Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Spilt Gravy’ Dinobatkan Filem Terbaik FFM Ke-32, Bawa Pulang Dana Setengah Juta

Pengarah filem ‘Spilt Gravy’ Datuk Zahim Albakri turut membawa pulang Anugerah Pengarah Harapan

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:00AM

‘Spilt Gravy’ turut memenangi lima lagi anugerah bagi kategori Lakon Layar Terbaik, Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem komedi, Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 sekali gus memenangi Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Filem tersebut mengenepikan saingan sengit lain termasuk filem paling laris tanah air, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini memungut kutipan sebanyak RM97 juta, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Small Town Heroes dan Juang.

Zahim turut membawa pulang Anugerah Pengarah Harapan menerusi filem yang sama.

Datuk Zahim Albakri Ikmal
Datuk Zahim Albakri Ikmal

Sementara itu, bagi kategori Pengarah Terbaik, trofi dimenangi Ryon Lee Eng Keong menerusi filem komedi drama, Small Town Heroes sekaligus menewaskan calon lain termasuk Syamsul Yusof menerusi filem Mat Kilau.

Ryon Lee Eng Keong
Ryon Lee Eng Keong

Biarpun tewas bagi kategori filem serta pengarah terbaik, namun filem Mat Kilau berjaya menggondol dua anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy.

Namun kedua-dua pelakon ini tidak hadir untuk menerima trofi kemenangan mereka. Mat Kilau turut memenangi Anugerah Khas Juri dan Anugerah Filem Box Office.

Sementara itu, trofi Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Tan Chui Mui menerusi filem Barbarian Invasion manakala trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula menjadi milik Juliana Ibrahim menerusi filem Spilt Gravy.

Chui Mui menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Chui Mui menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Split Gravy turut memenangi lima lagi anugerah bagi kategori Lakon Layar Terbaik, Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Zahim ketika ditemui di sidang media berkata dia sama sekali tidak menyangka filem pertamanya bakal diiktiraf di peringkat tertinggi di FFM32 memandangkan, ia  telah tertangguh tayangannya selama 11 tahun.

“Filem ini sebenarnya diangkat dari naskah teater yang pernah dipentaskan pada tahun 2002. Sudah 20 tahun. Dan tahun ini filem ini dapat ditayangkan.

“Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan lega. Cuma saya rasa sedikit ralat kerana pengkarya asal filem ini iaitu arwah Jit Murad tiada bersama kita pada hari ini,” ujarnya.

Ditanya tentang kemenangannya bagi kategori Pengarah Harapan di usia 59 tahun, kata Zahim jika Perdana Menteri ke-10 boleh menanti selama 24 tahun untuk menang, jadi tiada masalah untuknya menanti selama 10 tahun selepas mengarahkan filem pertama.

Anugerah Khas Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman masing-masing diberikan kepada dua legenda tersohor tanah air iaitu Mat Sentol dan Datuk Sarimah Ahmad atas pencapaian seni luar biasa mereka sepanjang bergelar anak seni. 

FFM32 dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Acara berprestij tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular seperti Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh dan Hazama.

Antara penyampai trofi termasuk Maya Karin, Nam Ron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh dan Ashraf Muslim.

Mengangkat tema Filem Kita, Citra Kita, FFM32 menyaksikan persaingan filem ditayangkan antara 15 Julai 2021 hingga 30 September lalu yang layak dipertandingkan dalam 22 kategori kali ini.

Filem Spilt Gravy mendominasi 14 daripada 22 pencalonan dipertandingkan. Diikuti oleh filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang meraih 13 pencalonan, Juang dan Abang Long Fadil 3 dengan masing-masing 10 pencalonan. - Getaran, 3 Disember 2022.

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Maya Karin Terharu Ramai Berikan Sokongan Buat Dirinya Selepas Serangan ‘Panic Attack’ Di FFM32

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

'You Did Well Maya!' - Public Health Malaysia Puji Maya Karin Tangani Serangan Panik Di FFM32

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan