web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Menawan Bagaikan Song Ji Hyo, Ketahui Rahsia Bintang Korea Selatan Ini 

Glutanex dijangka akan mengubah haluan dalam dunia kecantikan Korea, dengan ‘glutathione’ sebagai ramuan utama.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 10:06AM

Song Ji Hyo - Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecantikan dan kehalusan kulit bintang-bintang Korea sememangnya menjadi idaman ramai wanita di luar sana.  Dek itulah produk kecantikan dari Korea sentiasa mendapat sambutan ramai. 

Terbaharu, produk K-beauty Glutanex yang merupakan pelopor dalam bidang pencerahan dan pemutihan kulit dilancarkan di Malaysia pada Jumaat lalu. 

Majlis pelancaran yang diadakan di Tropicana Gardens Mall itu turut menyaksikan kehadiran duta mereka Song Ji Hyo, peserta rancangan realiti Running Man bagi memeriahkan acara dan juga berkongsi pengalamannya menggunakan Glutanex. 

Song Ji Hyo
Song Ji Hyo

Jelas bintang Korea Selatan  popular ini, Glutanex ternyata berupaya untuk menyerikan, menyihatkan, mencerahkan dan melembabkan kulit wajah. 

Glutanex dijangka mengubah haluan dalam dunia kecantikan Korea, dengan ‘glutathione’ sebagai ramuan utama. ‘Glutathione’ ialah antioksidan kuat yang boleh didapati untuk mencerahkan kulit, menentang penuaan dan menjaga kesejahteraan kulit. Dengan menyekat pembentukan melanin pada kulit, ‘glutathione’ menjadikan wajah cerah dan cantik berseri. 

“Kecantikan sejati adalah apabila anda rasa yakin dengan diri anda sendiri. Di Glutanex, misi kami adalah untuk memperkasakan anda supaya anda merasa yakin dengan kulit anda sendiri. 

“Produk kami yang inovatif dirumus rapi dengan ‘glutathione’ gred perubatan bukan sahaja untuk memastikan keberkesanannya mencerahkan dan memutihkan kulit tetapi juga lembut sekalipun pada kulit sensitif,” ulas Pengarah Perniagaan Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Pharma Co., Ltd., Hyun Yoo-Jin. 

Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co
Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co

Sama ada anda dalam usia awal dua puluhan yang mencari gaya tersendiri anda, atau anda seorang wanita berkerjaya yang perlu mengekalkan keremajaan wajah anda, Glutanex menawarkan pelbagai produk yang boleh disesuaikan dengan keperluan kulit. 

“Antara produk yang boleh didapatkan untuk menyertai koleksi rutin kecantikan anda ialah Glutanex Glow Balm, Glutanex Aqua Booster, Glutanex Snow White Cream dan Glutanex Night Serum,'' kata Yoo-Jin.

Glutanex Night Serum membaiki dan membelai kulit anda semasa anda tidur. Ramuan utamanya termasuk glutathione iaitu antioksidan pencerah kulit, kolagen untuk keanjalan dan penghidratan, serta vitamin untuk kesihatan kulit. 

Glutanex Night Serum mempunyai formula teraktif suhu yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk untuk menjamin kesan penenangan dan penghidratannya. Jika kulit anda kering pada waktu malam dan pagi, serum ini sesuai untuk anda. Rasai perbezaan pada kulit anda apabila anda bangun pagi! 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Glutanex dan produk kecantikannya, sila ke laman glutanex-malaysia.com atau ikut mereka di media sosial Instagram, @glutanex.my.official. - Getaran, 13 November 2022 

Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co
Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Biarpun Uzu Rocks Sudah Buat Permohonan Maaf, Song Ji Hyo Tetap  Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Agensi Tersebut 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Song Ji-hyo Teruja Sambutan Peminat Malaysia, Janji Nak Masak Nasi Lemak

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari