web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket ETS, KTM Intercity 2023 Mula Dijual 15 November - KTMB

KTMB memaklumkan ia melibatkan perjalanan bertarikh 1 Januari hingga 30 Jun 2023 dengan menggunakan jadual waktu sedia ada bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 5:01PM

Shuttle Tebrau yang beroperasi dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi 2023 akan dibuka mulai 15 November ini, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan ia melibatkan perjalanan bertarikh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 dengan menggunakan jadual waktu sedia ada bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan ETS menawarkan 1.8 juta tiket bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023 manakala perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 2.6 juta tiket.

Perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan Kuala Lumpur (KL) Sentral-Butterworth, KL Sentral-Ipoh (10), KL Sentral-Padang Besar (8) dan masing-masing dua laluan bagi Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.

Sementara itu, perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 53 perkhidmatan seperti Shuttle Timuran yang melibatkan perjalanan dari Gemas-Kuala Lipis-Tumpat dan Ekspres Rakyat Timuran bagi perjalanan dari JB Sentral ke Tumpat. 

Tren Ekspres Selatan pula melibatkan perjalanan dari Gemas ke JB Sentral manakala Shuttle Tebrau dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura.

Perkhidmatan KTM Intercity melibatkan 14 laluan bagi Shuttle Timuran, dua perkhidmatan bagi Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan (enam perkhidmatan) dan Shuttle Tebrau (31 perkhidmatan). 

“Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan yang akan datang bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut Tahun Baharu Cina, Aidilfitri atau yang merancang pulang ke kampung semasa musim cuti sekolah serta bercuti dalam negara,” menurut KTMB.

KTMB menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan jimat.

Para pengguna juga disaran membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) sedia ada atau laman sesawang KTMB.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. - Bernama

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari