web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubur Anak Lebah Masih Ada 'Sengat'

Istimewa Ramadan di Perak Tengah, bubur anak lebah memang disebut-sebut sebagai manisan warisan. Apa beza bubur ini dengan manisan dari negeri lain?

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:55AM

Gambar: Foto Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan namun, bubur anak lebah tidak dilupakan masyarakat Perak Tengah sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Uniknya bubur ini adalah dari segi cara pembuatannya yang menggunakan acuan seperti sarang madu lebah dan adunan tepung yang ditekan pada atas lubang-lubang acuan dalam menghasilkan bentuk seperti anak-anak lebah sekali gus mendapat gelaran sebegitu.

Bernama berkesempatan menemui seorang peniaga bubur anak lebah, Sarpah Salwa Abd Rahim, 57, yang menyifatkan bubur anak lebah merupakan manisan warisan negeri Perak yang popular ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul namun ia sukar untuk ditemui pada masa kini kerana tidak ramai yang boleh memasaknya.

"Bukan semua orang boleh buat sebab bubur ini warisan lama datuk nenek dan orang Bota atau Perak Tengah sahaja yang banyak tahu sebab itu ramai lagi orang Perak yang tidak tahu bubur anak lebah.

“Kebetulan saya pun memang asal orang sana sebab itu tahu cara membuatnya. Dahulu saya belajar dengan arwah emak dan tidak sangka laku pula. Mungkin kerana tidak ramai yang membuatnya. Alhamdulillah permintaan serta tempahan daripada pelanggan sentiasa ada,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikwa oleh penduduk setempat berkata resipi membuat bubur warisan turun-temurun itu masih mengekalkan cara pembuatan tradisional kerana tidak menggunakan campuran pewarna pada penghasilan anak lebah.

"Ada orang guna perisa pandan dan pewarna untuk nampak warnanya lebih menarik pada adunan anak lebah tapi saya masih kisar daun pandan untuk mengekalkan rasa dan warna asli pandan. Bau wangi pandan akan lebih terasa jika tanpa perasa tambahan.

"Bubur anak lebah ibarat pencuci mulut selepas berbuka puasa sebab orang Perak dulu-dulu suka makan manis-manis," ujarnya lagi.

Namun begitu, ibu kepada empat orang anak ini tidak menafikan bahawa masih terdapat golongan muda yang gemar akan bubur tersebut, cuma cara pembuatannya sahaja yang tidak diwarisi mereka sekarang kerana pembuatannya sedikit rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.

"Tidak boleh kelam-kabut kena bagi perhatian sebab kita ingin pastikan adunan lembut, air kena panas, yang susah bila nak hasilkan anak lebah pada acuan dan perlu sentiasa menggaul bagi memastikan tepung tidak melekat dan bergumpal.

“Barang-barang yang perlu disediakan tidak banyak cuma santan segar, tepung beras, tepung gandum, daun pandan, kapur sikit, air panas dan gula putih sahaja.

"Kalau di kampung kita masak beramai-ramai menggunakan kawah besar dan kayu api. Jadi perlu banyak tenaga. Pemegang acuan sahaja perlu empat orang untuk pegang pada setiap penjuru serta seorang tukang tenyeh atau sagat adunan dan seorang lagi tukang kacau bubur agar tidak hangit dan bergumpal," jelasnya.

Selain bubur anak lebah, Cikwa turut menjual 10 jenis bubur tradisional lain setiap kali tiba bulan Ramadan termasuklah dua lagi makanan istimewa warisan Perak iaitu penjan ubi kayu dan bubur roti kapal.

"Setiap hari memang saya akan masak 10 jenis bubur. Kadang-kadang 13 bubur bergantung pada bahan yang ada. Yang paling laris dan akan habis dulu bubur anak lebah mungkin berikutan kesukaran mendapatnya selain namanya yang unik,” katanya.

Beliau yang berniaga di Taman Perpaduan sini berkata pelanggan daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum akan datang membeli bubur anak lebah itu sebaik gerainya dibuka pada 3 petang sambil mengamalkan prosedur operasi ditetapkan dan meraikan keharmonian masyarakat setempat.

Cikwa yang sudah 30 tahun menjual pelbagai aneka bubur itu berharap agar makanan warisan tersebut tidak ditelan zaman dan diketengahkan semula agar generasi akan datang tidak melupakan sejarah warisan daerah Perak Tengah ini. - Bernama

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini