web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raisa Tak Sangka Ada Yang Beli Tiket Konsertnya Di Malaysia

Luah penyanyi jelita ini, dia bagaikan tidak percaya tiket konsertnya hampir ‘sold out’ memandangkan ini adalah konsert pertamanya di Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 7:11PM

Raisa - Gambar ihsan pengelola konsert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal di Indonesia sebagai penyanyi yang memiliki bakat besar, namun nama Raisa tidaklah segah teman-temannya yang lain di Malaysia.

Namun itu tidak bererti wanita berusia 32 tahun ini tidak mempunya peminatnya yang tersendiri di Malaysia. Buktinya tiket konsert sulung Raisa Live In Malaysia yang bakal berlangsung pada 20 November ini di Zepp KL hampir habis dijual. 

Raisa sewaktu ditemui di sidang media konsertnya yang berlangsung di ibu kota berkata dia sangat teruja untuk membuat persembahan di Malaysia kerana ada peminat-peminatnya yang pernah bertanya bila dia akan membuat konsert di sini.

Raisa semasa sidang media konsertnya di Kuala Lumpur
Raisa semasa sidang media konsertnya di Kuala Lumpur

“Ada beberapa peminat Malaysia yang pernah datang melihat ‘showcase’ saya di Jakarta. Mereka bertanya bila pula saya akan membuat persembahan di Malaysia. 

“Saya memang sangat teringin untuk membuat persembahan di sini dan mahu merasa ‘vibes’ penonton di sini. 

“Sewaktu tiba di lapangan terbang saya sudah dapat rasakan ‘vibes’ peminat di Malaysia. Ternyata orang-orang di Malaysia juga mendengar lagu saya. 

“Saya sangat bangga dan sangat teruja. Perasaan teruja itu lagi terasa sejak saya menjejakkan kaki ke sini,”katanya. 

Melihatkan jualan tiket konsertnya hampir habis dijual dan tiket VIP semua telah habis, Raisa akui perasaannya seakan tidak percaya.

“Perasaannya over the moon! Saya selalu tertanya-tanya apakah mungkin tiket konsert saya hampir habis dijual di sini. 

“Sejujurnya saya bukan seorang yang mementingkan nombor. Saya hanya suka berkarya. Saya tak pernah peduli jika lagu saya berada di tangga ke berapa dalam carta. 

“Jadi bila perkara seperti ini berlaku di hadapan mata saya, melihat banyak sekali orang yang beli tiket di sini, saya sangat terkejut.  Tak sangka ramai orang yang mahu menonton saya. 

“Semoga perkara ini bakal membuka jalan serta lebih banyak peluang untuk saya berkarya dengan lebih cemerlang di Malaysia dan juga boleh kembali lagi untuk mengadakan konsert,” luahnya gembira.

Raisa sebelum ini sebenarnya dia sudah pernah datang ke Malaysia untuk buat persembahan tetapi bukan di Kuala Lumpur
Raisa sebelum ini sebenarnya dia sudah pernah datang ke Malaysia untuk buat persembahan tetapi bukan di Kuala Lumpur

Ditanya kenapa baru sekarang dia mahu membuat persembahan di sini, kata Raisa sebelum ini sebenarnya dia sudah pernah datang ke Malaysia untuk buat persembahan tetapi bukan di Kuala Lumpur.

“Saya pernah buat persembahan di Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Bukan tidak ada tawaran untuk buat persembahan di Kuala Lumpur, tetapi memang waktunya tidak sesuai ketika itu,” ujarnya.

Beralih ke soal persiapan menjelang konsert yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, kata ibu kepada seorang cahaya mata ini, semuanya telah siap diuruskan, tinggal hanya datang kembali untuk sesi raptai sahaja. 

“Untuk konsert yang pertama ini saya mahu penonton berasa enjoy. Jika di Indonesia, saya sudah banyak kali membuat persembahan, jadi banyak elemen yang saya perlu ganti seperti mengubah susunan muzik dan  dan sebagainya.

Tetapi untuk di sini, saya mahu kekalkan susunan muzik yang asal kerana mungkin penonton yang datang ingin bernostalgia, ingin mendengar lagu-lagu saya dalam bentuk asal. 

“Saya ingin jadikan konsert ini benar-benar konsert yang boleh sing along. Saya tak mahu buat sesuatu yang orang tak boleh terima. Saya mahu jadikan konsert ini ibarat sesi karaoke beramai-ramai. 

“Sejujurnya senarai lagu semua telah siap, Tetapi selepas tiba di Malaysia, ada beberapa lagu yang saya tambah. 

“Kerana orang-orang di sini banyak yang request, tetapi saya tak masukkan dalam senarai. Jumlah keseluruhan lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah sebanyak 21 buah lagu,” kongsinya. 

Bagi anda yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di www.hitmanlive.com sebelum terlambat. – Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh