Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Norman Hakim Bagi Sebab Mengapa dia ‘Buat Badan’

Norman Hakim dilantik sebagai duta produk Ecolite Waist Tonik setelah mengamalkannya sebelum ia dilancarkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:00PM

Ecolite melancarkan produk baharu Ecolite Waist Tonic yang melegakan sakit belakang dan keletihan.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dibuat perbandingan, penampilan Norman Hakim kini jauh berbeza dari dahulu. Ketika dia masih aktif berlakon, pelakon berusia 46 tahun ini tidaklah dilihat gigih ‘membuat’ badan di pusat kesihatan. Mungkin ketika itu dia tidak punya masa kerana terikat dengan jadual penggambaran.

Namun, kini lain ceritanya. Jika anda mengikuti Norman di akaun media sosial, pasti anda tahu bagaimana suami kepada Memey Suhaiza ini menjaga badan dan stamina. Dia dilihat sangat konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Bentuk badannya juga semakin hari semakin sasa hasil usaha kerasnya di gim.

Ketika ditemui baru-baru ini, Norman Hakim sempat tertawa kecil apabila pihak media meminta dia mengulas tentang gaya hidupnya itu. “Mengapa buat badan? Boleh kongsi sedikit apa yang menjadi motivasi?” - itu soalan yang diajukan oleh salah seorang wartawan hiburan.

Duta Produk Ecolite, Norman Hakim yang juga pelakon berkongsi pengalaman mengambil Ecolite Waist Tonic.
Duta Produk Ecolite, Norman Hakim yang juga pelakon berkongsi pengalaman mengambil Ecolite Waist Tonic.

“Sebab utama saya mahu menjaga badan adalah saya mahu pastikan saya boleh menikmati kehidupan dengan keluarga selama yang mungkin.

“Saya mahu melihat anak-anak saya membesar di depan mata. Keluarga saya perlukan saya. Buat badan, bukan kerana untuk dilihat oleh orang lain, tetapi saya mahu menjaga kesihatan saya dengan sebaiknya.

“Ini adalah salah satu usaha saya untuk kekal sihat demi keluarga. Tidak ada sebab lain yang memotivasikan saya untuk kekal fokus,” ujar Norman tanpa teragak-agak.

Jelas Norman lagi, setiap enam bulan dia akan melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh bagi memantau status kesihatannya.

“Saya buat pemeriksaan kesihatan untuk memantau tahap kesihatan saya. Jika anda masalah, saya akan mendengar nasihat doktor untuk mendapatkan hasil terbaik.

“Saya pernah berhadapan dengan masalah kolesterol tinggi di mana masalah ini boleh mengundang sakit jantung atau strok. Bermula daripada itulah saya tekad untuk ubah pengambilan makanan dan mula bersenam secara rutin.

“Alhamdulillah sehingga hari ini saya tetap berdisiplin kerana fokus dan kekuatan saya hanya satu, demi keluarga,” tegas Norman lagi.

Duta Produk Ecolite Waist Tonic

Dalam perkembangan lain, Norman juga telah dilantik sebagai duta produk Ecolite Waist Tonic yang dilancar baru-baru ini.

Ecolite Waist Tonic adalah sebuah produk  herba tradisional Tongkat Ali yang membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan keletihan di bahagian belakang serta pinggang.

Norman memberitahu dia sebenarnya mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum membuat menyatakan persetujuan untuk menjadi duta produk itu.

 Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim (kiri); Duta Produk Ecolite, Norman Hakim (tengah) dan Pegawai Bertanggungjawab Penyelidikan dan Pembangunan Ecolite, Dr Goh Kok Ming (kanan) pada sesi soal jawab.
Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim (kiri); Duta Produk Ecolite, Norman Hakim (tengah) dan Pegawai Bertanggungjawab Penyelidikan dan Pembangunan Ecolite, Dr Goh Kok Ming (kanan) pada sesi soal jawab.

“Saya telah cuba sendiri tonik ini kira-kira enam bulan. Ketika itu produk ini masih belum diperkenalkan secara komersial dan pembungkusannya juga berlainan.

“Jadi, dalam tempoh enam bulan itu saya dapat rasakannya ia memberi kesan yang baik pada sakit belakang, sakit pinggang dan lutut.

“Bahkan, tenaga keseluruhan saya juga meningkat dengan ketara. Sekarang ini, kalau hendak ke mana-mana, saya bawaklah tonik ini bersama-sama,” ulas Norman. 

Ditubuhkan pada tahun 1996, Ecolite ialah jenama produk penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai dan mengutamakan kesihatan serta mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun di Malaysia.

Ecolite mempunyai misi untuk membantu memulihkan kesihatan orang ramai dengan produk berkhasiat. Bermula daripada bahan mentah semula jadi, yang diformulasikan dengan gabungan ilmu tradisi Cina serta teknologi sains moden, Ecolite akan melancarkan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti dan bermanfaat untuk orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti. - Getaran, 27 November 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Tom Menangis Kegembiraan, Norman Hakim Pula Berduka Kehilangan Bapa

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dunia Saya Rasa Seperti Terhenti, Bila Ayah Tiba-Tiba Tidak Bernafas – Norman Hakim 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Istimewa Hari Bapa : 10 Bapa Paling Hangat Di Malaysia

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Hyrul Anuar 'Mahalkan' Melayu Dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini