Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakam Gambar Guna Telefon Pintar Pun Cantik, Asalkan Tahu Tip dan Trik

Manfaatkan kehebatan kamera mudah alih untuk tingkatkan kualiti gambar dan hasilkan gambar setanding DSLR. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 5:07PM

Gambar yang menarik boleh dihasilkan dengan 'mood' yang digemari. - Gambar dari HUAWEI

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia mempunyai banyak lokasi yang instagrammable seperti Thean Hou Temple, Elmina Valley Park, Pintasan Saloma dan banyak lagi.  

Jurugambar terkenal seperti Abeden, Chai Tak Sun dan David Hogan Jr, telah mencipta gaya fotografi tersendiri dengan menghasilkan gambar destinasi Malaysia yang cukup unik hanya dengan menggunakan lensa kamera telefon pintar mereka. 

Ini membuktikan bahawa kamera mudah alih juga boleh setanding dengan DSLR jika anda tahu cara yang tepat untuk menggunakannya. Kerana itulah, kini semakin ramai penggemar fotografi mula beralih kepada telefon pintar untuk merakam detik atau memori yang diminati.

Bahkan, ramai yang jatuh cinta dengan dunia fotografi kerana telefon pintar mereka. 

Situasi ini juga menjemput banyak pihak yang menganjurkan kursus fotografi telefon pintar (mobile photography) untuk berkongsi ilmu. Malah, ramai juga yang berkongsi tip di platfrom media sosial.

Walaupun kebanyakan jurugambar profesional bergantung pada kamera DSLR dan alat-alat berteknologi tinggi untuk menghasilkan gambar terbaik, ramai di antara kita, khususnya pengguna telefon pintar, lebih gemar menggunakan kamera pada telefon pintar, lebih-lebih lagi dengan kecekapan kamera telefon pintar zaman sekarang yang boleh bersaing dengan kamera DSLR. 

Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh memuat turun banyak aplikasi fotografi seperti Snapseed, Adobe Lightroom, VSCO, dan Adobe Photoshop Express untuk mendapatkan hasil terbaik.

Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi HUAWEI AppGallery, Google Playstore mahupun Apple App Store. 

Jom lihat cara terbaik untuk memanfaatkan kamera mudah alih yang dikongsi oleh pasukan pemasaran HUAWEI Mate50 Pro ini!

1. Kenali peralatan anda

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menangkap gambar yang unik dan menakjubkan!
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menangkap gambar yang unik dan menakjubkan!

Sebagai permulaan, luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kamera mudah alih anda. Periksa tetapan ‘auto’ pada kamera untuk menentukan fokus, dan exposure ketika menangkap gambar pada tetapan ini. 

Laraskan dedahan dengan menyentuh skrin untuk menunjukkan titik fokus yang sepatutnya dan pastikan anda mendapatkan pemahaman yang mencukupi mengenai tetapan ini sebelum anda meneroka lebih mendalam pada tetapan manual.

Sekiranya peranti anda tersedia dengan tetapan manual, pastikan anda memanfaatkan beberapa ciri teknikal yang berguna seperti tetapan exposure, imbangan putih dan kelajuan shutter. Luangkanlah masa untuk mempelajari cara menggunakan ciri-ciri ini untuk menangkap gambar yang unik dan menakjubkan!

2. Belajar yang asas

The Rule of Thirds adalah asas bagi peraturan komposisi kerana ia mampu menjadikan imej kelihatan lebih semula jadi.
The Rule of Thirds adalah asas bagi peraturan komposisi kerana ia mampu menjadikan imej kelihatan lebih semula jadi.

Dalam dunia fotografi, terdapat banyak peraturan yang perlu diperhatikan, seperti Leading Lines, Depth, Symmetry, Golden Ratio dan Rule of Thirds. Peraturan seperti ini bertindak sebagai garis panduan untuk mencipta gambar yang menarik dari segi visual.

The Rule of Thirds adalah asas bagi peraturan komposisi kerana ia mampu menjadikan imej kelihatan lebih semula jadi lalu menggalakkan aliran mata anda untuk melihat keliling imej tersebut. Sebagai perbandingan, komposisi simetri pula menghasilkan imej yang kelihatan lebih kemas dan profesional, yang juga menawan dan sedap untuk dipandang!

3. Muat turun aplikasi

 Aplikasi edit gambar menawarkan lebih banyak ciri, tetapan dan penapis untuk mencipta imej ideal anda. 
Aplikasi edit gambar menawarkan lebih banyak ciri, tetapan dan penapis untuk mencipta imej ideal anda. 

Untuk meningkatkan kemahiran fotografi sedia ada, anda juga boleh mencuba beberapa aplikasi pengeditan untuk menambah baik kecekapan anda sebagai jurugambar kamera mudah alih. 

Walaupun aplikasi yang standard sudah cukup bagus untuk tujuan ini, terdapat banyak lagi pilihan aplikasi untuk diteroka. Aplikasi edit gambar menawarkan lebih banyak ciri, tetapan dan penapis untuk mencipta imej ideal anda. 

Beberapa aplikasi edit gambar yang boleh anda temui di gedung aplikasi terkemuka seperti HUAWEI AppGallery termasuk:

SnapSeed –  Membolehkan pengguna menambah baik foto dan menambah penapis digital.

B612 –  Aplikasi kamera & pengeditan foto/video semua-dalam-satu.

CapCut –  Editor video dalam talian percuma dengan banyak ciri yang tersedia.

Picsart – Editor foto dan video yang mudah digunakan.

camera360 – Aplikasi pengeditan foto dan swafoto yang professional dan mudah untuk digunakan.

Meitu – Editor foto dan video mudah alih semua-dalam-satu.

4. Untuk lebih mudah, dapatkan Huawei Mate50 Pro

HUAWEI Mate50 Pro yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kamera Telefon Pintar No. 1 oleh DXOMARK
HUAWEI Mate50 Pro yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kamera Telefon Pintar No. 1 oleh DXOMARK

Untuk mendapatkan hasil gambar yang mantap, anda pasti memerlukan peranti pintar yang terbaik. Barangkali anda telah pun mempelajari pelbagai petua fotografi, tetapi hakikatnya, kualiti kamera telefon pintar yang tersedia di pasaran berbeza-beza dan pemilihan peranti memainkan peranan yang penting untuk memenuhi keperluan fotografi anda!

HUAWEI Mate50 Pro yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kamera Telefon Pintar No. 1 oleh DXOMARK berasaskan empat teras teknikal: sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej. 

Sistem Kamera XMAGE menampilkan Sistem Kamera Ultra Aperture dengan apertur fizikal boleh laras skala-10 yang dilengkapi apertur terluas F1.4. Ia turut menampilkan Super Night Mode, Professional Portrait, dan Super Macro. Dengan kata lain,  HUAWEI Mate50 Pro terbukti mempunyai keupayaan penuh untuk melengkapkan segala keperluan fotografi mudah alih anda.

Info 

DXOMARK ialah penanda aras bebas yang menilai telefon pintar, lensa dan kamera secara saintifik. Baru-baru ini, mereka telah menguji HUAWEI Mate50 Pro secara teliti untuk mengukur prestasi peranti tersebut dari segi kualiti foto, video, dan zum daripada perspektif pengguna.

Dengarkan apa yang dikatakan oleh pakar fotografi mengenai kehebatan HUAWEI Mate50 Pro: https://youtu.be/JCdt2e8hLAg - Getaran, 24 November 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini