Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kenangan Coffee Persembahkan Bijian Kopi Terbaik Menambat Selera 

Rangkaian kafe terkenal di Indonesia, Kopi Kenangan telah meluaskan sayapnya ke Malaysia dengan membuka cawangan pertamanya di Suria KLCC pada Oktober lalu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 2:22PM

Kenangan Latte - Gambar ihsan Kenangan Coffee

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Budaya minum kopi di Malaysia masih menjadi ikutan ramai. Hujung minggu adalah waktu di mana penggemar kopi berkumpul bersama teman-teman untuk menikmati secawan kopi kegemaran. 

Ia adalah satu gaya hidup masa kini. Sama ada panas, sejuk, hitam atau bersusu yang menjadi kegemaran, ‘ketagihan’ kepada minuman ini membuatkan ramai yang sanggup membuat pelaburan dalam bisnes kafe.

Terbaharu, rangkaian kafe terkenal di Indonesia, Kopi Kenangan telah meluaskan sayapnya ke Malaysia dengan membuka cawangan pertamanya di Suria KLCC pada Oktober lalu. Kini selepas beberapa bulan, Kopi Kenangan atau di Malaysia dikenali dengan nama Kenangan Coffee sudah mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa rangkaian ini berminat terbang ke Malaysia dan yakin untuk bersaing dengan kafe ternama lain seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf?

Avocado Coffee
Avocado Coffee

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Edward Tirtanata menjelaskan bahawa pihak memilih Malaysia kerana kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan dan peluang dalam perniagaan makanan dan minuman di sini menjanjikan peluang yang cerah.

 “Kami memilih Malaysia sebagai pengembangan pasaran pertama kami kerana kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan, budaya kopi yang semakin berkembang, terutamanya konsep grab-and-go, dan banyak persamaan yang dikongsi oleh rakyat Malaysia dengan orang Indonesia.”

“Masa depan sektor F&B juga kelihatan menjanjikan kerana Malaysia sedang berubah menjadi ekonomi digital berpendapatan tinggi dengan tumpuan utama pada pendigitalan, yang selaras dengan operasi perniagaan kami.”

“Kami mahu mengeksport kejayaan fenomenal model kopi grab-and-go kami di Indonesia ke pasaran luar negara, bermula dengan Malaysia. Kami memulakan Kopi Kenangan dengan tujuan menjadikan kopi berkualiti mampu milik dan boleh diakses oleh semua orang dan kami sangat teruja untuk berkongsi rasa kopi Indonesia kami dengan rakyat Malaysia,” ujar Edward.

Mengulas tentang penggunaan nama yang berbeza di Malaysia, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan James Prananto menjelaskan pihaknya memilih nama Kenangan Coffee sebagai nama antarabangsa rasmi yang akan digunakan di luar Indonesia.

Kenangan Coffee sudah mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang
Kenangan Coffee sudah mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang

“Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah jenama Kenangan Coffee, sebagai nama antarabangsa rasmi yang akan digunakan di luar Indonesia. Kami mengekalkan perkataan 'Kenangan' kerana ia sesuai diterjemahkan kepada mencipta memori yang boleh dijadikan kenangan di masa hadapan.

Setiap orang yang datang ke kafe ini akan dilayan seperti rakan, dan setiap cawan kopi yang dihasilkan, dibuat dengan penuh kasih sayang. Kami berharap setiap pengalaman yang dikutip di kafe ini menjadi kenangan anda bersama kami sepanjang perjalanan ini. 

“Kami bercita-cita untuk menjadi jenama pengguna yang paling disukai di Asia Tenggara, dan Malaysia akan menjadi tapak utama dalam membantu kami mencapai misi ini,” ujar James.

Sementara itu, dalam satu sesi ramah-mesra yang diadakan di Kenangan Coffee, Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, Ketua Kopi (Head Of Coffee), Mikael Jasin, sempat bercerita tentang kopi dan mencadangkan beberapa minuman yang mesti dicuba jika berkunjung ke Kenangan Coffee.

Jelas pemenang Indonesia Barista Championship 2019 dan 2020 ini, jika anda singgah ke rangkaian kafe ini jangan lupa untuk mencuba dua kopi ‘signature’ mereka iaitu Kenangan Latte dan Avocado Coffee yang mempunyai rasa unik kerana ia menggunakan gula aren dan buah avokado yang mempunyai rasa lemak mempesona.

Antara kek dan mufin yang dihidangkan di Kenangan Coffee - Gambar oleh Rahayu MN
Antara kek dan mufin yang dihidangkan di Kenangan Coffee - Gambar oleh Rahayu MN

“Secara peribadi saya menggemari Kenangan Latte kerana ini adalah kopi ‘signature’ di sini dan ia menggunakan gula aren sebagai pemanis dan memberikan rasa yang cukup istimewa. 

“Kenangan latte cukup sesuai untuk mereka yang baru ingin ‘berjinak-jinak’ dengan dunia kopi. Rasa kopi ini tidak terlalu kuat dan ia juga sesuai dinikmati dengan kombinasi hidangan lain seperti kek, mufin dan sandwic. 

Selain itu, anda juga boleh mencuba Avocado Coffee yang lain daripada yang lain. Mungkin anda sangka rasa avokado akan mendominasi, namun percayalah resipi yang kami hasilkan di sini memberikan rasa yang memikat selera dan anda boleh tersenyum puas,” ujar Mikael.

Bagi anda yang masih belum mencuba, cubalah cari masa untuk menikmati kopi dan hidangan pemanis mulut di sini. Ada 12 jenis kopi dan sembilan minuman bukan kopi yang boleh anda cuba.   Harga secawan bermula dari RM5.90, satu harga yang cukup berbaloi biarpun ia menjanjikan biji kopi berkualiti tinggi.  - Getaran, 3 Disember 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok