Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 6:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

I Am Vanessa Guillen

Netflix menawarkan satu lagi dokumentari kisah benar. Semuanya bermula apabila seorang askar Vanessa Guillen dilaporkan hilang di Texas pada tahun 2020. Guillen sepatutnya bertugas di Fort Hood iaitu sebuah kem tentera di Killeen. 

Kehilangan Guillen membuatkan ibu dan kakaknya mencarinya di Texas dan memulakan tanda pagar  #IAmVanessaGuillen mendesak Fort Hood menjawab misteri kehilangan anaknya. Fort Hood seolah-olah tidak mahu membantu mencari di manakah keberadaan Guillen.

Sebelum kehilangan Guillen, wanita itu pernah memberitahu ibunya bahawa dia pernah berhadapan dengan gangguan seksual di kem tentera. 

Selepas itu, Guillen hilang dan rupanya dibunuh di kem tentera itu. Marah dengan pihak tentera yang menyembunyikan kes itu, ibunya mendedahkan kejadian gangguan seksual itu bersama-sama dengan pihak badan bukan kerajaan dan membongkar apa yang terjadi di kem berkenaan. – Wafa Aula 

Hilang 

Jika anda merupakan peminat drama bergenre seram dan misteri, siri terbaru terbitan VIU Originals Malaysia iaitu Hilang adalah naskah yang wajib anda tonton.

Hilang bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah dibarisi oleh pelakon handalan tanah air seperti Khir Rahma, Aqasha, Siti Saleha dan Jasmine Suraya. 

Diarahkah oleh dua pengarah muda iaitu Ghaz Abu Bakar dan Syed Hussein, Hilang menceritakan tentang misteri kehilangan kanak-kanak yang berlaku di satu daerah yang diberi nama Seri Daik. Yusof lakonan Aqasha pulang ke kampung selepas 10 tahun berhijrah ke Mesir untuk menuntut ilmu. 

Bapanya merupakan seorang bomoh di Seri Daik dan tinggal bersama adik angkatnya yang buta iaitu Wangi lakonan Siti Saleha. 

Dalam masa yang sama, Inspektor Munir juga kembali semula ke Seri Daik setelah sekian lama untuk membantu menyiasat kes kematian misteri seorang remaja perempuan. 

Dia ditugaskan berkerjama bersama Cay lakonan Jasmine Suraya. Munir menyimpan dendam lama dengan Yusof dan sentiasa mengesyaki bahawa Yusof ada agenda jahat. 

Pada satu hari seorang kanak-kanak hilang selepas menyertai Merentas Desa. Lebih misteri apabila busut yang terdapat di dalam hutan dikatakan ada kena mengena dengan setiap kehilangan yang berlaku di Seri Daik. Dapatkah mereka menyelesaikan misteri yang menghantui Seri Daik? Saksikan Hilang hanya di Viu Malaysia. – Helmi Anuar 

Honest Thief

Penulis jarang melepaskan peluang menyaksikan filem lakonan aktor prolifik hebat seperti Liam Neeson.

Seperti filem-filem aksi beliau sebelumnya, Honest Thief tetap tidak menghampakan. Membawakan watak Tom Carter, Honest Thief mengisahkan seorang bekas tentera marin yang merompak hanya untuk menghilangkan rasa tertekan.

Selepas bertemu cinta sejatinya Annie (Kate Walsh), Carter mengambil keputusan untuk menyerah diri kepada FBI dengan memulangkan semua hasil rompakan berjumlah AS$9 juta, mengharapkan hukuman yang lebih ringan.

Malangnya, peluang kedua yang dirancang baik Carter, cuba disabotaj ejen FBI, John Nevins (Jai Coutney) selepas gelap mata melihat hasil rompakan itu. Apakah kesudahan filem aksi/thriller hebat ini. Saksikannya hanya di Netflix – Suzan Ahmad   

Moon Embracing the Sun 

Boleh dikatakan setiap episod mempunyai adegan yang memilukan. Memang mengalir air mata tika menonton Moon Embracing the Sun ini.

Bukan sahaja sedih tapi geram pada watak-watak utama yang menjadi mangsa kekuasaan pihak yang ingin menjadi Permaisuri Joseon, hingga ke tahap penggunaan ilmu hitam.

Yang menjadi mangsa adalah Yeon-woo, lakonan Han Ga In. Dia sepatutnya menjadi suri hati kepada Tengku Mahkota lakonan Kim Soo Hyun. Namun Yeon-woo telah disihir ketika berusia 13 tahun, ditidurkan seolah-olah telah mati dan kemudian 'dibangunkan' kembali serta menjadi dukun diraja.

Lapan tahun kemudian, Yeon-woo kembali semula ke Istana namun dia hilang ingatan.

Dia menjadi perawat kepada Tengku Mahkota, yang selama ini tidak mampu melupakannya. Meskipun drama ini sudah 2012 namun ia masih menjadi antara drama k-pop yang menjadi tumpuan. Ia boleh disaksikan di Netflix - Habibah Omar

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut