web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pastri Perancis Memikat Selera Menanti Di Gula Cakery

Sempena meraikan ulang tahun ke-7, Gula Cakery memperkenalkan barisan croissant ranggup berlemak baharu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 6:38PM

Gambar ihsan Gula Cakery

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke kota Paris, pasti anda jatuh cinta dengan setiap manisan dan pastri yang pernah dicuba. Bukan kepalang nikmatnya. Apabila pulang ke Malaysia, mulalah tercari-cari kafe yang mampu memenuhi selera. 

Salah satu kafe yang boleh anda jejaki ialah Gula Cakery yang kini mempunyai 10 cawangan termasuk beberapa anak syarikat di sekitar Lembah Klang dan Melaka. Baru-baru ini sempena meraikan ulang tahun ke-7 mereka, kafe yang terkenal dengan pelbagai resipi kek tersendiri ini memperkenalkan barisan croissant rangup berlemak baharu. 

Diinspirasikan dari perjalanan kulinari pengasasnya, Arieni Ritzal yang menimba ilmu di sekolah masakan Paris, Gula Cakery memperkenalkan tiga variasi baharu croissant yang memikat selera iaitu caramel almond yang manis berkacang, strawberry cream yang menyegarkan dan Nutella chocolate yang mewah dengan rasa. 

Gula Cakery memperkenalkan tiga variasi baharu croissant yang memikat selera
Gula Cakery memperkenalkan tiga variasi baharu croissant yang memikat selera

Setiap satu dijual pada harga yang cukup kompetitif iaitu RM15. Mungkin ada yang berpendapat ia sedikit mahal, tetapi percayalah pengalaman menjamu selera anda tidak akan mengecewakan. Ia rangup di luar dan lembut dan hangat di sebelah dalam.

"Apabila saya menimba ilmu di Paris, saya sangat terpesona dengan rasa hormat dan perhatian membuat pastri Perancis terhadap perincian untuk pastri mereka! Itulah sebahagian daripada sebab Gula Cakery sentiasa ingin menghasilkan produk klasik kami dengan sendiri dan sempurna.”

"Kami mahu pelanggan kami mengimbas memori indah setiap kali menjamu selera dengan produk kami. Sempena ulang tahun ke-7 ini, inilah masanya untuk kami memperkenalkan sesuatu yang istimewa,” kongsi Arieni.

Tambah menarik, Gula Cakery juga turut memperkenalkan pelbagai jenis tartlet yang lazat untuk ‘si mulut manis’. Terdapat 12 perisa yang boleh dicuba seperti dark chocolate, lemon cream, strawberry, Ferrero Rocher crunch, heavenly pistachio, nutty macadamia dan banyak lagi!

Gula Cakery juga turut memperkenalkan pelbagai jenis tartlet yang lazat untuk ‘si mulut manis’
Gula Cakery juga turut memperkenalkan pelbagai jenis tartlet yang lazat untuk ‘si mulut manis’

Selain memperkenalkan hidangan terbaharu, Gula Cakery turut menganjurkan acara istimewa bersama pelanggan setia mereka baru-baru ini. Acara yang diadakan di cawangan utamanya di Kota Kemuning, Shah Alam menyaksikan lebih 500 pencinta pemanis mulut menikmati pelbagai hidangan lazat dari kafe ini. 

Bahkan, Arieni turut berbesar hati mengadakan kelas masakan secara percuma untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat untuk belajar. 

Arieni Ritzal
Arieni Ritzal

“Sukar untuk saya percaya bahawa masa berlalu dengan begitu pantas. Saya mula membakar di dapur sendiri dengan berbekalkan buku resipi nenek saya. Kini sudah tujuh tahun saya berkongsi minat saya ini dengan semua orang di Gula Cakery.

“Melihat kegembiraan di wajah pelanggan kami setiap kali mereka menikmati hidangan kami, ia membuatkan pasukan saya lebih berazam untuk terus melakukan apa yang kami lakukan selama ini. Kami akan terus menghasilkan pemanis mulut berinovasi untuk mencipta lebih banyak kegembiraan di masa hadapan,” tambah Arieni. - Getaran, 10 Disember 2022 

Untuk maklumat lanjut tentang Gula Cakery, sila layari gulacakery.com.

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Enggan Tanggalkan Abaya, Sekolah Perancis Halau Puluhan Pelajar Perempuan Pulang

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini