan masing-masing yang tersendiri untuk memenangi perlawanan yang cukup genting  ini. 

Namun, berdasarkan beberapa faktor sejarah permainan beberapa tahun kebelakangan ini termasuk piala dunia yang terdahulu, Perancis dilihat mempunyai kelebihan untuk menang. 

Pun begitu, masih ramai juga yang meramalkan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Argentina khususya di kalangan peminat bola sepak di Asia yang tentunya tidak mahu melihat pasukan negara Eropah memegang gelaran juara tersebut. 

Apapun, di sebalik keriuhan perlawanan akhir piala dunia di antara Perancis dengan Argentina ini, tumpuan peminat bola sepak kini beralih kepada rapper terkemuka dari Kanada iaitu Drake. 

Drake yang banyak menghasilkan lagu-lagu hits solo mahu pun ‘featuring’ bersama penyanyi terkenal dunia telah membuat ramalan bahawa Argentina akan memenangi perlawanan akhir piala dunia ini. 

Bagi penyokong pasukan Argentina, seharusnya ramalan Drake ini disambut dengan gembira, tetapi yang berlaku pula adalah sebaliknya. 

Rata-rata tidak menyukai ramalan yang dibuat oleh Drake itu. Malah, ada juga menyatakan rasa marah mereka kepada Drake. 

Bahkan, ada juga yang berpendapat, ketua pasukan Argentina sendiri iaitu Lionel Messi tidak akan menyukai ramalan yang dibuat Drake itu. 

Ini kerana rapper ini mempunyai reputasi, setiap pasukan yang dipilihnya akan kalah dalam perlawanan, bahkan pasukan itu juga cenderung mempunyai nasib buruk apabila dia memakai barangan merchandise mereka. 

Atas sebab itu, apabila Drake membuat ramalan memilih Argentina sebagai pemenang, peminat bola sepak menganggap ia sebagai satu sumpahan yang buruk dan sudah ada peminat bola sepak yang cuba menukar haluan untuk memilih Perancis berbanding Argentina. 

“Saya memilih Argentina dan dia (rakannya) memilih Perancis,” kata Drake dalam sebuah video yang dimuat naik Italian TV Football (IFTV) menerusi akaun Twiter mereka. 

Video itu mendapat maklum balas daripada ramai peminat bola sepak yang rata-ratanya tidak puas hati apabila Drake membuat pilihan tersebut. 

Antara reaksi pengguna Twitter yang tidak puas hati adalah: 

“Sumpahan Drake… Messi Nation berakhir.. kita kalah,” kata @abcDeegs 

“Tak perlu tonton final lagi. Sumpahan Drake akan menyerang lagi,” tulis @Skipper-CFC 

“Kalau begitu… mari kita letak duit dengan serius untuk France (sambil ketawa),” jelas @brock_IFc memberikan respons pula. 

Sumpahan Drake, pernah berlaku di MMA di UFC 281 bulan lepas apabila dia bertaruh USD1.5 juta ke atas Israel Adesanya untuk mengalahkan Alex Pereira. Kemenangan sepatutnya menjadikan rapper yang terkenal dengan lagu 'Her Loss' itu untuk meraih untung sebanyak USD2.5 juta, malangnya kalah pada pusingan kelima. 

Messi adalah salah satu pemain bola sepak terbaik di dunia dan dianggap sebagai yang terhebat peminat sukan bola sepak. Apakah Messi sendiri mampu mengelak daripada sumpahan Drake? 

Sama-sama kita saksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022, Perancis menentang Argentina pada malam ini. – Getaran, 18 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Enggan Tanggalkan Abaya, Sekolah Perancis Halau Puluhan Pelajar Perempuan Pulang

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah