Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktiviti Menarik dan Sajian Istimewa Sempena Sambutan Krismas

Rakyat Malaysia akan sama-sama meraikan kemeriahan sambutan Krismas, dan sepanjang tempoh ini ada banyak acara dan aktiviti sedang berjalan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 12:03PM

Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke penghujung tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan sama-sama meraikan kemeriahan sambutan Krismas. 

Sepanjang tempoh ini ada banyak acara dan aktiviti sedang dianjurkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat-handai.

Setelah melalui beberapa episod sekatan perjalanan dan terpaksa berkurung di rumah, sambutan perayaan di penghujung tahun ini pasti sememangnya dinanti-nantikan. Jadi apa rancangan anda kali ini? Mahu ke mana dan bagaimana mahu raikannya? Jom semak senarai berikut. Mana tahu ada yang menjadi pilihan hati.

 

1) Keajaiban bengkel Santa sepanjang musim Krismas di Suria KLCC

Gambar ihsan Suria KLCC
Gambar ihsan Suria KLCC

Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan buniannya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada pengunjung.

Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di ‘Centre Court sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas.

Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.

Gambar ihsan Suria KLCC
Gambar ihsan Suria KLCC

Anda juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti ‘Naughty or Nice’ oleh Santa, di mana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan yang terhad untuk 100 orang pada setiap hari. 

Untuk lebih keriangan, bawa anak-anak anda untuk menyertai bengkel ‘Santa Workshop Alive!’, aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas.

Selain itu, terdapat juga ‘Karusel Bengkel Santa’ bersaiz kecil akan di letakkan di ‘Ramlee Mall’ di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk ‘Ampang Mall’ dan ‘Ramlee Mall’.

Sebelum pulang, jangan lupa merakam gambar di pokok Krismas mewah tertinggi di Malaysia. Pokok setinggi 100 kaki ini terdapat di ‘The Esplanade’. 

Gambar ihsan Suria KLCC
Gambar ihsan Suria KLCC

 

2) Aneka Permainan Di Alamanda Putrajaya

Gambar ihsan Alamanda Putrajaya
Gambar ihsan Alamanda Putrajaya

Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga tidak ketinggalan mengadakan kempen Krismas yang membawakan Bengkel Santa bermula dari 25 November sehingga 25 Disember 2022.

Anjung ‘Centre Court’ dilengkapi dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang akan dihiasi di atas mesin penghantar automatik yang mana sudah semestinya membangkitkan suasana.

Gambar ihsan Alamanda Putrajaya
Gambar ihsan Alamanda Putrajaya

Pelbagai persembahan dan aktiviti Krismas turut diadakan seperti pertunjukan silap mata, tarian dan akrobatik Krismas. Pada ambang Krismas dan hari Krismas, Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa untuk menyambut ketibaan pengunjung pusat beli-belah ini.

Pembeli berpeluang untuk merakam detik keraian tersebut dengan mengambil gambar bersama Santa Klaus semasa pemberian gula-gula secara percuma kepada kanak-kanak. 

 

3) Grand Millennium Kuala Lumpur Bawakan Tema ‘Take Me Home’ 

Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur
Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur

Grand Millennium Kuala Lumpur yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur antara hotel yang tidak ketinggalan membawakan kemeriahan Krismas untuk diraikan.

Tahun ini hotel ini membawakan tema ‘Take Me Home’ bagi menghidupkan semangat perayaan yang sederhana dan makanan tradisi Krismas yang mengimbas nostalgia. Hidangan perayaan ini boleh dinikmati sepanjang hari jika anda bertandang ke hotel ini.

Kehangatan dan keajaiban Krismas bermula sebaik tetamu melangkah ke lobi hotel. Pokok Krismas sepanjang 20 kaki yang dihias indah dan rumah ‘Gingerbread’ mengagumkan menyambut kedatangan anda. Silakan menjenguk ke dalam rumah ini kerana terdapat manisan dan biskut yang boleh dibeli untuk dijadikan ole-ole. 

Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur
Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur

Satu perkara yang anda mesti tahu, jika anda menginap di hotel ini pada ambang Krismas dan hari Krismas, anda berpeluang menyaksikan persembahan nyanyian, manakala Santa Claus akan menghulurkan manisan kepada kanak-kanak yang sibuk mengikuti aktiviti di Kids' Corner,The Mill.

Jika mahu menjamu selera bersama keluarga, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan malam Krismas di The Mill yang menjanjikan hidangan makan malam Krismas tradisional.

Lengkap dengan ayam belanda panggang yang enak, Beef Wellington, puding Krismas, kambing panggang dan tidak ketinggalan hidangan klasik Chicken And Mushroom Pate En Croute yang menyelerakan.

Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur
Gambar ihsan Grand Millennium Kuala Lumpur

Tidak cukup dengan itu ada banyak lagi hidangan cita rasa antarabangsa yang lain seperti sushi, ikan bakar Thai, laksa kari, kari ikan nyonya, makanan laut di atas ais dan pelbagai pemanis mulut menyelerakan.

Hidangan makan malam Krismas hingga ke tahun baru ini berharga RM188++ untuk dewasa dan RM88++ untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Grand Millennium Kuala Lumpur.

 

4) Kek untuk dibawa pulang oleh Elevete Patisserie 

Gambar ihsan Elevete Patisserie
Gambar ihsan Elevete Patisserie

Setiap perayaan adalah masa untuk kita berkongsi rezeki. Jadi untuk menghidupkan suasana, acara makan-makan dengan keluarga dan kenalan adalah sesuatu yang sentiasa ditunggu-tunggu.

Peka dengan kehendak semasa, Elevete Patisserie tidak pernah ketinggalan dalam menawarkan hidangan istimewa sempena Krismas kali ini.

Daripada pilihan kek cawan, macaron hingga kek dan brownies yang dihias dengan dekorasi Krismas yang meriah, jenama manisan tempatan ini telah meningkatkan koleksi bermusimnya dengan lebih banyak pilihan istimewa untuk dijadikan pilihan.

Tersedia dari sekarang hingga 30 Disember 2022, pelanggan boleh mendapatkan pemanis mulut daripada mereka untuk pemberian hadiah, acara makan-makan di hujung tahun atau sekadar untuk memuaskan selera.

Gambar ihsan Elevete Patisserie
Gambar ihsan Elevete Patisserie

Elevete Patisserie telah memudahkan musim pemberian hadiah dengan banyak juadah untuk dipilih.

Selain daripada manisan kebiasaan, Elevete Patisserie turut memperkenalkan pilihan kek kembara, yang mudah dibawa, hadiah sempurna dan kek kecemasan untuk pengunjung yang datang secara mengejut. Bahkan untuk dinikmati sendiri dengan secawan teh hangat sambil merehatkan diri.

The Gâteaux De Voyage Trio terdiri daripada variasi berikut :

Gambar ihsan Elevete Patisserie
Gambar ihsan Elevete Patisserie

Grandma's Fruit Cake with Biscoff Ganache, Apricot Glaze. Dibuat dengan buah-buahan campuran yang direndam dalam jus oren, walnut dan kayu manis, dan kemudiannya disumbat dengan Biscoff ganache dan disalut dengan aprikot.

Raspberry Kaffir Lime Pound Cake with Raspberry Jam & Lime Glaze. Kek paun yang dimewahkan dengan rasa limau purut, diseimbangkan dengan kemanisan jem raspberi buatan sendiri, serta dihiasi dengan saduran limau dan kepingan raspberi rangup.

Sticky Date Pudding with Soft Caramel, Milk Chocolate Caramel Glaze. Diperbuat daripada kurma dan bahan-bahan premium untuk menghasilkan kek klasik dan ringkas yang disalut sepenuhnya dengan saduran coklat caramel. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang mereka.

Selamat meraikan hari Krismas dan selamat bercuti! - Getaran, 18 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu