web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Pemain Bola Sepak Paling Kacak Di Piala Dunia Qatar 2022 

Selain kehebatan para pemain bola sepak ini beraksi di atas padang, wajah kacak mereka juga seringkali menjadi tumpuan ramai

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 2:04PM

Antoine Griezmann, Cristiano Ronaldo dan Takumi Minano - Gambar Instagram setiap pemain bola sepak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahang Piala Dunia 2022 kini semakin membara apabila memulakan perlawanan pertamanya pada 20 November lalu.

Ramai pemain-pemain bola sepak handalan dunia berkampung di Qatar demi membawa nama negara mereka ke peringkat paling tinggi dalam kejohanan bola sepak dunia.

Selain ketangkasan pemain-pemain ini beraksi di padang, pastinya ketampanan wajah mereka turut menjadi perhatian ramai peminat bola sepak di seluruh dunia.

Getaran senaraikan 10 pemain bola sepak paling kacak yang beraksi di Piala Dunia 2022.

 

Cristiano Ronaldo ( Portugal)

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bintang dari Portugal ini sememangnya memiliki wajah yang kacak dan tubuh yang seksi. Jadi tidak hairanlah kenapa Ronaldo merupakan individu yang memiliki pengikut Instagram paling ramai di dunia. 

 

Neymar Jr (Brazil)

Bintang bola sepak yang berasal dari Brazil ini memiliki kekacakan jejaka Latin. Gayanya yang persis 'bad boy' pastinya sering menawan hati para wanita.

 

Dejan Lovren (Croatia)

Pemain yang berasal dari Croatia ini memiliki wajah yang tampan serta tubuh yang tinggi lampai. Pada edisi Piala Dunia yang terdahulu, gambar bogelnya bersama ahli pasukan lain pernah tular sewaktu mereka mandi manda di kolam renang. 

 

Takumi Minano (Jepun)

Pemain berasal dari negara matahari terbit ini sememangnya memiliki ketampanan jejaka Asia. Lihat sahaja tahi lalat di tepi bibirnya. Bisa buat para wanita cair bak lilin aroma.

 

Olivier Giroud ( Perancis)

Pemain terkenal asal Perancis ini tidak perlu dipertikaikan lagi ketampanan wajahnya. Terkenal dengan imej berjambang, karisma Giroud di atas padang sememangnya sangat menyerlah. 

 

Antoine Griezmann ( Perancis)

Ketampanan wajahnya sering menjadi bualan sejak dia memulakan debut dalam arena bola sepak. Tidak hairanlah jika pemain dari Perancis ini sering mendapat jolokan antara pemain bola sepak paling kacak di dunia. 

 

Alireza Jahanbakhsh (Iran)

Pemain bola sepak yang berasal dari Iran ini juga sering menjadi bualan ramai dek ketampanan wajahnya. Setiap kali muncul di atas padang, mata pasti tertumpu kepada wajahnya yang persis bintang filem. 

 

Saeid Ezatolahi (Iran)

Seorang lagi pemain kacak yang berasal dari Iran. Sama seperti rakan sepasukannya iaitu Alireza, Said juga sering menjadi tumpuan kerana memiliki wajah yang kacak dan tubuh yang tinggi lampai. 

 

Pablo Gavi (Sepanyol)

Baru berusia 18 tahun dan ini merupakan Piala Dunia yang pertama buat pemain dari Sepanyol ini. Wajah 'jambu' yang dimiliki Gavi pastinya akan menarik perhatian ramai gadis dari seluruh dunia. 

Selamat menonton Piala Dunia 2022 dan selamat menjamu mata! - Getaran, 27 November 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cristiano Ronaldo Tampil Dengan Pakaian Tradisi Arab Saudi Dalam Video Terbaharu Al Nassr

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Simpati Dengan Mangsa, Ronaldo Arah Hotel Miliknya Jadi Pusat Perlindungan 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh