web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insomniacks Siapkan Single 'Igauan Malam' Dengan Bantuan Penyokong Tegar Mereka 

Insomniacks juga bakal melancarkan album pertama mereka di bawah naungan Universal Music Malaysia pada awal tahun depan. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 2:01PM

Insomniacks dianggotai Iqie, Danial dan Iskandar - Gambar Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermacam cara yang digunakan artis tempatan untuk menghasilkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka. 

Ada yang menghasilkan lagu berdasarkan kisah hidup mereka sendiri dan ada pula yang mendapat idea setelah mendengar arau melihat kisah orang lain. 

Namun, berbeza pula bagi Insomniacs yang dianggotai Iqie selaku vokalis pertama dan pemain gitar, Danial (vokalis kedua dan pemain gitar) serta Iskandar (vokalis ketiga dan pemain bass) 

Band muzik yang semakin diminati ramai sejak munculnya single ‘Sempurna’ pada 14 Februari lalu ini telah menyiapkan single baharu mereka, ‘Igauan Malam’ bersama bantuan penyokong-penyokong mereka. 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

“Penulisan lirik lagu ‘Igauan Malam’ ini sudah mula dibuat sekitar Mac 2020. Ketika itu, kami sedang sibuk menyiapkan album EP sulung berjudul 'Kepala Batu' dan hanya sempat menghasilkan bahagian korus lagu itu.

“Kemudian lagu itu disimpan rapi sehinggalah satu hari ketika sesi siaran langsung di YouTube, kami mengambil keputusan untuk menyiapkan lagu itu bersama-sama penyokong Insomniacks.

“Kami begitu teruja dan seronok dapat bertukar idea dengan mereka. Malah, lirik lagu ini turut dapat disiapkan dengan mesej positif yang cuba disampaikan,” kata Iqie. 

Insomniacks juga telah mendapat khidmat Taja daripada Meet Uncle Hussein sebagai penerbit untuk menyiapkan proses rakaman single baharu mereka ini.

“Kami melalui proses rakaman dengan Taja. Kerjasama dengan Taja juga bukan kali pertama, sebaliknya banyak lagu kami dihasilkan bersama. Jadi dia faham apa yang kami mahu dan proses itu berjalan dengan mudah,” kata Iqie lagi. 

Sementara itu, Iskandar pula berkata, video muzik ‘Igauan Malam’ menerapkan elemen hantu dan mimpi ngeri bagi menyuntik kelainantererhapa  single terbaharu itu.

“Kami membuat video muzik yang agak seram dengan menetapkan elemen hantu dan mimpi ngeri. Apa yang boleh saya katakana penghasilan video muzik ini antara naskhah yang kami banggakan.

“Video muzik ini diarahkan oleh rakan baik kami iaitu Thaqif Saadon dan Studio Quasa. Setakat ini, semua video muzik kami bekerjasama dengan Thaqif kerana kami selesa berkerja dengannya. 

“Dia dan pasukannya sangat profesional dan menetapkan standard yang tinggi sehingga kami terpukau dengan penghasilan yang dipersembahkan,” katanya.

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Dalam pada itu, Danial pula menambah, cabaran utama menyiapkan single ini adalah penantian untuk menunggu waktu bilakah lagu itu akan diperdengarkan kepada peminat

“Setiap kali kami berjaya menyiapkan sebuah lagu, pasti kami berkobar-kobar   untuk diperdengarkan kepada peminat. 

“Ini kerana, melancarkan lagu baharu adalah impian kami selain mahu melihat komen serta reaksi peminat terhadap lagu yang dibawakan.

“Justeru, kami berharap peminat akan berbangga dengan hadiah terbaharu ini kerana 'Igauan Mimpi' boleh dikatakan karya kita bersama sebagai sebuah keluarga. 

“Kami juga berharap lagu ini dapat didengari oleh seseorang yang mungkin pernah berdepan kehilangan atau kesunyian. Kami berharap lagu ini dapat memberi sedikit senyuman kepada mereka,” katanya lagi. 

Insomniacks juga bakal melancarkan album pertama mereka di bawah naungan Universal Music Malaysia pada awal tahun depan. – Getaran, 26 November 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Menyatukan Hujan, Bunkface, Insomniacks Dan Masdo Dalam Konsert Jiwa Kacau Satu Apresiasi – Penganjur

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh