Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tarikan Terbaharu di Hong Kong, Muzium Mi Segera Pun Menarik Untuk Dilawati

Hong Kong merupakan metropolitan yang sentiasa berkembang dinamik serta sering menawarkan tarikan terbaharu kepada semua jenis pengembara. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 8:02PM

Kilang My Cupnoodles memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan mi segera versi anda sendiri. - Gambar dari www.discoverhongkong.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang gemar melancong ke kota metropolitan, jangan sesekali melupakan Hong Kong sebagai salah satu destinasi mesti dilawati. Banyak yang boleh anda lihat di sini.

Sejarah, budaya, seni bersatu dalam arus pemodenan yang bukan kepalang. Biarpun bukan sedikit wang yang perlu dibelanjakan, namun pengalaman yang bakal dikutip lebih berharga!

Ada beberapa perkara yang tidak akan lapuk ditelan zaman, Hong Kong adalah salah satu daripadanya, Ia merupakan metropolitan yang sentiasa berkembang dinamik serta sering menawarkan tarikan terbaharu kepada semua jenis pengembara. 

Jika dambakan keseronokan, Hong Kong punya tarikan yang diperlukan. Berikut adalah beberapa tarikan terbaharu di Hong Kong:

1) Bertemasya di Castle of Magical Dreams, Hong Kong Disneyland

Castle of Magical Dreams
Castle of Magical Dreams

Siapa yang tidak melompat keriangan apabila menjejakkan kaki ke taman tema ini. Ia adalah kegemaran kanak-kanak dan golongan muda. Baru-baru ini Hong Kong Disneyland melancarkan tarikan terbaharunya, Castle of Magical Dreams, yang diilhamkan oleh Puteri dan Ratu Disney yang mengejar impian mereka. 

Di sebelah istana baharu ini adalah lokasi pementasan yang menakjubkan iaitu ‘Momentous’, yang dipersembahkan pada skala besar menerangi istana, mengubahnya menjadi penceritaan inspirasi yang menampilkan watak-watak kegemaran Disney. 

2) Nikmati Escapades Exhilarating di The Peak

Peak Tram
Peak Tram

Untuk menghargai sepenuhnya latar langit ikonik Hong Kong, Peak Tram telah menaik taraf perkhidmatan mereka untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan hebat Pelabuhan Victoria yang diapit pencakar langit, semenanjung Kowloon, dan puncak pergunungan menghijau.

Peak Tower juga merupakan tempat di mana anda boleh menikmati tarikan popular seperti Madame Tussauds, Peak Galleria dan Monopoly Dreams. Warga Filipina, Hong Kong Superfan Richard Juan menganggap The Peak  adalah salah satu tempat paling ikonik di Hong Kong kerana di sini pengunjung boleh melihat pelabuhan dari sudut terbaik!

3) Bermain air di Water World Ocean Park

Water World Ocean Park
Water World Ocean Park

Selepas empat tahun dalam pembinaan, Ocean Park's Water World akhirnya membuka pintu kepada orang ramai pada akhir tahun lalu. Water World adalah satu-satunya taman air sepanjang tahun, yang dibuka untuk setiap musim di Asia.

Terletak di antara bukit-bukau dan pemandangan indah Laut China Selatan, pengunjung boleh menikmati lebih daripada 27 tarikan yang berbeza di taman ini. Ia termasuklah gelongsor trio yang mendebarkan, di mana ia membawa anda melalui gelung sepanjang 58 meter. Boleh cuba Thunder Loop, Daredevil Drop dan Bravery Cliffs untuk ledakan adrenalin yang diidamkan.

4) Alami Oodles of Fun and Flavors di Nissin Cup Noodle Museum

Nissin Cup Noodle Museum
Nissin Cup Noodle Museum

Tarikan berasal dari negara matahari terbit ini sebenarnya dibuka kepada orang ramai bermula Mac 2021. Muzium ini menawarkan peluang kepada warga Hong Kong dan pelancong untuk 'mengembara' ke Jepun dengan kreatif, interaktif dan yang paling penting, perjalanan yang menyeronokkan! 

Jangan lepaskan peluang untuk membuat mi segera versi anda sendiri di Kilang My Cupnoodles. Boleh pilih bahan-bahan yang digemari, dan pilih pembungkusan mengikut cita rasa sendiri. Selain itu, ada juga kelas atau bengkel 'My Granola Factory' yang membolehkan pengunjung mempelajari kisah dan proses mencipta produk granola jenama itu.

5) Melangkah ke Biggest Box of Bricks Ever di LEGOLAND Discovery Centre

 LEGOLAND Discovery Centre
LEGOLAND Discovery Centre

Taman tema tertutup LEGO terbesar di Hong Kong ini menempatkan 10 kawasan permainan bertemakan LEGO yang terdiri daripada Kingdom Quest hingga ke LEGO friends dan banyak lagi. 

Taman permainan seluas 30,000 kaki persegi ini mempunyai 1.5 juta ciptaan LEGO yang menampilkan mercu tanda ikonik Hong Kong seperti Star Ferry dan Central Pier! Bukan itu sahaja, pelbagai watak filem kegemaran mereka dapat dilihat seisi keluarga dalam versi 4D.

6) Belajar sambil bermain di Kiztopia

Kiztopia
Kiztopia

Taman tema ‘edutainment’ tertutup Singapura yang memenangi anugerah telah dibuka di Hong Kong pada September lalu. Ruang permainan mega seluas 12,000 kaki persegi ini menampilkan lapan watak animasi asli yang akan membimbing kanak-kanak melalui 15 zon permainan utama di mana mereka boleh belajar seni dan kraf, ucapan dan drama, lakon peranan, dan banyak lagi!

Suasana pengembaraan yang menyeronokkan menanti anda di Hong Kong! Sama ada anda merupakan pengunjung kali pertama atau sering ke sini, pengalaman percutian di Hong Kong pasti  menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

Ketahui lebih lanjut mengenai tarikan di Hong Kong di https://www.discoverhongkong.com/seasia/what-s-new/highlights/newadventures.html - Getaran, 4 Disember 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini