web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Scammer Menyamar Dan Buka Akaun TikTok Atas Nama Saya – Faizal Hussein

Menurut Faizal, individu yang menyamar menggunakan profilnya di aplikasi TikTok itu dan mengajak peminatnya untuk berkahwin.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 1:24PM

Faizal Hussein dalam filem terkininya, 'Imam' - Gambar ihsan penerbit filem

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon berkaliber Faizal Hussein mengakui bahawa ada individu menyamar menggunakan profil dirinya membuka akaun palsu dengan tujuan tertentu baru-baru ini.

Menurut Faizal, individu yang menyamar menggunakan profilnya di aplikasi TikTok itu dan mengajak peminatnya untuk berkahwin.

“Ada scammer menyamar dan buka akaun TikTok atas nama saya selama beberapa hari. Selepas individu berkenaan berjaya menggunakan akaun tersebut untuk mendapatkan jumlah subscribers yang tinggi, dia akan jual akaun tersebut.

“Bukan hanya setakat itu, scammer itu turut mengajak peminat saya untuk berkahwin. Konon-konon macam sayalah yang ajak mereka berkahwin.

“Namun, nasib baik followers saya tidak percaya dengan mesej tersebut. Kemudian hantar balik mesej-mesej scammer ajak berkahwin itu kepada saya. Mereka pun tahu, takkanlah Faizal Hussein nak ajak mereka kahwin.

“Ini bererti, mereka sedar bahawa pelawaan itu bukan datang daripada saya, sebaliknya daripada akaun palsu yang menggunakan gambar atau video saya,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul ‘Imam’ di Istana Budaya baru-baru ini

Pemilik nama sebenar, Mohd Faizal Hussein, 55, itu turut berkata, setakat ini, tiada individu yang melaporkan tertipu dengan individu penyamar itu.

“Bagi saya, selagi akaun asal saya tidak digodam, jadi tiada kewajaran untuk saya mengambil tindakan dari segi undang-undang ke atas individu berkenaan buat masa ini.

“Kalau saya nak menyalak (bising) pun buat apa jika tak mendatangkan maklum balas positif,” ujarnya.

Selain Faizal dan M Nasir, filem ‘Imam’ turut dibintangi Vanidah Imran, Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim, Sophia Ibrahim dan ramai lagi
Selain Faizal dan M Nasir, filem ‘Imam’ turut dibintangi Vanidah Imran, Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim, Sophia Ibrahim dan ramai lagi

Menurut aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 pada 2013 menerusi filem Bunohan, kandungan TikTok miliknya sejak awal diuruskan sepenuhnya oleh anak sulung, Fazryn Faizal.

Faizal berkata, anak-anak generasi muda masa kini memang lebih arif dengan pelbagai perkembangan teknologi, terutama perkongsian idea untuk menghasilkan ‘content’ video di media sosial. 

“Ikutkan saya sendiri mulanya tidak begitu pandai dengan teknologi. Tapi, anak sulung saya, Fazryn, yang kini  berusia 17 tahun, jadi saya rasa lebih elok anak muda yang uruskan hal-hal begini.

“Dia langsung tak benarkan saya urus sendiri kerana mungkin bimbang orang nampak ayahnya bodoh dalam perkara-perkara begini,” katanya berseloroh.

Berkongsi lanjut berkenaan filem baharunya berjudul Imam mula ditayangkan di seluruh pawagam negara ini pada 2 Mac 2023 ini, Faizal berkata, ia bakal menonjolkan bakatnya bertutur dalam bahasa Arab.

Filem ‘Imam’ sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam negara ini pada 2 Mac 2023
Filem ‘Imam’ sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam negara ini pada 2 Mac 2023

“Saya berlatih untuk bertutur dalam bahasa Arab setiap hari bersama seorang guru dialog sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

“Selain itu, kami juga ada terlibat dengan kelas bahasa Arab dengannya sebelum masuk ke set penggambaran. Kelas ini diadakan beberapa kali di pejabat Al-Kahfi Pictures.

“Apa yang paling menguntungkan adalah guru dialog kami turut terlibat dalam produksi filem ini jadi mudah untuk kami berjumpa dengan dia pada bila-bila masa di set penggambaran,” katanya.

Faizal turut mengakui, dia tidak berdepan masalah untuk menguasai bahasa Arab biarpun tidak pernah mempelajarinya.

Selain Faizal dan M Nasir, filem ‘Imam’ turut dibintangi Vanidah Imran, Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim, Sophia Ibrahim dan ramai lagi. – Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.