web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beberapa Adiwira Pun Turun Mengundi, Gelagat Mereka Mencuit Hati Pengundi Lain 

Bukan hanya manusia sahaja yang keluar mengundi sebagai pengundi pada PRU15 kali ini, malah adiwira ‘Marvel’ serta ‘Predator’ juga turut kelihatan. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 8:41PM

Bukan hanya manusia sahaja yang keluar mengundi sebagai pengundi pada PRU-15 kali ini, malah adiwira ‘Marvel’ serta ‘Predator’ juga turut kelihatan - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meriah sungguh suasana mengundi!  Dii beberapa kawasan, pelbagai gelagat pengundi dapat dilihat sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlangsung hari ini.

Bukan hanya manusia sahaja yang keluar mengundi sebagai pengundi pada PRU-15 kali ini, malah adiwira ‘Marvel’ serta ‘Predator’ juga turut kelihatan. 

Antaranya yang kami ingin membawa kepada anda adalah, seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 1, Kuantan yang mengenakan kostum adiwira War Machine, lengkap ‘bersenjata’ seperti yang dikenali dari filem Marvel popular, ‘Iron Man’.

Paparan ‘Iron Man’ yang  berkostum lengkap tersebut tular di media sosial, menghiburkan para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengundi yang hadir di pusat mengundi tersebut. 

Manakala di pusat pengundian Desa Intan 7A, Farlim, seorang individu berpakaian makhluk asing, 'Predator' untuk turun mengundi.

Individu kostum ‘Predator’ di Penang tersebut menjadi tumpuan pengundi lain tumpuan penduduk untuk merakam gambar bersama.

Selain itu, seorang lelaki menjadi tumpuan apabila hadir ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman di Air Itam, Penang dengan berpakaian kostum adiwira ‘Captain America’.

‘Captain America’ dilihat turut mempamerkan beberapa aksi adiwira ketika sedang beratur untuk mengundi.  – Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan