web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biarpun Uzu Rocks Sudah Buat Permohonan Maaf, Song Ji Hyo Tetap  Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Agensi Tersebut 

Sebelum ini, Song Ji Hyo sudah pun memberikan bayangan untuk meninggal agensi pengurusannya pada awal bulan ini setelah wujudnya ketidaksepakatan di antaranya dengan Uzu Rocks mengenai isu berkaitan kontrak eksklusifnya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 12:15PM

Ji Hyo tetap akan meneruskan tindakan undang-undang seperti mana yang dirancang. - Gambar Instagram Song Ji Hyo IG 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan aktres Song Ji Hyo memutuskan untuk meninggalkan agensi pengurusannya, Uzu Rocks sepertimana yang dilaporkan media di Korea sejak dua hari lepas bukanlah sesuatu yang mengejutkan. 

Sebelum ini, Song Ji Hyo sudah pun memberikan bayangan untuk meninggal agensi pengurusannya pada awal bulan ini setelah wujudnya ketidaksepakatan di antaranya dengan Uzu Rocks mengenai isu berkaitan kontrak eksklusifnya. 

Atas sebab itu, Song Ji Hyo telah meminta untuk Uzu Rock menamatkan kontrak eksklusifnya dan pada masa yang sama, tuntutan mahkamah sedang disediakan untuk mengesahkan tentang kesahihan terma serta kandungan kontrak eksklusif tersebut. 

Wakil Song Ji Hyo memberitahu, Song Ji Hyo telah pun memberitahu mengenai penamatan kontrak eksklusifnya pada 14 April lalu. 

“Dia (Song Ji Hyo) membuat keputusan tersebut selepas wujudnya rasa sangsi terhadap Uzu Rocks. Mereka juga tidak mencapai persefahaman di antara satu sama lain,” kata wakil tersebut. 

Susulan daripada berita mengenai permintaan Song Ji Hyo untuk menamatkan kontrak eksklusifnya, Uzu Rocks telah mengeluarkan permohonan maaf, bahkan  mengesahkan bahawa mereka bersetuju untuk menamatkan kontrak eksklusif  terhadap aktres tersebut.  

Dalam permohonan maaf itu, Uzu Rocks menyatakan, mereka mengakui kesilapan mereka disebabkan perkembangan pesat dalam mengendalikan pelbagai perniagaan berasaskan kandungan. 

“Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang yang menyokong dan memberi kekuatan kepada perniagaan sedia ada kami,” kata mereka. 

Tambah Uzu Rocks lagi, syarikat pengurusan mereka dan Song Ji Hyo sudah tidak bersama untuk jangka masa yang panjang, tetapi mereka masih bersama atas dasar kepercayaan. 

“Kami mengucapkan terima kasih yang mendalam terhadap kepercayaan Song Ji Hyo, dan kami berbesar hati kerana telah bersama Song Ji Hyo, yang disayangi dalam banyak bidang. Kami akan terus menyokong pelbagai aktiviti Song Ji Hyo, dan kami meminta banyak perhatian dan sokongan untuk Song Ji Hyo,” kata mereka lagi. 

Membalas kenyataan dibuat Uzu Rocks itu, wakil Song Ji Hyo pula berkata, mereka hanya mengetahui tentang permohonan maaf yang dibuat Uzu Rocks itu melalui laporan media. 

“Kami tetap akan meneruskan tindakan undang-undang seperti mana yang dirancang,” katanya. 

Pada Oktober tahun lalu, Song Ji Hyo yang terkenal dengan siri Running Man dan Princess Hours   telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Uzu Rocks, yang mana agensi tersebut turut dinaungi pelakon Running-Man, Ji Suk Jin.

Pada 5 April lalu, Uzu Rocks berhadapan dengan dakwaan bayaran tertunggak kepada artis dan pekerja agensi itu disebabkan  masalah kewangan. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, Uzu Rocks mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa sebahagian maklumat berkenaan adalah tidak benar. 

“Gaji artis dan dan pekerja dibayar sekitar 10 April, iaitu tarikh pembayaran asal setiap bulam. Pembayaran suku tahunan untuk artis juga dilakukan dengan lancar seperti yang dijadualkan,” kata Uzu Rocks. – Getaran, 25 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 10 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...