web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maya Karin Terharu Ramai Berikan Sokongan Buat Dirinya Selepas Serangan ‘Panic Attack’ Di FFM32

Menurut Maya lagi, selepas perkongsiannya mengenai insiden itu, ramai yang mula mengalami situasi sama telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 2:09PM

Maya Karin - Gambar dari Instagram Maya Karin

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Maya Karin mengakui pada awalnya dia tidak mahu memuat naik sebarang hantaran di media sosial berhubung insiden diserang panic attack sewaktu tampil sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32).

“Saya cuba menjauhkan diri daripada media sosial dan memikirkan apa yang telah terjadi. Kenapa ia terjadi dan mengapa ia harus terjadi pada malam itu. 

“Tetapi kemudian, saya berfikir semula. Saya harus kongsikan apa yang saya alami ini kepada peminat dan masyarakat umum. 

“Apa yang memeranjatkan saya, tiada yang berkata apa-apa (yang tidak elok) kepada saya. Bahkan, semua pihak telah memberikan sokongan buat saya termasuk peminat dan pihak media sendiri,” katanya sewaktu diwawancara secara langsung oleh deejay Haniff daripada radio ERA, petang semalam. 

Bahkan, kata Maya Karin, sebaik sahaja dia berkongsi hantaran di media sosialnya mengenai kejadian diserang panic attack itu, ramai yang mengalami situasi yang sama telah tampil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman mereka. 

“Seorang doktor berkongsi bahawa dia berdepan dengan situasi ini di hadapan jururawatnya sewaktu dia sedang bekerja dan memerlukan masa untuk bersendirian. 

“Ia juga secara tidak langsung dapat membantu ramai lagi orang di luar sana untuk memahami keadaan sebenar tentang serangan panic attack kerana ada juga pernah mengalaminya tetapi tidak mengetahui bahawa apa yang mereka alami itu adalah panic attack.

“Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan ia akan terjadi jika wujudnya tekanan yang berada di sekeliling,” katanya. 

Menceritakan kembali insiden yang dialaminya itu sewaktu berada di pentas FFM32, dia mula diserang panic attack sebelum gilirannya menyampaikan kategori yang berikutnya. 

“Apabila Faizal Hussein berjalan di tengah pentas untuk menyampaikan trofi kepada pemenang, saya ketika itu berharap dia akan dapat kembali di semula di ruang tempat kami berdiri dengan secepatnya. 

“Apa yang ada di fikiran saya ketika itu adalah untuk memegangnya dan menanggalkan kasut saya kerana jika tidak berbuat demikian, saya mungkin akan terus tumbang begitu sahaja. 

“Dan, saya bersyukur kerana Faizal Hussien cukup tenang berdepan dengan situasi saya ketika itu dan langsung tidak marah bila saya memegang bahunya,” katanya lagi. 

Sambung Maya Karin lagi, selepas berakhirnya tugasnya sebagai penyampai trofi pada malam itu, dia memberitahu pembantu peribadinya untuk segera pulang. 

“Saya beritahu dia saya tidak mahu berada di situ lagi. Saya tidak mahu jumpa sesiapa dan saya tidak mahu bercakap dengan sesiapa,” katanya.  – Getaran, 6 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ada Scammer Menyamar Dan Buka Akaun TikTok Atas Nama Saya – Faizal Hussein

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...