web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Puas Tayang Dakwat Biru Di Jari, Bagaimana Pula Cara Untuk Bersihkannya?

Bagi pengundi kali pertama, ada beberapa cara untuk anda membersihkan dakwat biru yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersifat kekal itu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 10:00AM

Dakwat biru ini boleh bertahan sehingga seminggu, namun penggunaan bahan-bahan tertentu boleh menanggalkannya dengan cepat. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama sekali, tahniah kepada semua yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini. Meninjau ke platform media sosial, ramai yang cukup teruja berkongsi saat-saat manis dengan menunjukkan ‘inai biru’ di jari.

Lebih menggembirakan, dakwat biru di jari cukup laris untuk dipamerkan ke sana-sini pada hari ini. Ada banyak restoran dan kafe yang menawarkan makanan dan minuman dengan diskaun hebat. Bahkan, ada juga yang memberikan jualan mereka secara percuma!

Namun, percayalah di penghujung hari nanti pasti ada yang mula berfikir tentang cara untuk membersihkan dakwat biru di jari. 

‘Sakit’ mata juga dibuatnya jika dibiarkan terlalu lama. Bagi yang pernah mengundi sebelum ini, mungkin anda sudah tahu cara terbaik untuk menghilangkan dakwat.

Bagi pengundi kali pertama, anda boleh gunakan cara berikut untuk membersihkan dakwat yang bersifat kekal itu. Tip ini banyak berlegar di dalam talian dan hasilnya hanya boleh diketahui jika anda mencubanya sendiri. Jom lihat apa yang boleh anda lakukan.

1) Rendam tangan ke dalam ‘Clorox All Purpose Cleaner’ 

Gambar dari Clorox Malaysia
Gambar dari Clorox Malaysia

Benar, cecair pencuci ini adalah untuk tujuan melunturkan kotoran degil pada bahagian fabrik, permukaan sinki dapur dan bilik air serta permukaan lantai. 

Namun, cecair ini juga boleh menghilangkan dakwat biru mengundi yang susah dihilangkan itu. Caranya, sembur jari telunjuk berdakwat dan lapkan jari dengan tiru basah sehingga dakwat meluntur. Bilas tangan sehingga bersih.

2) Gunakan peluntur pengilat kuku

Penggunaan bahan ini secara berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi kering .
Penggunaan bahan ini secara berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi kering .

Bahan ini mengandungi bahan aseton yang bersifat melunturkan. Jadi, janganlah gunakan bahan ini secara berlebihan kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya jika mempunyai kulit sensitif. 

Cara selamat, tuangkan peluntur pengilat kuku di atas bebola kapas dan lapkan pada jari yang berdakwat. Bersihkan perlahan-lahan sehingga dakwat menghilang. Bilas dengan air dan akhiri dengan memakai pelembap atau losyen pada tangan.  

3) Lap dengan tisu anti bakteria

Dettol
Dettol

Anda boleh gunakan sebarang jenama tetapi ramai yang menyarankan supaya anda menggunakan jenama Dettol untuk kesan yang lebih baik. Namun, penggunaan tisu ini perlu dilakukan dengan mencelup jari anda ke dalam cecair peluntur terlebih dahulu. Lapkan jari dengan perlahan-lahan , sehingga dakwat hilang. Bilas dan jangan lupa sapukan pelembap agar kulit tidak menjadi.

4) Air micellar pun dikatakan berkesan

Garnier
Garnier

Tip ini dikongsi oleh beberapa pengguna Twitter yang mendakwa air micellar yang digunakan untuk membersihkan wajah berkesan untuk menghilangkan dakwat di jari.

 Caranya, lap jari berdakwat dengan air ini beberapa kali sehingga bersih. Untuk tahu berkesan atau tidak, anda boleh cuba sendiri di rumah. - Getaran, 19 November 2022 

Selamat mencuba!






 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh